Engkau Yang Cantik

Engkau yang cantik, engkau yang manis, engkau yang manja. Selalu tersipu…

Eh, nanti korang sambung sendiri, boleh? Tak pun korang cari je lirik lagu ni dekat internet. Pakcik Google mesti boleh bagi tunjuk punya.

Malas pula aku nak tulis panjang-panjang.

Tengah hari di panas terik,
Sedap diminum air kelapa;
Kepala hijau mulutnya itik,
Harap-harap korang suka.

Engkau Yang Cantik

Engkau Yang Cantik

Anak bangau si anak itik;
Tak diagak bulunya carik;
Wajah engkau amat cantik,
Kenapa riak tidak menarik?

Siapa kacau berbalik baik,
Anak singa bermisai lentik;
Mata engkau sungguh cantik,
Kenapa asyik jeling melirik?

Budak angau gaya cerdik,
Turun berlari di tepi tasik;
Bibir engkau sangat cantik,
Kenapa seperti mulut itik?

Engkau yang cantik tidak semestinya menarik. Tak semestinya dapat menawan hati orang yang melihat.

Juga tak semestinya dapat memikat hati lelaki kacak.

Tidak.

~

Allah dah berikan wajah yang cantik. Paras rupa yang menawan.

Yang hairan bin ajaib tu, bila ambil gambar selfie kenapa pulak dibuat macam mulut itik?

Teruk benar nampaknya.

Gadis genit bergambar selfie,
Bukan teknik memikat lelaki.

Gadis genit selfie bergaya,
Itu teknik memikat buaya.

Ya. Itu bukan teknik memikat lelaki idaman yang bagus.

Bukankah elok kalau kakak dan makcik dapat senyum sahaja bila mahu ambil gambar.

Lagi pun senyum itu adalah sedekah yang paling mudah.

TehrDemikian kisah 'Engkau Yang Cantik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


9 Comments

  1. akubiomed says:

    Sweet betul gambar 2 ekor tersebut. :)
    akubiomed baru je tulis kisah 4 usb port Ldnio travel charger penyelamat gajet nyawa-nyawa ikanMy Profile

  2. dja@sishaza says:

    Apa pun, wajah cantik memang selalu menarik perhatian lelaki … realiti tu cikgu :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah Ebook Master Dropship Dalam 30 HariMy Profile

  3. titan says:

    tu dia.

    pantun pasal cantek la plak.
    titan baru je tulis kisah Genius FighterMy Profile

  4. Dulu memang susah sungguh nak ambil gambar dengan senyuman…kelat je..hihi
    Noriza Rahman baru je tulis kisah AWAS! Penurunan Hormon Testosteron Tanda Lelaki MenopauseMy Profile

  5. Padin says:

    senyum simple pun da menarik,
    kadang2 berusaha utk jadi lebih cantik, jadi macam itik le pulakkk

  6. engkau yang cantik
    engkau yang manis
    engkau yang manja…

    lagu2 lama
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Promosi Berganda Minyak Ikan Omega GuardMy Profile

  7. Jarang jumpa gambar burung sweet macam tu..romantik nau
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?My Profile

  8. Ikhwan says:

    popular lagu ni, penuh makna tersurat dan tersirat :)
    Ikhwan baru je tulis kisah 2 Cara Mudah Jana Wang Dengan USDMy Profile

  9. musadun says:

    mula2 baca entri ni dah mula baca ikut nada nyanyian tu..hehe
    musadun baru je tulis kisah Harga iPhone SE di Malaysia TerkiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun