Fridge Magnet Dari Langkawi

Petang tadi sekali lagi aku terima hadiah daripada sahabat blogger. Kali ini dapat sekeping fridge magnet [FM] Pulau Langkawi, hadiah daripada PapaMifz kepada Top 10 Comentators di blog beliau. Terima kasih PapaMifz. Dalam seronok bercuti masih juga tak lupakan kami. :D

Pulang lagenda Pulau Langkawi,
Beras terbakar Padang Mat Sirat;
Dalam gembira PapaMifz bercuti,
Masih tak lupa rakan sahabat.

fridge magnet langkawiAku sendiri dah lama benar tak ke Langkawi, pulau lagenda. Kali terakhir aku dan keluarga ke sana, kereta kabel Langkawi tu masih belum ada. Jambatan gantung Pulau Langkawi juga belum ada. Sudah sangat lama, kan?

Mahsuri ayu Pulau Langkawi,
Kereta kabel jambatan gantung;
Besok sekolah mula bercuti,
Perlukah aku balik kampung?

TehrDemikian kisah 'Fridge Magnet Dari Langkawi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. de engineur says:

    Lawa fridge magnet ni.
    Tapi fridge dan mesin basuh aku habis dilekat dgn fridge magnet oleh anak kecik aku tu.
    de engineur baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 supports wireless chargingMy Profile

    1. TehR says:

      budak2 memang suka main lekat2 benda ni, bro :D

      1. suri says:

        mai lekat2 supaya peti ais nampak penuh fdan ctik.idoklah nmpk kosong geee

  2. padin says:

    cuti sekolah ni boleh berkira2 ke sana kot bro??

    1. TehR says:

      mungkin tidak untuk cuti ni
      harap2 ada rezeki nanti lain kali
      hehe

  3. Wan Fauzi™ says:

    tak pernah sampai lagi kat pulau langkawi.. kalau pulau pinang pernah sampai..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Antara Keajaiban UntaMy Profile

    1. TehR says:

      macam tu gaya
      perlu cari masa sesuai untuk ke sana, bro

  4. akubiomed says:

    Tanniah. Dari Langkawi Fridge Magnet datang terbang ke Kelantan. :-)

    1. TehR says:

      :D terima kasih kepada papamifz :D

  5. hafiz says:

    tahniah dapat juga kenangan langkawi..
    hafiz baru je tulis kisah Dapat penghargaanMy Profile

    1. TehR says:

      menggoda aku untuk ke langkawi ni
      haha

  6. ghost writer says:

    plan musim akan datang, bro tehr plak gi langkawi. saya last november 2011, itulah pertama kali. tapi banyak habis jelajah toko-toko buku sekitar pantai.
    ghost writer baru je tulis kisah bagaimana caraku melawan matahari?My Profile

    1. TehR says:

      sebenarnya perlu tengok jadual kelas tambahan anak2 juga, bro
      kalau tak ada kelas tambahan masa cuti, baru la dapat nak jalan2

  7. Mus says:

    baliklah ke kampung bro
    Mus baru je tulis kisah Gambar Instagram – Mainan Anak Si UltramanMy Profile

  8. Hairul Azni says:

    Saya pun belum pernah sampai ke Langkawi ni..memang teringin nak pegi sana..orang cakap kalau ikut Jeti Kuala Perlis lagi dekat..betul ke?
    Hairul Azni baru je tulis kisah Melayari Kenangan Sungai Di Galeri Pengangkutan Air,Pekan PahangMy Profile

  9. suri says:

    sy suka klu pergi mana2 tempat bila ke sana mestia da buah tangan, tak kisah asal pelekat peti ais ataupun penyangkut kunci saya akan beli juga klu tak beli 2 beli satu pun jadilah

  10. suri says:

    tahnih blh buat kenang kenangan. kalau org bertanya kwn blogeer yg bgi heee
    suri baru je tulis kisah Aku Yang Tiada PilihanMy Profile

  11. Terbaiklah… Sambil berjalan ke blog kawan2, dapat juga merasa hadiah.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Salleh Stall Mee Udang Port WeldMy Profile

  12. donnyien says:

    Wah bestnya dapat ole2 dari rakan blogger. Tahniah
    donnyien baru je tulis kisah Tabiat melampau di KTM Kepong CentralMy Profile

  13. Nak juga pergi langkawi,tapi entahlah bila

  14. azura says:

    untung sabut timbullah
    untung batu tengelam sudah
    untung cikgu pun bukan mudah
    untung komen jangan mengalah
    azura baru je tulis kisah Semua Ini PoyoMy Profile

  15. papa mifz says:

    harap cikgu sukakan FM tuh sebagai tanda persahabatan alam maya…;)
    papa mifz baru je tulis kisah Duduk Serumah Tetapi 48 Jam Tidak BerjumpaMy Profile

  16. Petua Puteri says:

    lama juga tak pergi tu…
    apa kata buat rombongan bersama blogger ke pulau langkawi.. tentu syook kan..
    Petua Puteri baru je tulis kisah Petua Mengasingkan Isi Durian Untuk Buat TempoyakMy Profile

  17. titan says:

    wah, tahniah..tahniahh..
    titan baru je tulis kisah Seminar buat duit dengan blog – anjuran Denaihati.My Profile

  18. effort lab says:

    jangan digigit sebab kempunan coklat dah la tuan haha
    effort lab baru je tulis kisah Badan Dipenuhi Kaktus [5 gambar]My Profile

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    rezeki jangan ditolak
    lepas ni bolehlah tempek
    bil bulanan kat situ..
    sesambil jeling teringat
    kat blog Papa Mitz
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Main Golf Sampai Atas Pokok : Saksikanlah Sergio Garcia !My Profile

  20. JomJalan says:

    Mula2 fridge magnet. Satu hari nanti mungkin trip 3 hari 2 mlm ke langkawi pulak.
    JomJalan baru je tulis kisah 7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel Yang Penjenayah Tidak Mahu Anda TahuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun