Dongeng Puteri Dahlia II

dulu guru besar suruh saya buat web
dengan domain free tapi sangat cerewet

saya fikir beralih ke blog lebih mudah
dan akhirnya lahirlah blog sekolah

sk geting sekolah rendah dalam daerah tumpat
jenguk-jenguklah ya kalau sempat

sekarang terus saja pada tajuk di atas
kerana itu sebenarnya yang mahu saya ulas

dongeng puteri dahlia hanya untuk suka-suka saja
saya tulis untuk menyahut cabaran dalam bercerita

saya kenal cikgu dahlia di alam maya sahaja
dan kami juga tidak pernah bersua muka

saya baca catatan beliau masih juga belum habis
dari dulu sampai sekarang apa yang telah beliau tulis

dalam blog beliau saya dapat tips traffic dan blogwalking
yang mana sebelum ini buat kepala saya pening

hinggakan dahliajournal saya buka setiap hari
hanya untuk memberi kefahaman kepada diri saya sendiri

akhirnya saya boleh nampak dengan lebih jelas
kerana saya merasakan beliau menulis dengan ikhlas

sampai sekarang saya kagum dengan traffic beliau
sedangkan traffic saya pula masih juga saya risau

contest cikgu dahlia itu saya ikut
kerana cabarannya dan saya bukan penakut

tiga empat hari juga saya mengambil masa
untuk siapkannya sesuai dengan otak di kepala

cerita dongeng puteri dahlia yang saya tulis itu
mujur juga dia tak meluat, marah atau pun sedih pilu

untuk menghantarnya saya memang tunggu ketika
kerana mahu menang sebagai peserta pertama

minggu lepas bila pemenang diumumkan
tak sangka pula nama saya turut disenaraikan

tapi tidaklah pula saya mahu berbangga diri
atau menjadi sombong memanglah jauh sekali

salam kasih bunga keladi ya cikgu dahlia
kerana memberi hadiah yang bernilai berharga

TehrDemikian kisah 'Dongeng Puteri Dahlia II' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun