Emas Sukan Asia – Perbandingan Antara Doha dan Guangzhou

Selamat malam semua. Eh, malam ke dah pagi ni? :D Harap-harap semua dalam situasi yang menyenangkan. Kali ini tiada sebarang pantun, puisi atau kata-kata berirama di tehramuan. Sesekali tukar resepi, tak kisahlah kan? Entri kali ini sekadar catatan rujukan sahaja.

Tamat sudah Sukan Asia ke 16 yang berlangsung di Guangzhou, China dari 12 November hingga 27 November 2010 dengan satu rekod baru bagi kontinjen Malaysia apabila berjaya membawa pulang 9 pingat emas. Pencapaian kali ini merupakan yang terbaik dari ahli sukan negara sepanjang 16 kali Sukan Asia diadakan. Tahniah diucapkan untuk mereka!

Bil Acara Atlet
1 Wushu Chai Fong Ying
2 Berbasikal Mohd Azizulhasni Awang
3 Bowling Adrian Ang dan Alex Liew
4 Skuasy Nicol Ann David
5 Skuasy Mohd Azlan Iskandar
6 Bowling Alex Liew
7 Karate Ku Jin Keat
8 Karate R Puvaneswaran
9 Skuasy Nicol Ann David Dan Wee Wern

Sekalung tahniah juga dari blog tehramuan kepada sukan berbasikal melalui Mohd Azizulhasni Awang serta Karate melalui Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran yang berjaya menghasilkan emas walau pun sebelum ini mereka gagal berbuat demikian di Doha.

azizulhasni puvanerwaran Ku Jin Keat

Selepas beberapa kali memujuk Pakcik Google, dapat juga disenaraikan pungutan pingat emas kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Asia ke-15 yang berlangsung di Doha, Qatar pada tahun 2006. Atlet Malaysia berjaya membawa pulang 8 pingat emas dengan acara bowling menjadi penyumbang terbesar. Malang pula bila di Guangzhou, sukan badminton dan perahu layar gagal mengekalkan emas yang dimenangi.

Bil Acara Atlet
1 Bowling Esther Cheah
2 Bowling Daniel Lim, Ben Heng dan Aaron Kong
3 Bowling Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Wendy Chai and Sharon Koh
4 Badminton Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong
5 Perahu Layar Rufina Tan
6 Wushu Chai Fong Ying
7 Skuasy Ong Beng Hee
8 Skuasy Nicol Ann David

Sekali lagi tahniah kepada semua yang terlibat. Temasya akan datang [2014] akan berlangsung pula di Incheon, Korea Selatan dan diharapkan kontinjen Malaysia akan lebih berjaya lagi mengharumkan nama negara. Mungkin akan lebih seronok nanti sekiranya pasukan bola sepak juga berjaya membawa pulang pingat. Tak kisahlah apa warna sekali pun. Kan?

TehrDemikian kisah 'Emas Sukan Asia – Perbandingan Antara Doha dan Guangzhou' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. kulanz says:

    aku pun bangga juga dengan pencapaian atlet Malaysia di sukan asia ke-16 ni.. tahniah kepada semua..
    kulanz baru je tulis kisah Sukan Asia 2010- Keputusan Pingat Terkini – 24 NovMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kali ke-17 nanti mereka dapat lebih dari 10 emas

  2. padin says:

    bola sepak memang sukan no 1.. entah bila kan pasukan kita nak bawa pulang pingat..

    azizul hasni tu balas dendam pasal kes komanwel agaknya, memang jauh tinggalkan josiah di tmpt kedua,
    padin baru je tulis kisah Hanya Tempat KeTigaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tunggu bola dapat pingat je
      harap pingat asia tenggara je, tu pun bukan selalu :(

  3. NEON says:

    SUKAN ? BLURRRR ~~

    1. gayahspears says:

      Neon sampai jadi blur ya..ape kes???hahaha
      gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

      1. tehr says:

        neon tak minat sukan agaknya tu, cikgayah :D

    2. tehr says:

      aik? apasal neon?

  4. mie says:

    next sukan asia..
    target lagi tggi..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Jom Makan Seafood di SenibongMy Profile

    1. tehr says:

      yups, lebih dari 10 tu nanti :)

  5. Hadi Rofiee says:

    Hairan juga, kenapa kali ini tidak pantun. Hehe. Gurau ja Tehr. :-)

    Tahniah untuk semua atlet Msia. Edisi seterusnya, kita cuba lagi. Yup, semoga pasukan bola sepak akan mempamerkan kebangkitan. :D

    p.s: di manakah atlet Melayu, hmm…
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Persimpangan 2 jalanMy Profile

    1. puteri says:

      basikal dan skuasy..
      :)
      puteri baru je tulis kisah Gerenti Beres- Pandangan IslamMy Profile

    2. tehr says:

      atlet melayu ada tu
      cuma kurang sikit :)

  6. gayahspears says:

    pencapaian yg blh dibanggakan..
    tahniah kepada skuad negara kita yg berusaha bersungguh utk dapat pingat~
    gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

    1. tehr says:

      dah capai target, bagus sangat dah tu
      tahniah untuk mereka

  7. puteri says:

    selamat pagi :)

    9? keputusan macam hari tu. tak ada penambahan.. :(
    tapi oke la kan? :)

    bola?
    warna?
    merah ke… he.he
    nak hijau kuning,, :)

    1. tehr says:

      pingat warna hijau kuning? :D
      mana ada, puteri
      ni mesti penyokong tegar kedah ni…

  8. sangilapi says:

    bagus jugak entry ni untuk aku yang tak ambil kisah pasal sukan :)

    kira peserta acara wushu tu memang power lah,menang emas berturut-turut ! ke nama mereka kebetulan sama ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

    1. tehr says:

      orang yang sama tu, bro

  9. zik says:

    tahniah buat semua atlit malaysia…yang tak dapat emas pun… tahniah juga… mereka dibaratkan adalah tentera kita…
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi november 2010My Profile

  10. Hehehe tahniah semua atlit yang sudah berusaha !
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah Creative Copywriters Vacancy 2011My Profile

  11. Ali ridha says:

    Nicol awak lupa ke
    bergambar dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun