Dulu Lain Sekarang Lain

dulu lain sekarang lain
dulu bujang sekarang dah kawin

Bila sudah berkahwin, ada rezeki diberi pula anugerah dan tanggung jawab sebagai bapa. Siapa yang tidak merasa bahagia apabila tiba-tiba ada yang memanggil abah. Ada yang panggil kita ayah. Kawan-kawan pula berderet-deret mengucapkan tahniah.

wajah anak, wajah isteri
bermain di mata berselang-seli
suara anak, suara isteri
berdendang di telinga kanan kiri
senyum anak, senyum isteri
kembang mekar di taman hati
manja anak, manja isteri
tersimpan kemas dalam sanubari

Bila dah ada anak, gembiranya hati melihat mereka bermain. Melihat mereka ketawa. Yang peliknya, sesekali seronok pula melihat mereka menangis. Melihat mereka merajuk. :D Dunia terasa begitu indah, tenang dan damai. Payah nak cerita, ‘Dunia memang ana yang punya!’

dulu lain sekarang lain

Sebenarnya entri ini untuk memeriahkan Contest Gempak DLSL 2011 yang dianjurkan oleh saudara Ismail N, admin blog Dulu Lain Sekarang Lain. Tetiba terlanjur pula mengarut bercerita pasal anak. :D

Soalan yang diberi, tak payah mana pun. Mr Tehr jawab 1 : 200 sahaja. Terma dan syarat juga mudah dan boleh dilihat di sini. GA ini akan ditutup pada 10hb Julai 2011 jam 12 tengah malam. Masih ada masa untuk menyertainya.

Hadiah yang disediakan untuk pemenang memang menarik, pasti akan menggembirakan hati si ayah atau ibu. Walau pun sudahnya nanti si anak juga yang akan menguasainya. Bukankah lebih seronok melihat anak-anak bermain! :D

TehrDemikian kisah 'Dulu Lain Sekarang Lain' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. salam..

    happy father’s day!!!better late than never wish aite?hehe sorry..kunun bz exam la kan..kihkih..im back :) satu paper lagi tnggal..fufuufuu
    alexa yussida baru je tulis kisah kembali seketika untuk pergi sementaraMy Profile

    1. tehr says:

      wah, lepas ni raya sakan la, doc
      moga dipermudahkan segalanya
      amin

  2. Cik Siti says:

    kalau mereka tiada alangkah sunyi terasa… bagai terngiang suara dan gurau senda mereka… kata-kata bonda Cik Siti bila Cik Siti pulang dari kampung…memang pun telatah mereka ada kala nak marah pun tak jadi
    Cik Siti baru je tulis kisah Cakap Tak Serupa BikinMy Profile

    1. tehr says:

      memang sunyi tu, cik siti
      bila anak2 dah besar juga masih akan terasa

  3. adah says:

    wahh..hadiah memang gempak…gud luck yo…

    n slmt hri bapa tehr..
    adah baru je tulis kisah Hidup best dan tak bestTapi yang hakiki dicariMy Profile

    1. tehr says:

      dah berangan memandu pun, adah :D

  4. ghost writer says:

    belum kawen lagi bro tehr…masih bujang..

    dulu bujang sekarang pun bujang
    ghost writer baru je tulis kisah perantara yang hilang misinyaMy Profile

    1. tehr says:

      jadinya… bila, gost?

  5. zulkbo says:

    salam..
    selamat berjaya Bro
    DULU BUJANG SEJARANG DAH KAHWIN..
    teringat lirik lagu Tan Sri SM Salim..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Ranking IQ Penduduk Dunia 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sebuh lagu yang baik untuk semua

  6. wadud says:

    hehehehe congrat bro..
    aku sokong.. memang best ada anak.. ^_6
    moga bahagia hingga ke akhir hayat..
    amin.. :)
    wadud baru je tulis kisah Blogging Tips Tutorial Printscreen Dari DesktopMy Profile

    1. tehr says:

      tak sabar aku nak tengok bro wadud dukung bayi
      bila agaknya ya? :)

  7. maza says:

    ..oh pasal anak..
    bila kecoh bingit telinga
    Oh kerana anak…
    bila tiada rindu menerpa… (pantun alaf baru)

    hehhehehe

    oooo.. ada contest ya.. nanti maza join.. ihik!
    maza baru je tulis kisah GKKJ kena sepak dengan MALWAREMy Profile

    1. tehr says:

      eh, apasal anak?
      kurang sihat ke?
      ah, begitulah anak
      sekali sekala je

      haha… payah kawe nak balas :D

  8. bEe says:

    Wah, cikgu versi pantun utk menyahut contest bro Ismail N nmpk! Kreatif betul cikgu….

    Good Luck utk cikgu ye ;)
    bEe baru je tulis kisah Semakin Hampir…My Profile

    1. tehr says:

      versi suka suki di hati je tu, bEe :D

  9. padin says:

    hehe kalau aku, dulu bujang sekarang pon bujang lagi
    ekekee.. wah macam best je contest ni… nak cuba nasib le hee..

    1. tehr says:

      aku nampak dah tiba ketika juga tu, bro
      rugi kalau lambat2kan benda baik ni :D

  10. dnoBiz says:

    wah makin mendapat sambutan nampaknya contest ni…
    aku belum ada idea lagi heheh
    dnoBiz baru je tulis kisah Pendapatan Sampingan – Antara keuntungan dan KepuasanMy Profile

    1. tehr says:

      aku punya
      idea campur2
      haha tak tau nak tulis apa dah

  11. Entri versi pantun pertama yg diterima… Dasat ehh… Ok ambik screenshot dulu… Nanti kena update lagi.
    Btw, Selamat Hari Bapa (belated)… terkonang-konang juga sama bapa di kampung tu….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 26th Sabah Dragon Boat RaceMy Profile

    1. tehr says:

      versi suka suki hati je ni, bro
      harap2 akan memeriahkan lagi

  12. akubiomed says:

    Setiap kali pulang dari kerja akan diterjah oleh askar-askat. Masing-masing berebut memberi laporan kepada kolenal :-) Semoga berjaya bro Tehr
    akubiomed baru je tulis kisah Soto Ayam sempena Hari BapaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau berjaya, aku je main kereta tu
      anak2 dah besar pun :D

  13. Macam kena dengan kami plak Tehr. :)
    baru gak buat entry yang lebih kurang serupa.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Can you hack itMy Profile

    1. tehr says:

      yang pasti bukan pelanduk dua serupa
      kan, sis :D

  14. akubiomed says:

    Kalau pulang dari kerja akan diterjah oleh askar-askar. Setiap seorang berebut mahu perhatian memberi laporan mengadu gelagat seorang lagi :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Soto Ayam sempena Hari BapaMy Profile

    1. tehr says:

      wah, memang kecoh tu, bro
      tapi aku suka situasi tu
      hehe

  15. [...] adalah blogger yang popular dengan pantun-pantunnya. Siapa lagi, kalau bukan Blogger Tehr dari blog Teh Ramuan. Dia submit penyertaan pun pakai pantun ehhh… Tak apalah, syarat-syarat wajib di penuhi, [...]

  16. semoga berjaya bro, dapat kereta tu boleh juga main bersama anak, jangan malu2 hehe

    1. suri says:

      haa..kereta kecil warna koning blh ku bawak anak2 bermain..

      pom..pom..kereta kecilku bernyanyi heee…

      p/s:maaf tuan rumah seb lama tak lePak sini huuu… blog masih meragam lagi…

      1. yas says:

        maaf Suri, yas x masuk lg kt blog suri tu…
        Ade “penjahat” le kat sana…:(
        yas baru je tulis kisah Tragedi hitam pekerja ProtonMy Profile

  17. zik says:

    kalau menang tuh..fuhhh.. harap dapat turut serta lah…
    zik baru je tulis kisah Imam muda 2 2011- minggu ke 8- pengurusan jenazahMy Profile

  18. suri says:

    salam…wah indahnya saat itu rasanya tak mau keje nak jaga nak jer…

  19. yas says:

    Yeaahhh…bro tehr pun dh join sama…cantekkk
    Semoga berjaya bro….baru meriah!!!!!
    yas baru je tulis kisah Tragedi hitam pekerja ProtonMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun