Dollah Salleh Jurulatih Baru Harimau Malaya

dollah sallehDollah Salleh. Siapa yang minat bola sepak, tambah lagi kalau orang lama, memang sah kenal dengan bekas penyerang pasukan kebangsaan ini.

Dollah Salleh, Zainal Abidin, Fandi Ahmad. Peminat bola sepak Pahang pasti tak boleh lupa kecemerlangan mereka!

Apa yang kita tahu, kerjaya Dollah Salleh di bidang bola sepak memang cemerlang. Beliau adalah bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang disegani.

Sebagai jurulatih, Dollah berjaya membawa kejayaan kepada MPPJ, Selangor, Pahang dan yang terbaru PDRM.

Dollah Salleh ditawarkan jawatan jurulatih baru Harimau Malaya.

DUNIA ASIA PASUKAN PIALA DUNIA 2014
43 1  Iran Kumpulan F
46 2  Japan Kumpulan C
57 3  Korea Selatan Kumpulan H
59 4  Uzbekistan Tewas kepada Jordan di pusingan ke-5
62 5  Australia Kumpulan B
63 6  Jordan Kalah play-off kepada Uruguay
153 27 Malaysia  Tewas kepada Singapura di pusingan ke-2

Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia belum pernah layak ke piala dunia. Tahun 2014 ini juga kita gagal. Ranking kita memang tidak bagus. Sedangkan Iran, Jepun, Korea Selatan dan Australia yang layak ke Piala Dunia FIFA 2014 berada pada kedudukan yang kebih baik. Teratas di Zon Asia.

Dollah Salleh jurulatih Harimau Malaya.

Apa yang kita semua peminat harapkan agar jurulatih baru, Dollah Salleh dapat membaiki ranking Harimau Malaya yang berada pada kedudukan ke-153 dunia dan ke-27 Asia [Jun 2014] sekarang ini.

Kemudian bolehlah kita pasang angan-angan untuk layak ke Piala Dunia FIFA. Tak kisah la bila pun kita boleh layak. Kan?

Khabarnya Dollah belum memberi keputusan muktamad sama ada mahu terima atau tidak jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya. Kontrak yang ada sekarag bersama PDRM masih panjang lagi.

TehrDemikian kisah 'Dollah Salleh Jurulatih Baru Harimau Malaya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Orang lama tapi taring masih berbisa. Harap2 DS boleh bawa perubahan untuk skuad harimau
    dja@sishaza baru je tulis kisah RAMADHAN DATANG LAGI !My Profile

  2. kakyon says:

    minat betul kat dia masa zaman kegemilangannya, kebetulan jiran lama akak masa di kelana jaya..
    kakyon baru je tulis kisah salam ramadhanMy Profile

  3. akubiomed says:

    Tanniah kepada Dollah Salleh. Sentuhan orang lama diharapkan dapat membawa perubahan kepada skuad Harimau Malaya.
    akubiomed baru je tulis kisah Menjinak burung di Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

  4. amirulfaiz says:

    Moga dengan berkat doa di bulan Ramadan ini, Harimau Malaya boleh menaikkan ranking. Ameen. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Formula Solat SempurnaMy Profile

  5. Riri says:

    selamat tengah hari. salam perkenalan dan selamat menunaikan ibadah puasa

  6. Linda says:

    Tahniah semoga dapat membawa pasukan malaysia ke tahap lebih tinggi lagi

  7. onlajer says:

    Semoga Dollah Salleh dapat memperbaiki lagi Ranking Skuad Harimau Melaya
    onlajer baru je tulis kisah Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  8. puterijamu says:

    ramadan kareem. semuga ramadan kali ini membawa seribu keberkatan. kalau pasal bola, the only thing hok puterijamu tau TRW. so tak dok keno mengeno ker dgn dollah salleh :)
    puterijamu baru je tulis kisah Ramadan dan Ibu HamilMy Profile

  9. suri says:

    sayang sekali saya kurnag mengenalinya uh… apa saya harap team bola kita akan berusaha untuk mara usaha ke hadapan
    suri baru je tulis kisah Bergoyang Cara Mudah Membuat Aneka Cakoi Sedap Dan Donut Lembut Tahap KecurMy Profile

  10. suri says:

    as salam ramadhan semoga keluarga mr tehr sihat dan bahagia selalu.
    suri baru je tulis kisah Untunglah Dia Pandai MenjahitMy Profile

  11. Anuar says:

    Harap Dollah Salleh terima tawaran sebagai jurulatih pasukan kebangsaan… Dan berjaya membantu Malaysia layak ke Piala Dunia..
    Anuar baru je tulis kisah Dapat Duit Raya Pertama daripada Cikgu Hafiz.. Syukur Alhamdulillah..My Profile

  12. Tahniah Dollah Salleh! Harapkan sentuhan ajaibnya untuk bolasepak negara terus menyinar.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Hilangkan Jerawat Dengan ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun