EURO 2012 | Sepanyol Juara

euro 2012

Dua gol di separuh masa pertama oleh David Silva ['14] dan Jordi Alba ['41] meletakkan Sepanyol di depan. Dalam perlawanan akhir EURO, sukar bagi mana-mana pasukan untuk bangkit dan memenangi kejohanan selepas ketinggalan dua gol di separuh masa.

Jaringan Fernando Torres ['84] dan Juan Mata ['88] mengesahkan Sepanyol Sebagai Juara EURO buat kali ketiga untuk menyamai rekod Jerman. Mereka pernah muncul juara pada tahun 1964 yang berlangsung di halaman mereka sendiri.

Iker Casillas

gambar dari laman uefa.com

Sejak 1960 belum pernah ada mana-mana pasukan yang berjaya muncul juara dua kali berturut-turut tetapi Sepanyol berjaya melakukannya. Mereka adalah Juara EURO 2008 yang berlangsung di Austria dan Switzerland sebelum ini.

Menewaskan Itali dengan empat gol tanpa balas di perlawanan akhir EURO 2012 mengesahkan Sepanyol adalah pasukan terbaik dunia ketika ini. Perlu diingat, mereka juga merupakan Juara Piala Dunia 2010. Tahniah kepada Sepanyol Juara EURO 2012.

spain juara euro 2012

TehrDemikian kisah 'EURO 2012 | Sepanyol Juara' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. Kulanzsalleh says:

    Dua jaringan terakhir macam dah tak semangat bersorak sebab permainan dah jadi hambar.. apapun.. tahniah kepada Spain dan penyokongnya :)
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Final EURO 2012 Spain v ItalyMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la
      itali dah tahu mereka tak daya nak melawan lagi
      pemain spain pula dah mula enjoy
      gol ketiga torres tu dah mengesahkan spain juara

    2. hafizmd says:

      Setuju. Nampak cam friendly game pulak… =)
      hafizmd baru je tulis kisah Euro dah habis, mengantuk lagi ke?My Profile

      1. Kulanzsalleh says:

        Nasib baik spain tak buat teknik pura-pura jatuh dan cedera.. kalau diorang buat macam tu, memang aku terus switch off tv masa tu, hahaha
        Kulanzsalleh baru je tulis kisah Melayan Karenah Anak Menonton BRAVE 3DMy Profile

  2. nurmisnan says:

    SPAIN baru tunjuk belang tuh.. har3..
    Tahniah SPAIN dan juga semua blogger2
    yang masuk contest EURO JUARA di DH…
    nurmisnan baru je tulis kisah Jangan risau apabila manusia bercakap belakang kitaMy Profile

  3. nazri says:

    Kurang power coz 10 nk cover 11.. Apapun, tahniah buat penyokong spain
    nazri baru je tulis kisah Pemenang Top Commentators June 2012My Profile

  4. Hafizul says:

    Yeaaahhhhaaa…sepanyol menang…menarik betul permainan dia..mujur jugak itali kena kad merah..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Sepanyol Dah MenangMy Profile

    1. hafizmd says:

      Mmg laju

      Bukan kad merah, mamat tu injured…
      hafizmd baru je tulis kisah Euro dah habis, mengantuk lagi ke?My Profile

  5. rahman says:

    spain memang layak juara Euro 2012

  6. onlajer says:

    italian job tidak mampu mengatasi el matador hehe
    onlajer baru je tulis kisah One Year OnlajerMy Profile

  7. ohcikgu says:

    dah agak dah..mesti torres sumbat gol pagi tadi..
    ohcikgu baru je tulis kisah Apa itu Doa? Doa Putus Cinta dan Doa Pendekat Jodoh?My Profile

    1. suri says:

      ceh main2 agak2 ada matera dlm minda ni heeeee
      suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_06/2012My Profile

  8. akubiomed says:

    Hebat Sepanyol dengan jaringan gol 4 berbalas 0.
    akubiomed baru je tulis kisah Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012My Profile

    1. suri says:

      sepak buat geram masa skit lagi ank gawang gol tapi melepas ar heee…
      suri baru je tulis kisah Sedum Part IIMy Profile

  9. daddydee says:

    Satu kesilpan buat Ital kerana menurunkan Bolatelli….Bolatelli terlalu tamak semalam…
    daddydee baru je tulis kisah MasterChef Celebriti : Celebriti Ke-10 TerkeluarMy Profile

  10. beckhr00y says:

    Spain main pada tahap sebenar mereka sbb tu Italy kalah
    beckhr00y baru je tulis kisah Keputusan Spain VS Italy Euro 2012 FinalMy Profile

  11. cukup encik TR. terharu aku membaca mengenai kekalahan Italy. hehehe

    1. hafizmd says:

      Betul tu. Ayuh kita pandang ke hadapan. Nak2 lagi perlawanan malaysia vs myanmar esok…hehee
      hafizmd baru je tulis kisah Euro dah habis, mengantuk lagi ke?My Profile

  12. yas says:

    Tahniah buat SPAIN!!! hehhe…yg penting dpt baju…:)
    yas baru je tulis kisah GAMBAR KERETA BOMBA LAMAMy Profile

    1. hafizmd says:

      tulah pasal…

      aku teka italy sebab nak baju jugak…tp takpe, aku rembat baju wife aku nanti…hahahhaa
      hafizmd baru je tulis kisah Euro dah habis, mengantuk lagi ke?My Profile

      1. hatiputera says:

        Tahniah kerana dapat baju,,,
        hatiputera baru je tulis kisah Ranking Contest Seo Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  13. suri says:

    sering blur 2 negara ni aduikkk
    suri baru je tulis kisah Sedum Part IIMy Profile

  14. dinar says:

    berakhir sudah sorakan gol
    tidur sekarang mula lena
    piala euro dah jadi milik sepanyol
    juara bola sepak itulah fenomena
    dinar baru je tulis kisah BELI, BELI, BELI…emas sekarang!My Profile

  15. ProfHariz says:

    Memang puas hati lah !
    ProfHariz baru je tulis kisah Jumpa di The Legendary Concert 2012My Profile

  16. ProfHariz says:

    Saya memang dari awal minat spain sebab banyak player barcelona dan ada pemain dari man city iaitu silva
    ProfHariz baru je tulis kisah Jumpa di The Legendary Concert 2012My Profile

  17. Errr Jordi Alba tu sedara mara dgn Jessica Alba ker?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah A Walking GPS – Autistic Lad With A Map In His MindMy Profile

  18. Mus says:

    tak berapa menarik match…
    berat sebelah.. lawan kurang bemaya
    Mus baru je tulis kisah Pertandingan Fotografi Sabah BahMy Profile

  19. padin says:

    hahaha member aku tensen, dia masuk tido, elok je dia tutup pintu Torres score… lagilah dia tensen ekekee…. memang jadi topik hangat kat kantin, :D
    padin baru je tulis kisah Persediaan TemudugaMy Profile

  20. titan says:

    nak wat camana..spain lebih kacak semalam..
    titan baru je tulis kisah Skandal baru gua..My Profile

  21. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    kesian Italy kena “titik”
    je dengan Spain..he he

  22. balotelli hilang bisanya..hehe

    tahniah kepada spain.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati : Duplicate ContentMy Profile

  23. mak lagenda says:

    Wlupun kata italy nmpk steady dan German nmpk tertekan, akhirnya German jgk yg membuktikan mereka heibat!
    mak lagenda baru je tulis kisah TIPU DOKTORMy Profile

  24. fiezaradzi says:

    mmg laju spain main malam tu.. kdg2 tak sempat tgk bola kat mana.. ape pun, tahniah buat spain..mmg hebatlah, juara 3 kali yg besar berturut2.. saper lah bakal kalahkan spain nanti ye? tunggu piala dunia pula..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Sepanyol dan Kaki BolaMy Profile

  25. cik tom says:

    tahniah team spain!
    cik tom baru je tulis kisah Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume PantryMy Profile

  26. maza says:

    sudah berturut2 spain juara..

    taniah, there really deserved

    tapi masa hari kejadian, tiba2 maza zzzzzzzzzzzzzzz

    hehehehe
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: StealthMy Profile

    1. cik tom says:

      oh..dulu pun team spain jugaklah menang ye…
      cik tom baru je tulis kisah Pre-order Running Man Tshirt Only at Pretty HeiseiMy Profile

  27. Juan says:

    memang best lah
    Juan baru je tulis kisah Cik Ika Yang Pandai MainMy Profile

  28. hafidz says:

    Spanyol memang terbaik la. Seronok la penyokong2 Spanyol heh ;)
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang Buffered Earnings 11My Profile

  29. pemain hebat semangat membara
    memuru impian penuh tentangan
    diramal sudah Sepanyol Juara
    tidak terkilan tamat perlawanan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun