EURO 2012 | Sepanyol Hantar Ireland Pulang

euro 2012

Sepanyol [4] vs [0] Ireland
Lelaki kacak dari Sepanyol main memang bagus. Awal pagi tadi mereka bagi 4 gol percuma kepada Ireland, dan paksa Ireland tempah tiket balik kampung lebih awal. Fernando Torres [2], David Silva [1] dan Cesc Fàbregas [1] memang terbukti lelaki kacak. Orang Sepanyol memang kacak. :D

dah dua kali masuk padang
ireland gagal untuk menang

jumpa crotia mereka kalah
lawan sepanyol lebih parah

jadual terakhir melawan itali
menang pun tidak guna lagi

Aku sempat tengok game pagi tadi. Lelaki kacak Sepanyol main memang lebih kemas kalau nak dibandingkan dengan Ireland. Memang ada gaya sebagai bakal Juara EURO 2012 kali ni dan memang bukan lawan Ireland. Walau pun Ireland ada juga buat serangan tapi Iker Casillas kat muka gawang tu tak bagi peluang. Memang payah nak masuk gol.

Selepas ini siapa pula yang akan ditunjukkan jalan pulang lebih awal. Mungkinkan Sweden? Jadual perlawanan EURO 2012 malam nanti Sweden akan menentang England dan tuan rumah Ukraine melawan Perancis.

TehrDemikian kisah 'EURO 2012 | Sepanyol Hantar Ireland Pulang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. cikgu naman says:

    tengok sampai pukul 3 je..pastu bangun tengok higlight je..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Mungkin Jerman Juara Euro 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      aku pulak
      bayar tidur lepas subuh :D

  2. mak lagenda says:

    Mlm td x temankan cik abam depan TV so mmg tatau apa2 kisah..
    mak lagenda baru je tulis kisah OBSESI MEMBACAMy Profile

    1. tehramuan says:

      kisahnya sepanyol menang dan ireland beli tiket balik kampung
      huhu

  3. nurmisnan says:

    Memang terbaeklah 4 – 0
    member dari Ireland frust giler kalah.. kesian dia..
    nurmisnan baru je tulis kisah Marilah menanam tanaman di Syurga pulaMy Profile

    1. tehramuan says:

      terpaksa la balik kampung sebelum raya :D

  4. adamfaiz says:

    Tak ‘tertengok” game sekarang ni… balik dah penat!!! huhuuu
    adamfaiz baru je tulis kisah Bagi Kredit Je, Bukan Duit!!My Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, bro
      aku ni malam hari tak kerja je boleh layan sampai pagi
      kalau hari kerja, memang kena tidur la :D

  5. hafizmd says:

    Terbaiklah!

    Nampaknya Spain dah mula tunjuk taring
    Baru pasukan lain takut nak bersaing
    hafizmd baru je tulis kisah Trend Makan Awal PagiMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang dah nampak taring mereka
      taring tores pulak disimpan untuk game akan datang

  6. ProfHariz says:

    Saya tak sempat tengok kerana mengantok sangat. Tapi tgk highlights memang superb ! Paling kacak gol silva dan fabregas
    ProfHariz baru je tulis kisah JUARA EURO 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la
      masuk2 je dah dapat buat gol
      memang terbaik

  7. maza says:

    Aduh! tak merasalah nak tengok lagi si Ronaldo itu menyepak bola lagi. hehehe

    betul2 Spain kena badi ni.. hahaha
    maza baru je tulis kisah Mengagahi ranjau di sepanjang jalanMy Profile

    1. tehramuan says:

      ronaldo ada peluang lagi, bro
      harap2 la mereka dapat menang dan layak

  8. padin says:

    hehee minit ke4 dah score tu yg terus gagah mata sampai abes game,
    kalau tak, tumbang juga tv yg tgk aku (masa Belanda – Jerman) hahaha

  9. bye2 ireland..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Google Snippets : SuksesMy Profile

  10. rahman says:

    kesian pula aku tengok si shay given.. hehe :)
    rahman baru je tulis kisah Pekena asam pedas Bangi di seksyen 7My Profile

  11. Bola di tendang sangat bahaya
    ditangkap oleh Dolah Talib
    pasukan crotia spanyol menundukannya
    Dengan itali mencuba nasib

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy spray cover plastic kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Spray Cover plastic keretaMy Profile

  12. hatiputera says:

    bisa sungguh tores tu,,,calon anugerah golden boot,,,top scorers…
    hatiputera baru je tulis kisah Top Scorers Euro 2012My Profile

  13. akubiomed says:

    Pada awal permainan EURO 2012 pasukan Sepanyol telah dikritik hebat dan tidak yakin untuk mempertahankan kejuaraan.
    akubiomed baru je tulis kisah No Posts Were Found!My Profile

  14. cik tom says:

    tahniah pd team n fan sepanyol!
    cik tom baru je tulis kisah Resepi Air Buah Koktail Berkastard Mudah dan SedapMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun