EURO 2012 | Jadual Perlawanan Kalah Mati

euro 2012

England dan Perancis melengkapkan jadual perlawanan kumpulan EURO 2012 di Poland dan Ukraine awal pagi tadi. England menyingkirkan tuan rumah bersama Ukraine bila menang 1-0 sementara Perancis turut layak walau pun kalah 0-2 kepada Sweden.

Nampaknya pasukan-pasukan pilihan berjaya ke peringkat suku akhir secara kalah mati kali ini. Greece? Ramai yang tidak menyangka Greece layak ke suku akhir kecuali Titan. Rasanya aku semakin minat dengan pasukan Greece ni.

Czech Republic ke suku akhir
Misi mereka belum berakhir
Tuan rumah Poland terusir
Pahit kelat menerima takdir

Tahniah kepada skuad Greece
Satu jaringan dari Karagounis
Peminat Russia terisak tangis
Pulang sebelum keringat habis

Jerman menang penuh gaya
Memang calon muncul juara
Denmark pula merasa kecewa
Tidak terdaya menunjuk bisa

Portugal juga semakin hebat
Dua jaringan Ronaldo dapat
Belanda balas tiada sempat
Tiket pulang dah siap tempat

Pasukan Sepanyol bakal juara
Mereka mendapat tujuh mata
Pasukan Crotia pula kecewa
Biar pun ramai peminat setia

Itali bermain dalam tekanan
Kes rasuah menjadi bebanan
Berjaya juga kalahkan Ireland
Masih dapat terskan cabaran

England berjaya sekali ini
Satu gol daripada Rodney
Ukraine pula bersedih hati
Harapan indah tiada lagi

Pasukan Perancis pula kalah
Tetapi mereka tak ambil kisah
Sweden menang lambat sudah
Flight pulang sudah ditempah

Tarikh Dan Masa Perlawanan Pasukan
22 Jun – 02:45 Pagi 1/4 Akhir 1 Rep Czech Vs Portugal
23 Jun – 02:45 Pagi 1/4 Akhir 2 Jerman Vs Greece
24 Jun – 02:45 Pagi 1/4 Akhir 3 Sepanyol Vs Perancis
25 Jun – 02:45 Pagi 1/4 Akhir 4 England Vs Itali
28 Jun – 02:45 Pagi 1/2 Akhir 1 1/4 1 vs 1/4 3
29 Jun – 02:45 Pagi 1/2 Akhir 2 1/4 2 vs 1/4 4
02 Jul – 02:45 Pagi Akhir 1/2 1 vs 1/2 2

Tarikh perlawanan suku akhir EURO 2012 ialah pada 22, 23, 24 dan 25 Jun 2012. Empat pasukan terbaik yang menang nanti layak ke separuh akhir yang akan diadakan pada 28 dan 29 Jun. Harap-harap Greece dan England menang untuk ke separuh akhir. He he he…

TehrDemikian kisah 'EURO 2012 | Jadual Perlawanan Kalah Mati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. adamfaiz says:

    Pembetulan “Pasukan German bakal Juara….” :)
    adamfaiz baru je tulis kisah Aku Kuli-kuli SahajaMy Profile

    1. tehramuan says:

      eh, bukan england ke? :D

      1. iza says:

        Spanyol la….
        iza baru je tulis kisah Pageviews 200,000My Profile

    2. rasanya jerman.. :)
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Google Snippets : Ubahsuai Tema Genesis 1.71My Profile

  2. kalo tak ke blog tehr.. saya pun tak tahu news bola nie…
    tapi berjaga malam gak.. tapi buat kerja lain..he.he.he
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Sagun | Boleh Buat Bisnes Sampingan TawMy Profile

    1. tehramuan says:

      saya pun pilih2 pasukan je tengok
      tak larat nak layan semua

  3. hatiputera says:

    bakal ke semi final ialah portugal,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Riadah Bersama Mountain Bike XDS 26594My Profile

    1. tehramuan says:

      rasanya mereka boleh lepas

      1. hatiputera says:

        dan bakal anugerah golden boot ialah critiano ronaldo….
        hatiputera baru je tulis kisah LELAKI BACA AL QURAN DALAM KEADAAN KOMAMy Profile

  4. maza says:

    Bola itu bulat kan kan kan..

    mahu tengok kehebatan England lah. .hehehhee
    maza baru je tulis kisah Worldless Wednessday: Kasih sayang itu umpama tumpang menumpangMy Profile

    1. tehramuan says:

      yes!
      ada geng sokong england :D

  5. nurmisnan says:

    Tak sabar nak tgk SPAIN vs France
    nurmisnan baru je tulis kisah Promosi dahsyat – Lima bakal pengantin bertuahMy Profile

    1. tehramuan says:

      mmm
      spain ok tapi france macam payah je

  6. iza says:

    Assalam..
    Saya tunggu tengok result je nanti..
    iza baru je tulis kisah Pageviews 200,000My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      itulah yang sebaiknya :D

  7. yas says:

    Den harapkan Spain la bakal juara nanti…..
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Badang?My Profile

    1. tehramuan says:

      eh, bukan england ke, yas?

  8. titan says:

    greece susah nak gi sebab karagounis dah takde masa lawan germany ada. kalau ada..aku sendiri rasa susah germany nak menang mudah dengan greece..hmm..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 7My Profile

    1. tehramuan says:

      karagounis tu memang macam jeneral perang
      memang rugi dia tak dapat main

      1. titan says:

        yap. cukup rugi..
        titan baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  9. cik tom says:

    saksikan team mana bakal juara euro 2012..hehe
    cik tom baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      england la tu, cik tom
      haha

      1. cik tom says:

        ye ke?? ciktom sokong yg menang je.. aci x? haha…
        cik tom baru je tulis kisah Komisyen Kedua dari BuatcoklatMy Profile

  10. Bola2. Musim bola lagi sekarang ni.
    Kepada peminat2 bola, enjoy! ;)
    Shasha Catering baru je tulis kisah Cara-cara Mengurangkan Lemak di PerutMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      enjoy dan jangan lupa tidur juga :D

  11. Floyd says:

    I sokong England. Bagi lah chance England menang…..dah lama sangat tak menang Euro
    Floyd baru je tulis kisah Panasonic’s first Android-based Toughpad unveiled in SingaporeMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya ya
      bagi la peluang england menang :D

  12. saimi says:

    semoga spain jumpa portugal di final.
    saimi baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      england nak letak kat mana, saimi?
      haha

  13. Manan Qayyim says:

    siap ada pantun lagi…

    #Kehangatan BOLA semakin membara….
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Monyet Penunggang Motosikal Terhebat – Wordless Wednesday #5My Profile

    1. tehramuan says:

      pantun tu untuk redakan ketegangan, bro :D

  14. zool says:

    memang semakin hampir ke penghujungnya…….
    zool baru je tulis kisah Peramah di laman sosial , pendiam di dunia realitiMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      hanya beberapa perlawanan sahaja lagi

  15. kulanz says:

    Ada 3 pasukan pilihan aku… Portugal, spain, england.. Harap salah satunya masuk final nanti
    kulanz baru je tulis kisah 7th Sabah International Folklore Festival 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      mmm ok
      ketiga2 ni aku minat

  16. shraqs says:

    Suku akhir kedua merupakan match yang sy wajib tonton :)
    shraqs baru je tulis kisah Introducing Windows Phone 8My Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 mata tak buat hal :D

  17. mak lagenda says:

    Dah ada england dlm tu pun dah cukup menggembirakan laki mak..
    mak lagenda baru je tulis kisah INSTAGRAMMy Profile

    1. tehramuan says:

      yes!
      ada geng penyokong england
      terbaik tu

  18. ZoOMartis says:

    Spain tetap dihati….
    ZoOMartis baru je tulis kisah Berita Panas : Gambar Seksi Nasha Aziz Di Majalan ENFMy Profile

    1. tehramuan says:

      … dan england :D

  19. Skrg ni sapa kalah.. siap ler.. MATI!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Stress At School And Some Thoughts On Tainted Car WindowMy Profile

  20. Floyd says:

    Agak2 akulah kan, England lwn Italy nanti England menang 2-1 hehehe.
    Floyd baru je tulis kisah Japan solar creating $9.6 billion market?My Profile

  21. akubiomed says:

    Semakin rancang perlawanan EURO 2012 apabila melangkat peringkat kalah mati.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Uncle Gedek ProtegeMy Profile

  22. ohcikgu says:

    germany dan portugal akhirnya ke separuh akhir dahh..
    ohcikgu baru je tulis kisah Abraham Lincoln Vampire HunterMy Profile

  23. tengok TV berita terkini
    banyak cerita setiap petang
    menarik sungguh perlawan ini
    sapa kalah selamat pulang

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun