Filem Cereka Di Pawagam

Merujuk kepada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka [DBP], cereka bermaksud cerita rekaan manakala pawagam pula adalah akronim bagi panggung wayang gambar. Tetapi bagi saya sendiri, rasanya dua perkataan ini jarang pula diguna dan didengar dalam perbualan biasa masyarakat di Kelantan.

filem cereka di pawagamsenjakala tiba mata mengantuk
tanah berpagar dilarang masuk
budak-budak cun usah menyibuk
kerana di sini ada hantu merasuk

cerita khurafat janganlah percaya
haq dan ratu the movie pun juga
ini hikayat merong mahawangsa
kongsi simpan dalam botol sahaja

kembar siang penunggu istana itu
hantu kak limah balik rumah berbaju
bolehkah momok jangan panggil aku
nanti nur kasih the movie pula diseru

Sering juga timbul persoalan di fikiran adakah filem kita lebih banyak mendidik masyarakat ke arah kebaikan atau sebenarnya secara tidak langsung lebih banyak menunjukkan cara-cara berbuat kejahatan. Rekod yang ada menunjukkan kos produksi paling mahal tahun ini ialah filem Hikayat Merong Mahawangsa [RM6.82 juta] sementara yang paling murah pula dicatat oleh …Dalam Botol [RM0.88 juta].

TehrDemikian kisah 'Filem Cereka Di Pawagam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. Mus says:

    aku tak sempat nak ke panggung ni.. sibuk orang nak mengundi
    Mus baru je tulis kisah Gambar Projek Siap Seminggu JerMy Profile

    1. Ismail N says:

      Apa lapuran terbaru dari Sarawak? He he… Ada isu DALAM BOTOL ke? :D
      Ismail N baru je tulis kisah Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

      1. padin says:

        hehe mungkin lebih banyak isu menjengkelkan akan keluar lagi lepas ni, siapa tahu kan?

        1. tehr says:

          orang luar macam kita ni hanya mengagak je, bro
          tapi biasanya tak lari jauh

  2. akubiomed says:

    Tak sempat menonton di panggung sudah keluar di Astro First

    1. Ismail N says:

      Betul tu.. cerita Dalam Botol dah ada preview utk tayangan di Astro First.. padahal baru jer kuar panggung. Video cetak rompak pun skrg main copy dari Astro First..Mana taknya semua filem melayu yg baru2 di Astro :D
      Ismail N baru je tulis kisah Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

      1. betul3, dengan ini sebagai rakan kepada tauke dvd, TE mengesahkan fakta itu
        tengkorak emas baru je tulis kisah Speaking Test MUETMy Profile

        1. tehr says:

          pengesahan diterima :D

        2. Ismail N says:

          Keh keh.. cara terhormat utk menyatakan ada beli CD pirate…:D Alahai jgn kena tangkap udahlah… Delete nanti komen ni bro..
          Ismail N baru je tulis kisah Sembang-Sembang Pasal Video Seks!My Profile

  3. kulanz says:

    filem sekarang ni banyak berkisar kepada cerita hantu dan seram.. musim dia agaknya..
    kulanz baru je tulis kisah Sekolah Daif di MalaysiaMy Profile

    1. padin says:

      betul juga, buka je tv,
      asyik2 dengan cerita hantu, dah naik muak..

    2. Cik Siti says:

      memang betul tu… kalau tengok cerita 80′an banyak cerita tentang remaja macam gila-gila remaja atau pun Azura.. time 90′an banyak cerita cinta macam sembilu… la ni cerita hantu lak. agak-agaknya lima tahun akan datang apa pulak tema dia yek?
      Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

      1. tehr says:

        tema angkasa lepas kot?
        rasanya belum ada lagi yang buat

  4. kaizen says:

    movie malaysia bagi aku belum sampai tahap membanggakan…
    kaizen baru je tulis kisah 3 DaYS STRaiGHT! FuH FaS FuH FiSMy Profile

    1. tehr says:

      banyak lagi yang nak kena buat tu, bro

  5. Sir Marcello says:

    filem kita wajah kita..cheeewwaah…
    ada filem kita berkualiti walaupun bajetnya rendah..malah filem P Ramlee yang kaler hitam putih pun masih tak jemu2 ditonton…

    merong mahawangsa? xdan nak tengok :(
    Sir Marcello baru je tulis kisah Samseng JalananMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      duit belum boleh menjamin kejayaan sepenuhnya

  6. zik says:

    semua filem tak sempat lagi nak tengok… wahh …
    zik baru je tulis kisah Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!My Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, zik
      belum ada masa nak tonton

  7. benjy says:

    Apa yang pastinya filem malaysia dah setanding dengan filem transformer tahniah pengarah di malaysia … namun tidak semuannya filem yang mahal itu memberi impak yang baik kepada kita.
    benjy baru je tulis kisah KETAGIH DARAH EMAS – 18 SXGMy Profile

    1. tehr says:

      tak tinggi sangat ke tu, bro?

  8. ghost writer says:

    ada filem yang menelanjangi pemikiran masyarakat melayu itu sendiri..dan kebanyakkannya sangat tipikal.cuba menyalurkan nada sinis yang akhirnya hanya nampak ketidak-realitian dalam masyarakat..hanya dijadikan sebagai hiburan dan bukan santapan minda yang sarat.
    ghost writer baru je tulis kisah realistisMy Profile

    1. tehr says:

      maksudnya mentertawakan masyarakat sendiri?
      macam tu ke, bro

      1. ghost writer says:

        lebih kurang macam tuh.serasa terlalu lambat melihat filem kita berkembang mengikut arus pemikiran yang lebih sarat.kalau mau buat ianya satu hiburan maka hasilkan suatu hiburan tanpa perlu selitkan mesej tetapi kosong sebenarnya..
        ghost writer baru je tulis kisah shot meMy Profile

  9. Ismail N says:

    Susah nak cari filem yang membina kan bro? Apa boleh buat kalau dah market cam tu. Depa semua (pembikin filem) pun berniaga jugak. Meniaga bermotifkan untung. Skrg ni genre yg laku ialah yg seram dan khurafat.. so itulah yg dibikin aje skrg ni…
    Harap2 FINAS dua tahun sekali tolong2 buat la filem yang bercorak pengetahuan seperti Sejarah Kesultanan Melayu dan pre-Merdeka Day. Kalau tak ramai org tgk dipanggung, jual pada Astro, RTM, TV3 dsb.. Last2 ramai jugak yang tengok.
    Ismail N baru je tulis kisah Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di SekolahMy Profile

  10. adah says:

    aku suka tengok hikayat merongmahawangsa dan hantu mak limah balik rumah…hehehe
    adah baru je tulis kisah Berbeza pandanganApa pandangan andaMy Profile

    1. tehr says:

      kata orang keduanya memang best, kan?

  11. Cik Siti says:

    memang tak dan nak tengok wayang…. cuma dengar desas desus je. tapi ada juga tengok dokumentari pasal Hikayat Merong ni… so far masih ada yang belum terungkai dan grafiknya memang bagus
    Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

  12. padin says:

    ahah memang la di katakan cerita rekaan..
    tapi tulah nak reka pon biar berpada rasanya,
    sebab kadang2 penonton ni terikut2 dengan impak dalam filem

    kalau ikut Usop wilcha mungkin tiada masalah,
    kalau ikut perangai jenayah?

  13. Norgadis says:

    Dal lama tak pergi panggung, rasa-rasanya dah lebih 20 tahun…
    Norgadis baru je tulis kisah Benih-Benih KelahiranMy Profile

  14. Hantu kak limah dan usop wilcha,
    boleh ditonton jadi hiburan,
    matlamat telah menghalalkan cara,
    bila penerbit fokus keuntungan

  15. Ali ridha says:

    sekarang lompat ke wayang pun
    tak sempat.layan dvd la nanti.

  16. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..mahal betul kos
    filem Merong tu..harapan
    berbaloi lah nanti..saya
    belum berkesempatan
    menontonnya…
    zulkbo baru je tulis kisah Kisah Raja Lawak Tersebar Pula KiniMy Profile

    1. dnoBiz says:

      katanya kos pembuatannya dah pun mereka dapat sebelum Filem ni ditanyangkan hasil jualan ke luar negara
      dnoBiz baru je tulis kisah Kencing Baik Punya – Tipu Punya Bengkel…My Profile

  17. toyol says:

    oh..
    terengganu jg xde pawagam..
    lum pnh masuk panggung lg..
    toyol baru je tulis kisah CEMBURUMy Profile

  18. mie says:

    gue xsempat nak tengok semua..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Air Terjun Kampung Perigi Dalam Filem CUNMy Profile

  19. suri says:

    alah balik2 ctr hnatu tu bt bosa hee..baik d tv atau di pawagam bercerita akan hal yg sama…cuma watak dan jln ctr yg agak berbeda..

    1. Norgadis says:

      Saya suka cerita hantu ni cuma tidak begitu sesuai untuk anak-anak dibawah umur, ianya boleh menjejaskan fikiran anak-anak jika ketakutan itu menguasai fikiran mereka…

  20. suri says:

    harap industri filem akan dtg lebih menyegat dari biasa heee…

  21. suri says:

    malam tadi saya tgok cerita senario..tapi syg dah tek mantap seperti dulu2..

    jln ctr mlm tadi pasal batman, superman, cat women yang menyelamatkan dunia dlm masa sama latarbelakang tika itu ada planet2 d blkgnya.. tapi bila ctr dah meleret di tukar pula latar cam kat dalam teater plh huu…

    tpi senario mlm tadi mmg tak best sgt sb rakaman suara tu cam diramkan jer..hee..

    p/s:sekadar pendanga shja..

  22. Cik Siti says:

    balik kg ari tu berkesempatan tengok hantu Kak Limah balik rumah. mesej yang dikupas tidaklah banyak tetapi memang menghiburkan…. sebuah cerita santai
    Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

    1. suri says:

      cik ct haa mmg saya tgok gak..gelak habis ar ctr tu..bergema ruang tamu sya waktu hujung mgu haritu

  23. titan says:

    aku taktengok lagi.kat wayangmasih tayang lagi ke cite nih?
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 39 dari Text Link AdsMy Profile

  24. dnoBiz says:

    akupun teringin nak tengok HMMW
    dnoBiz baru je tulis kisah Kencing Baik Punya – Tipu Punya Bengkel…My Profile

  25. bluedianthus says:

    Kalau saya lihat perkembangan perfileman negara kita..lebih banyak adegan yang kurang baik disajikan. Penerbit dan pengarah lebih suka memberikan filem yang mendapat sambutan dan menghasilkan duit. Pengajaran moral mungkin cuma 10% dari plot cerita..tapi lebih baik daripada tak ada… Efek CGI tak guna juga kalau tak mampu mendidik minda masyarakat.
    bluedianthus baru je tulis kisah Bagaimana Blog Tersenarai Top 100 TechnoratiMy Profile

  26. yas says:

    sejak kawin ni, baru sekali je jejak kaki ke panggung…malas betul nak menapak kesana….
    yas baru je tulis kisah Kolonel Jihad Lt Kolonel B Manaf KasmuriMy Profile

    1. suri says:

      kena beratur mls bebenar heee

      1. yas says:

        hehehe…setuju ngan suri!!
        yas baru je tulis kisah Nasib Komando MalaysiaMy Profile

  27. MDHAFiZ.NET says:

    alangkah baiknya jika filem kita lebih takutkan ALLAH dr takutkan hantu….

    1. suri says:

      ha..skrg ctr hantu jer..bukannya ada manfaat langsung…rasa tkut adalah huuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun