Facebook Si Muka Buku

Buka facebook seawal pagi
Update status tak mandi lagi
Dibalasnya rakan laju sekali
Aku juga belum gosok gigi

Buka facebook di tengah hari
Di status rakan komen diberi
Tertulis juga geram dan benci
Dedah pekung di dada sendiri

Buka facebook sebelah petang
Upload gambar tidur terlentang
Serta sekeping untuk tersayang
Berkongsi dengan semua orang

Buka facebook ketika malam
Bukan dikhabar cerita seram
Banyak game sedia di dalam
Boleh dilayan sehingga lebam

Begitu facebook si muka buku
Begitu dibiarkan masa berlalu
Kalaulah disebar segala ilmu
Banyak faedah dapat ketemu

TehrDemikian kisah 'Facebook Si Muka Buku' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


65 Comments

  1. mie says:

    facebook sebelah petang yg xtahan tu..
    kalau boleh, semua benda nak diupload..
    ehehehe
    mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

    1. tehr says:

      fb sebelah petang time ngantuk tu, bro
      Tu yang terlepas segala macam diupload

      1. mie says:

        boleh pula macam tu ye…
        janji apa yang diupload tu bermanfaat ok la..
        eehehee
        mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 2)My Profile

        1. suri says:

          sy lepas boring main games hee..tu bila semua keje2 pjbat dah selesai..

          1. mie says:

            sama juga…
            tapi games facebook asyik kait mengait je..
            eheeheh
            mie baru je tulis kisah Koleksi Diari Orang Yang Aku BacaMy Profile

  2. Syafrizal says:

    memang kelakar kalau semua benda nak diupload. leceh betul.
    Syafrizal baru je tulis kisah Tips merawat masalah hidung dengan Korean Hand TherapyMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, harap hati2 la dengan bahan yang boleh memakan diri sendiri

  3. lunaticg says:

    Kalau nak berblog kena kurangkan berFacebook. Tumpukan pada buat backlink, buat post dan blog SEO lagi penting…. :)
    lunaticg baru je tulis kisah Hukum Jual Beli Duit LamaMy Profile

    1. tehr says:

      Setuju
      Kena beri tumpuan tu kalau nak berjaya

    2. chii says:

      betul2..kalau x..nnt leka dgn fb..pastu dok reply2 lagi T___T
      chii baru je tulis kisah Amalan Bertungku Baik untuk KesihatanMy Profile

      1. hafizmd says:

        setuju. kalau yg tu buat sungguh2…boleh buat pendapatan dari blog… =)
        hafizmd baru je tulis kisah Bola Sepak & Lelaki Kacak: Malaysia & AntarabangsaMy Profile

  4. yas says:

    Bro tehr ada tak mukabuku? Nak add gak ni kalau ada….:)
    yas baru je tulis kisah KOLEKSI GAMBAR PROTON PREVE – EXT & INTMy Profile

    1. tehr says:

      Ada tu, memang ada, Yas
      Tapi tak selalu buka je
      Dah berhabuk…

      1. mie says:

        kalau berhabuk..
        ramai boleh tolong kemaskan..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 2)My Profile

        1. chii says:

          chii pn nak tolong kemas kan sket2 bleh :p
          chii baru je tulis kisah Amalan Bertungku Baik untuk KesihatanMy Profile

  5. fiezaradzi says:

    guna semua benda ke arah yg baik, boleh punya.. bersederhana dlm sesuatu perkara..

    buka facebook, tgk update kawan2 dan keluarga jer..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!My Profile

    1. tehr says:

      Hehe
      Gunakan sebagai penyampai berita
      Bukan sebagai penyebar fitnah

  6. fuad ansari says:

    layan fb tak henti-henti..
    dari pagi ke dinihari..
    layari fb berhati-hati..
    jangan sampai memakan diri.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah aNTaRa SeMaLaM DaN HaRi iNi..My Profile

    1. tehr says:

      Betul2
      Kita bertanggung jawab dengan apa yang kita buat
      Tak mahu la nanti dapat surat saman

  7. hafidz says:

    kawan login facebook lepak kat group bola jer heh :P

  8. maza says:

    hahhaa.. maza pun sudah ketagih dgn facebook juga.. senang berinteraksi..

    tak pelah bagi si pengasas facebook duit sikit.. tetapi manfaat diperoleh banyak juga.. ahaks.. lalalalaa

    1. tehr says:

      Aku tak la anti, bro
      Cuma hairan dengan budak2 yang nampak sangat ketagih tu je
      Murid kat sekolah aku ni, pantang dapat komputer
      FB je yg mereka tahu
      Haha

  9. upload gambar makanan.
    motif?
    mahal. sedap. tayang. diari?

    buat orang terliur.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kembalinya hati yang dicuriMy Profile

    1. tehr says:

      Mereka berkongsi maklumat dan kegembiraan tu, Rain
      Mungkin…

  10. Norizwan says:

    saya like fan page facebook bro tehr ….:D
    Norizwan baru je tulis kisah Jam Tangan Mewah Luar BiasaMy Profile

  11. iza says:

    Assalam..
    Nasib baik tak buka 24 jam..dengar notification je, buka …..
    Memang banyak masa yang diambil kalau mula buka facebook. Tambah2 kalau ada kawan lama chat, keja lain tak menjadi..
    Kalau nak selama, jangan mula buka. Waktu sesuai nak buka masa baring2 nak tidur…
    iza baru je tulis kisah Di Wad KecemasanMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la yang pasal, Iza
      Biar dapat tentukan masa buka fb
      Kalau sepanjang masa, tak berasap nanti dapur
      Hehe

    2. chii says:

      hehehe…bab chat tu..before this slalu la..sebba tu skrg ni chii hide..malas nk chat..nnt semua kerja x jln :p leka punya pasal
      chii baru je tulis kisah Amalan Bertungku Baik untuk KesihatanMy Profile

      1. suri says:

        muat naik gmbr blh chi gmbr katun heeee

        1. chii says:

          hurm..tu mmg da selalu sgt chii buat..ehehe
          chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

  12. mak lagenda says:

    FB pun baru2 ni mak gheti..hahaha..tu pun bnyk membaca new dr rakan2 drpd update kisah sendiri. hihihi
    mak lagenda baru je tulis kisah SESUATU YANG HILANG!My Profile

    1. tehr says:

      Bagus tu, mak
      Gunakan sebaiknya :D

  13. Melatiqistyna says:

    Xde muka buku pong, hukk
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Pre Public Holiday – Happy BirthdayMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh le daftar satu, melati :D

  14. huhu, bagi aku 9gag lagi addictive daripada fb.. hoho sibbaik skang nie dah bleh kurangkan sket 9gag tue.. :D
    samanosuke_04 baru je tulis kisah Najwa Latif vs PascaSPMMy Profile

    1. tehr says:

      Aku tak tahu apa 9gag ni
      Tak pernah jumpa
      FB pun sesekali je jenguk
      Hehe

  15. kulanz says:

    Paling best buka facebook waktu petang
    boleh tengok orang tidur terlentang, hahaha
    kulanz baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Who Cares?My Profile

    1. tehr says:

      Agaknya sebelah petang hujan, bro
      Mereka belatih berenang tu

  16. benjy says:

    kalau hebah yang baik baiklah jadinya … kalau hebah yang tak baik kau jawablah di akhirat nanti … :D
    benjy baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY – PENGAJIAN PERINGKAT UNIVERSITI PERCUMA DI SINIMy Profile

    1. tehr says:

      Dah banyak kes
      Kat dunia pun dah kena soal jawab, bro
      Surat saman bila2 masa je boleh sampai

  17. akubiomed says:

    Facebook waktu petang bestlah boleh buat aksi kuak lentang. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Now everyone can flyMy Profile

    1. tehr says:

      Olimpik pun dah dekat sangat ni
      Elok la tu berlatih
      Hehe

      1. suri says:

        haaaa ada sahaja yg mmcuuci mata ya

  18. zool says:

    Kalau kat opis.. Facebook di waktu pagi , tengahari dan petang.. atau dalam erti mudah ‘waktu sebelum masuk keje’, waktu rehat makan dan balik. hehehe
    zool baru je tulis kisah Projek Tanam Sayur belakang rumahMy Profile

  19. rahman says:

    buka facebook tak kira masa
    konon nak update status sahaja
    perkara buruk usah dicerita
    nanti malu satu dunia
    rahman baru je tulis kisah Pesawat MAS mendarat cemas di KLIAMy Profile

  20. ssh nk bkk fb kat tmpt keje ni..hehhe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Mampukah Kita Hapuskan PTPTN ?My Profile

  21. ProfHariz says:

    Facebook memang menjadi igauan dan merupakan separuh dari hidup.
    ProfHariz baru je tulis kisah Pilihan Raya Umum (PRU 13) Pada 13 Mei 2012 ?My Profile

  22. titan says:

    huh..penat gila nih..facebook pun susah nak buka dah sekarang.
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan AdstractMy Profile

    1. suri says:

      cikgu time mengajar mana blh maib fb heeeee

  23. merbahaya FB nie.. lagi FB skrg yg ada time line tu. Kalau scroll ke bawah mcm tak habis-habis.. Cerita dua tahun lepas pon boleh jumpa. Kalau semua mau di baca, bila nak buat keje.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Makan Rojak Buah Di Suria SabahMy Profile

  24. Raja udang terbang melayang
    Terbang rendah menyambar ikan
    Hal peribadi ditayang-tayang,
    Kena godam, orang disalahkan
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Kampung Nelayan Selat MelakaMy Profile

    1. azura says:

      kena godam ayat menakutkan kak long
      azura baru je tulis kisah Atuk Saya dan Bijih TimahMy Profile

  25. azura says:

    facebook laman sosial sensasi
    penuh informasi lama dan terkini
    itulah teknologi di hujung jari
    takut juga disalah erti
    azura baru je tulis kisah Biar mimpi sampai ke bintangMy Profile

    1. suri says:

      hati2 klu sekli nak jeguk klu berlama nnti kerja tk jln pula hiii

    2. hafizmd says:

      teknologi kini dihujung jari
      salah isi tanggung sendiri
      facebook kini memang sensasi
      siap tayang kat wall lagi
      silap haribulan malu sendiri
      hafizmd baru je tulis kisah Bola Sepak & Lelaki Kacak: Malaysia & AntarabangsaMy Profile

      1. chii says:

        yang malu sendiri tu lain cerita kalau yg melihatkan org x berapa dikenali..tp kalau saudara mara..sahabat handai..aduhai..xtau mana nak sorok muka da
        chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

  26. eiela says:

    kena guna bebetul je facebook nih, buka juga fb, tapi tak berlama-lama pun.
    eiela baru je tulis kisah Kebaikan Asid FolicMy Profile

  27. suri says:

    fb klu bosan blh d cari tpi guna jalan baik

  28. shraqs says:

    Penangan FB. :)
    shraqs baru je tulis kisah A Love Story : G-Male Dan Siri (Video)My Profile

  29. kakyon says:

    status:-

    hntar orang rumah pergi pasar..

    10 people like this..

    heheh…
    kakyon baru je tulis kisah Pulau Tioman..part 2My Profile

  30. Mus says:

    dah logout di pc.. login pula di hp
    Mus baru je tulis kisah Warna Warni Sambulayang Regatta Lepa SempornaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun