Dua Kali

Dua kali landak memanah,
Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
Bertemu mulut kita janjian.

Kata peribahasa, takkan pisang berbuah dua kali atau takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. Maksudnya ialah sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati, sudah pasti tidak mahu tertipu lagi sekali.

Bersama komputer saban hari kita selalu membuat kerja yang sama dua kali. Contoh paling mudah ialah klik dua kali (double-click). Tindakan menekan butang pada peranti tetikus sebanyak dua kali secara berturutan. Walau pun sebenarnya boleh juga diubah kepada klik sekali. Biasa buat kan?

malaysia vs pakistan 2Gambar cedok dari blog Zik

Perlawanan Malaysia dengan Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil juga dua kali skuad kebangsaan berjaya menjaringkan gol. Dan dua kali juga gol Pakistan bolos. Mereka juga bertemu dua kali di mana kali kedua yang berlangsung di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan hanya seri tanpa jaringan. Bolasepak Malaysia juga telah dua kali layak ke olimpik. Moga-moga kita berjaya ke Olimpik London 2012 pula nanti.

Perlakuan sujud dalam solat juga perlu dilakukan dua kali, kalau hanya sekali memang pasti tak sah solat yang dikerjakan. Lagi seronok kita juga sambut dua kali hari raya iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Lambat lagi nak raya tu, ada yang dah buat rancangan ke?

Jangan lupa, ada juga antara kita dua kali bayar saman kerana mengulangi kesalahan yang sama samada dengan sengaja atau tidak. Tapi kalau dua kali kawan belanja makan atau dua kali dapat hadiah dari orang yang sama, tak kisah kan? Banyak kali pun boleh. :D

hard rock cafe

Kisah dua kali ini saya coretkan di sini kerana telah dua kali saya menerima hadiah daripada sahabat kita pelaut terlampau ni. Kali pertama akhir Januari lalu dan kali kedua pula dua hari lepas, sebagai hadiah kemenangan contest yang beliau anjurkan. Terima kasih, Mie.

Buah betik dibawa belayar,
Daun selasih hamba balutkan;
Keduanya cantik tak berbayar,
Terima kasih hamba ucapkan.

TehrDemikian kisah 'Dua Kali' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. serol says:

    wah, tahniah2.. lepas ni tiga kali, empat, lima dan seterusnya.hehe
    serol baru je tulis kisah Adstoxcom New Malaysia Free trade zone! reviewMy Profile

    1. tehr says:

      memang banyak kali pun tak apa, serol
      terima je :D

  2. padin says:

    wah tahniah.. emm kadangkala ada yang best bila berlaku 2, 3, atau banyak lagi, contoh = menjadi wakil dalam sukan,

    dan kadangkala tak nak berlaku 2 kali, contohnya berkhatan, wakakaka :D

    1. tehr says:

      aku ada dengar, orang lama2 berkhatan lagi sekali
      sebabnya aku kurang periksa la pulak :D

  3. toyol says:

    wah..
    menang lg?
    best nye..
    syabas cikgu!
    klau dapt adiah, juta2 kali pun boleh diterima..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      kecil kereta sorong, lori pasir aku tadahkan :D

  4. mie says:

    wah!1
    selamat sampai…
    bagus la, harap suka ye.. ehheee
    mie baru je tulis kisah Door Gift Bukan Untuk DijualMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih sekali lagi, mie
      anak2 memang suka benda2 macam ni

      1. mie says:

        samapsama..
        bagus la kalo suka..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Door Gift Bukan Untuk DijualMy Profile

  5. sud@is says:

    dtg sini pun dah dua kali tehr… kali pertama kotak ni x muncul…
    kalau x dengar pun tanya 2 kali
    mungkin x fokus komunikasi

    pernah baca ke tajuk ni….
    sud@is baru je tulis kisah Dua Kalimah Yang BerbezaMy Profile

    1. tehr says:

      datang banyak kali pun tak apa
      jangan lupa teka mata kali ke-4 jam 12:01 nanti :D

  6. MamaYatie says:

    rezeki kita kali ni…harap2 terus mara ke depan!
    MamaYatie baru je tulis kisah Siapa Nak 5x Bonuslink Points Meh Sini !My Profile

    1. tehr says:

      harapan seluruh rakyat malaysia
      terutama peminat susah mati bolasepak

  7. ghost writer says:

    sekalipun tak pernah lagi tehr..huhu

    macammana nak menang kalau sekalipun tak pernah join contest.haha
    ghost writer baru je tulis kisah tampak bagus atau benarMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun join contest member2 yang biasa singgah je, bro
      untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan

  8. wadud says:

    pergh congrat dapat adiah.. =)
    hehehe
    wadud baru je tulis kisah Agama-agama Besar Dunia – IIIMy Profile

    1. tehr says:

      memang seronok dapat hadiah ni, bro
      banyak kali pun tak apa :D

  9. Cik Siti says:

    malaysia dua kali berjumpa dengan pakistan menang dengan agg 2-0 tahniah…. kpd En Tehr menang 2 kali pun tahniah juga…. best menang contest ni….
    Cik Siti baru je tulis kisah KIta Cuma MenumpangMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      semuanya rezeki, cik siti

  10. zik says:

    perghh tuh namanya rezeki yang jangan ditolak.. thank u cr link :-)
    zik baru je tulis kisah Sajak- insaf seorang hambaMy Profile

    1. tehr says:

      langsung tak tolak, zik
      syukur alhamdulillah

  11. Tahniah. Rajin plak tehr nak join contest ni…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to change your blogspot nameMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 je join contest sahabat yang selalu singgah kat tehramuan ni
      sebagai sokongan dan memeriahkan majlis :D

  12. Norgadis says:

    Tahniah…
    seronoknya kalau dapat hadiah, moga akan terus dapat hadiah di masa akan datang. Kalau banyak sangat hadiah tu, bolehlah tempiaskan dengan kami pula hehehe…

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah
      dapat hadiah memang seronok biar pun banyak kali :D

  13. Ismail N says:

    dua kali tahniah buat blogger tehr… Semalam busy so pagi ni kena cover komen di dua posting :D

    1. tehr says:

      tahniah juga untuk bro
      hehe

  14. kakyong says:

    tahniah.. apa kah hadiahnya tu… ??
    kakyong baru je tulis kisah Daftar &amp dapatkan gravatar andaMy Profile

    1. tehr says:

      hadiah seperti dalam gambar tu, kak yong
      4 biji button

  15. zulkbo says:

    salam..
    errr…orang pompuan
    pantang betul dengar
    no-2 ni..kelain je fikir mereka
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Sekitar Tsunami Jepun 11-March-2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      orang pompuan memang macam tu le
      kita kata nak beli kereta kedua pun dia dah jeling semacam je
      kalau kata rumah kedua, lagi la tajam jelingnya :D

  16. kulanz says:

    wah.. tahniah juga bro.. kalau menang contest tu berkali-kali pun tak apa :)
    kulanz baru je tulis kisah Kesan Gempa Bumi &amp Tsunami di Jepun GambarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun