Empat ≠ 4

Aku tahu, orang lelaki ni nampak nombor empat [4] je terus fikir pasal kahwin empat. Memang tak tahu nak fikir benda lain dah. Kan? Harap-harap tak ada la yang gatal-gatal nak fikir pasal kahwin empat. Ni bukan entri pasal kahwin ni. :D

jambatan-terpanjang-di-duniCerita yang sedap di dengar. Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter ini telah menelan kos melebihi RM4.5 billion dan telah pun dibuka oleh kerajaan China kepada orang ramai untuk digunakan. Jambatan Teluk Jiaozhou ini adalah jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia, menghubungkan bandar pelabuhan Qingdao dengan pulau Huangdao. [mengambil masa 4 tahun]

Jambatan-Sultan-Yahya-PetraCerita yang tak sedap di dengar. Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua, Kota Bharu, Kelantan yang dimulakan pada Jun 2007 sepatutnya siap pada Disember 2009 dan kemudian dilanjutkan, katanya akan siap pada 2012 [kemungkinan besar tak sempat siap]. Jambatan sepanjang 0.8 kilometer ini bernilai RM157 juta yang akan menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat merentasi Sungai Kelantan. [Sekarang dah lebih 4 tahun]

Kan? Jangan selalu dok pelekeh terus semua perkara dari negara China. Mereka ini memang hebat dan semakin lama semakin hebat. Hanya dengan Lin Dan seorang pun rakyat Malaysia [peminat sukan badminton] dah tak senang duduk. Geram hati memanjang je biar pun perlawanan dah tamat dua hari. :D

TehrDemikian kisah 'Empat ≠ 4' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. ghost writer says:

    kutipan terbaru Ombak Rindu dengar kata dah cecah 4 Juta,bro!
    ghost writer baru je tulis kisah menganyam awan di kaliMy Profile

    1. tehr says:

      senyum sampai telinga la penerbit dia :D

      1. ahmad kamil says:

        Tapi baca paper metro semalam, penulis cerita ke…pengarah cerita kalau tak silap teman, tak puas hati plak dgn bayaran yg diperoleh sebb dia expect lebih lagi. hmmm….
        ahmad kamil baru je tulis kisah ~~Wordless Wednesday~~ Ducati DiavelMy Profile

        1. suri says:

          cerita ikut novel kita satu cbran…
          suri baru je tulis kisah Tercekik Part IMy Profile

          1. dnoBiz says:

            menterjemahkan novel pada lakon layar bukan satu perkara yang mudah
            dnoBiz baru je tulis kisah Iklan Innity – Macam mana aku boleh terlepas pandang..??My Profile

        2. Encik Mus says:

          tak salah bagi lebih jika untung banyak..
          tapi kalau dah dalam kontrak banyak tu jer..
          nak buat macam mana
          Encik Mus baru je tulis kisah Yes!! Esok Balik KampungMy Profile

    2. dnoBiz says:

      harapnya ini bukan kerana kesan promosi adengan ranjang tu..
      dnoBiz baru je tulis kisah Tentang Doa – Doa Senjata Orang MukminMy Profile

  2. akubiomed says:

    Mula-mula ingatkan bro hendak tambah cawangan yang ke 4. Maklumlah sekarang ini cuti sekolah. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Young AkuBiomedMy Profile

    1. tehr says:

      aku belum belajar lagi ilmu kawin 4 ni, bro
      huhu

      1. suri says:

        ar..haaa..ye ker… blh sy bt kotak2 nyer..
        suri baru je tulis kisah Tercekik Part IMy Profile

      2. Encik Mus says:

        kena tuntut dengan SY
        Encik Mus baru je tulis kisah Kenapa Kesihatan Tak Menentu?My Profile

      3. dnoBiz says:

        heheh
        sekarang dah susah sebab Ilmu payung emas dah tak sesuai…
        dnoBiz baru je tulis kisah Cabul budak – Artis popular 80 an dituduh Mencabul [Video]My Profile

  3. padin says:

    sekolah menengah dulu, 2 tahun periksa dapat no 4 dalam kelas, hehee
    padin baru je tulis kisah Berkias Dalam KataMy Profile

    1. tehr says:

      wah, terbaik la, bro
      aku tak pernah merasa
      paling best pun no 6 je :D

      1. suri says:

        tahun saya 1 smpi 3 huhu lain 4, 5 seterusnya kira gagal huhu..hadiah pun tak spt heeee
        suri baru je tulis kisah Tercekik Part IMy Profile

    2. Encik Mus says:

      ni dah kira hebat juga..
      Encik Mus baru je tulis kisah kkplace.info – Directory And Event ListingsMy Profile

  4. sud@is says:

    tempat keempat dapat sagu hati
    sud@is baru je tulis kisah PahitMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      kadang2 ada gak mereka bagi pingat gangsa
      ok la kan?

    2. Encik Mus says:

      lebih baik dari tak dapat apa-apa
      Encik Mus baru je tulis kisah Misi ‘Menebuk Lubang’ Yang GagalMy Profile

  5. LadyBird says:

    Salam cikgu..

    cikgu cakap sal empat.. lady nak cakap sal lima..

    cikgu cakap sal jambatan.. lady nak komen sal bangunan..

    bangunan kat …… ni kan.. salah satu projek kerajaan ……. yg memang menggunakan perkhidmatan org2 yang mempunyai kepentingan dan lima tahun x siap.. dan skrg bertangguh lagi disebabkan mslh kontraktor yg banyak hutang.. dah tahu byk hutang kenapalah diambil jugak tuk projek tu..
    LadyBird baru je tulis kisah Wanita Yang Dihindari LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      ada ketikanya kontraktor ada masalah
      masalah pulak macam2
      nak buat macam mana

    2. ahmad kamil says:

      Lumrah Gomen ni Lady bird, mungkin betul kata TR, mungkin juga kontraktor sengaja ambil kesempatan terhadap kerajaan utk dpat bayaran lebih….
      ahmad kamil baru je tulis kisah ~~Wordless Wednesday~~ Ducati DiavelMy Profile

  6. wandisini says:

    salam.
    4 tahun sekali kita diberikan peluang untuk memilih
    wandisini baru je tulis kisah Banglo ApekMy Profile

    1. tehr says:

      pru dah tak lama lagi ni
      tak nak ambil calon ke, wan?

  7. fuad ansari says:

    ingatkan entri pasal kawin, baru excited nak baca.. (“,)

    teringat masa belajar dulu.. tgk gambar orang yg kerja dia mencari keretakan batang konkrit jambatan yg ditanam di lautan.. pensyarah sy kata, buat keje ni, mmg cepat leh jadi jutawan..
    fuad ansari baru je tulis kisah oRaNG LaiN BuaT WW, aKu PuN NaK JuGaK!!My Profile

    1. tehr says:

      kerja dalam lautan tu
      payah nak jumpa kepakaran macam ni

  8. levelsatu says:

    ada juga nama lin dan ye. hehe..
    levelsatu baru je tulis kisah Harga Safiq Rahim bernilai RM1.4 juta.My Profile

    1. tehr says:

      haha
      geram aku dengan lin dan ni tak habis2 :D
      dia memang bijak main psikologi

      1. ahmad kamil says:

        Tak pa, Lee Chong Wei kan pilihan no 1 peminat di seluruh dunia. :-)
        ahmad kamil baru je tulis kisah ~~Wordless Wednesday~~ Ducati DiavelMy Profile

  9. eiela says:

    ingatkan pasal kutipan filem ombak rindu tadi. hehe

    1. tehr says:

      cerita pasal jambatan je, eiela
      dah lama kami bersesak bila ke bandar
      tetiba jeles pulak dengan jambatan kat china ni

  10. ohcikgu says:

    nombor 4 ni..ada macam-macam makna tersirat dan tersurat..
    ohcikgu baru je tulis kisah Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF dan cara mengatasinya.My Profile

    1. tehr says:

      ambil yang tersurat je, cikgu
      yang tersirat tu simpan senyap2 :D

  11. Norgadis says:

    1234
    org cina memang hebat
    kalau dorang mengira tepat
    kita pula mengira cepat

    Betulkah?

    1. tehr says:

      kira cepat dan tepat
      janga pula salah kira kerana nak cepat

  12. chii says:

    cite pasal orang China..memang tak perlu disangkal lagi..walaupun slalu org dok perlekeh ” made in china ” tp kalau kita tgk semula..mmg semua barang pun..kebanyakannya dari negara sana juga kan =p
    chii baru je tulis kisah Penangan Cinta Najwa LatifMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      dah berlambak dah barang buatan china
      mereka sedang menakluk dunia sekarang ni

  13. yas says:

    Org /bangsa cina cukup tak suka no 4 ni bro….siyai katanya…
    yas baru je tulis kisah Maggi Sup Bontot ~Ergkhhhhhh……My Profile

    1. tehr says:

      ya la
      aku ada juga dengar hal ni
      mungkin kerana bunyi atau apa sebenarnya ya?

  14. ahmad kamil says:

    Bila Empat..teringat Salleh Yaakob….4 isteri tuuuu..Pria terhebat. hehe
    ahmad kamil baru je tulis kisah ~~Wordless Wednesday~~ Ducati DiavelMy Profile

    1. tehr says:

      boleh buat abang angkat tu
      mana tau ada tips2 yang berguna

  15. hasni says:

    Sampai nampak berkabus jer di jambatan cina tu
    hasni baru je tulis kisah Ayat Jiwang Sms KelakarMy Profile

    1. tehr says:

      memang panjang tu
      dah la laut tu sejuk je

  16. Ptg ni kawe balik pukul 4
    mau main futsal petang ni.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pos Laju Yang LambatMy Profile

    1. tehr says:

      kawe pula dok rumah je ber4
      hehe

  17. dinar says:

    tehr, selalunya orang cina tak suka dengan angka 4…
    dinar baru je tulis kisah Labur Emas – pendapatan pasif yang lumayan!My Profile

  18. zool says:

    No 4 dan jambatan rupanya..
    tapi rakyat China memang hebat gak…
    takpe jambatan Sultan Yahya Petra Kedua, mesti boleh siap sebelum pilihanraya punya.. hehehe
    zool baru je tulis kisah Faizal Saari, penyerang hoki kebangsaanMy Profile

    1. tehr says:

      kalau pru awal tahun depan
      tak sempat siap la jawabnya, bro
      huhu

    2. dnoBiz says:

      rasanya tahun depan memang tak siap…
      dnoBiz baru je tulis kisah Iklan Innity – Macam mana aku boleh terlepas pandang..??My Profile

  19. topiJerami90 says:

    biasa la, bila berkiatan dengan kelantan memang jd medan politik
    topiJerami90 baru je tulis kisah Gambar toilet-toilet yang pelikMy Profile

    1. tehr says:

      sama ada orang kelantan bijak berpolitik
      atau tak reti main politik
      hehe

  20. buat rumah batu bata
    bertungkus lumus kerja sakan
    jambatan untuk rakyat jelata
    cepat siap cepatlah digunakan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Convert Enjin Daihatsu YRV

  21. adele says:

    lelaki oh lelaki…
    adele baru je tulis kisah Twinkle Twinkle Little StarMy Profile

  22. Encik Mus says:

    kena tengok China dari sudut yang positif
    tak salah meniru strategi mereka jika ianya baik untuk kita
    belajar dengan meniru..
    bukan tiru bulat-bulat..
    Encik Mus baru je tulis kisah Yes!! Esok Balik KampungMy Profile

  23. ciksembang says:

    anak saya 4 orang
    ciksembang baru je tulis kisah Apa makna nike sebenarnya ?My Profile

  24. zik says:

    lindan mesti berbulu kalah dalam undian… pemain terbaik dunia … lee chong wei menang…
    zik baru je tulis kisah Gambar gerhana bulan 10 disember 2011 (seluruh malaysia dan lain-lain)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun