Esok Hari Raya

Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri tahun ini ialah pada petang Ahad [hari ini] 27 Julai bersamaan 29 Ramadan. Insyaallah besok kita akan sekali lagi menyambut Aidilfitri.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Hari untuk umat Islam bergembira. Mari kita sama-sama memanfaatkan hari raya ini untuk menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kita kepada Maha Pencipta semaksimum mungkin.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi jiran tetangga, saudara mara, rakan dan sahabat adalah antara perkara yang amat dituntut untuk kita lakukan di hari raya.

selamat hari raya

Esok Hari Raya

Pagi-pagi lagi dah ribut
Nak ke pasar berebut-rebut
Lipat beras ketupat pulut
Serta memasak cepat merungut

Anak bulan belumlah nampak
Esok raya atau tidak
Lodeh rendang sudah di masak
Depanlah rumah masih berselerak

( 1 )
Gembiranya bila mendengar berita
Jika terlupa hendak berbuka puasa
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya

( 2 )
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

( ulang dari 1, 2, 2 )

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari raya

– dR Sam

Eh, korang ziarah kubur ke pada hari raya?

Memang tak salah ziarah kubur pada hari raya tapi jangan sedih-sedih tau! Kita perlu hormati suasana yang ada. Hari raya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih.

Ingat tu, jangan sedih-sedih!

Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Usah ditukar suasana ceria hari raya yang mulia ini menjadi hari yang mendung dan muram.

Masak ketupat dalam kuali,
Hidang kuih dalam pinggan;
Syukur nikmat kurnian Illahi,
Usah bersedih di hari lebaran.

Aneka kuih masakan emak,
Mari dihidang di pagi raya;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudilah datang ke rumah saya.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin, dunia dan akhirat.

TehrDemikian kisah 'Esok Hari Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Anuar says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435 Hijrah… Ampun maaf zahir dan batin daripada saya dan keluarga…
    Anuar baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/1435 HijrahMy Profile

  2. Mazni Azmi says:

    Assalamualaikum Wrmbth,

    Selamat hari raya aidilfitri semua.

    Ramadhan sudah hampir berlalu
    Hati yang sedih bertambah syahdu
    Rakyat gaza dalam keadaan pilu
    Rakyat Malaysia kekalkan berpadu
    Mazni Azmi baru je tulis kisah Beli Tudung Online Koleksi Labuh Bidang 60 Inspirasi HanaMy Profile

  3. Hero Borneo says:

    selamat hari raya puasa..tahun ini raya bersama blog sahaja kerana orang rumah pulang kampung halaman..sedih dan sabar sahaja
    Hero Borneo baru je tulis kisah Video Hypnosis Yang Mesti DitontonMy Profile

  4. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014My Profile

  5. Bahrain says:

    Selamat hari raya maaf zahir dan batin :)
    Bahrain baru je tulis kisah Selamat Berhari Raya 2014My Profile

  6. dja@sishaza says:

    Selamat Hari Raya buat cikgu seisi keluarga dan pembaca blog ini ye.. kosong kosong :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah CARA-CARA DAN TIPS MEMBUAT DOH PIZZAMy Profile

  7. Cik Siti says:

    Tanam keladi tumbuhnya sulur,
    Tanam kacang tumbuhnya peria,
    Selamat hari raya ucapan dihulur,
    Bermaafanlah kita di hari mulia.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

  8. Sobri Mansor says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya.
    Sobri Mansor baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 1435 HijrahMy Profile

  9. Padin says:

    selamat hari raya bro tehr… :D

  10. Fyda Noh says:

    Selamat hari raya
    Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian.
    Fyda Noh baru je tulis kisah Tips Bertukar Menjadi Bidadari Dengan VivixMy Profile

  11. hafiz says:

    selamat hari raya cikgu Tehr
    hafiz baru je tulis kisah Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27My Profile

  12. Hafizul says:

    Huhu..rasa nak u turn balik masa ni…hahaha..selamat hari raya bro dan keluarga…maafkan saya jika ada terkasar bicara…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-13 Panduan Menjahit BajuMy Profile

  13. Skrinaku says:

    Syawal tiba Ramadhan berundur,
    Salam Aidilfitri meriah sambutan;
    Semoga kita dipanjangkan umur,
    Berjumpa lagi di tahun hadapan.
    Skrinaku baru je tulis kisah Pemenang Pingat Malaysia Sukan Komanwel 2014My Profile

  14. suri says:

    esok hari raya ada kuih raya saya nak?
    suri baru je tulis kisah Doa Putus Cinta, Putus Tunang, Bercerai Suami IsteriMy Profile

  15. suri says:

    selamat hari raya maaf zahir dan batin ya :)
    suri baru je tulis kisah cahayacinta … Dan Omelan SendirianMy Profile

  16. Skirnaku says:

    raya dah habis
    tapi mercun dan bunga api masih bunyi lagi ni
    huhu
    Skirnaku baru je tulis kisah Pemenang Pingat Malaysia Sukan Komanwel 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun