Dongeng Puteri Dahlia

[Tak Kenal Dahlia Maka Tak Cinta - Versi Tehr]

Dengarlah tuan hamba berperi,

Kisah dongeng di cyber ini,
Kota Kuantan bertakhta negeri,
Puteri Dahlia nama diberi.

Berbagai negeri puteri belajar,
Menuntut ilmu cita dikejar,
Harapan bonda bila dah besar,
Mendidik rakyat hingga ke dasar.

Puteri bertugas sebagai guru,
Mengajar mendidik menebar ilmu,
Turun ke sekolah lappy di bahu,
Broadband pula di dalam saku.

Dahlia’s Jornal nama dipilih,
Blog puteri mula bertatih,
Berkongsi minat hilangkan letih,
Bersama blogger tanpa memilih.

Taulan berkunjung siang dan malam,
Bijaknya puteri menepis dendam,
Menjamu cerita berbagai ulam,
Disayangi rakyat seluruh alam.

Blog puteri menghibur rakyat,
Menganjur contest nombor dijerat,
Mamanda Bendahara turut terpikat,
Mengejar nombor malang tak dapat.

Puteri berblog kerana bersuka,
Blogwalking pula bukan terpaksa,
Membalas kunjungan taulan semesta,
Senang membantu bila diminta.

Pandai memikat menghias diri,
Senyum dibalas kata diberi,
Teman berkunjung petang dan pagi,
Malah tak surut di malam hari.

Kadang puteri berkunjung keluar,
Bukanlah asyik berblog di kamar,
Hanya bonda berhati gusar,
Kiranya puteri belum dilamar.

Tamatlah sudah dongengan ini,
Sampai di sini hamba berperi,
Menyahut cabaran yang telah diberi,
Jom Buat Cerita tentang puteri.

TehrDemikian kisah 'Dongeng Puteri Dahlia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


7 Comments

  1. DaHLia says:

    wahhh…rasa sangat2 dihargai ni..

    sukerrrr sangattt!!!
    tahniah sbb jadi orang pertama!!!

    nanti emelkan no phone kat dahliajournal@yahoo.com ya :)

    Terima Kasih sekali lagi..suka sangat2 ni… :)

  2. tehr says:

    hehehe…
    cerita dongeng di zaman moden

  3. DaHLia says:

    layn….terharu sampai ke tulang sum sum ni…xsangka ada gak belog peribadi…3 bijik blog ek tehr manage?

  4. tehr says:

    nanti bila2…
    nk tambah lagi satu – cukupkan kuota 4

    hahaha…hahaha…

  5. Propito.com says:

    best la, ada potensi nak menang sebab kreatif..hehe

  6. Seri Bahasa says:

    memang best pantun nie

  7. M a W a D D a H says:

    wow…pantun best nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun