Doa Dalam Lagu

Antara hobi dan kegemaran aku ialah menulis ayat-ayat pendek dengan rima akhir yang sama. Rasa macam satu irama ombak walau pun bukan ombak rindu. Jadi aku selalu cuba karang lirik lagu untuk didendangkan sendiri terutama ketika memandu. Daripada menyanyi lagu-lagu jiwang membelai perasaan, lagi baik aku dendangkan lirik lagu baru yang belum pernah dirakam oleh mana-mana penyanyi. :D

ya allah hanya untukmu segala puji
maha agung yang memerintah alam ini
maha berkuasa penegak langit juga bumi
maha mencipta alam semesta dan segala isi

ya allah kepadamu kami kembali
hanya kepadamu kami berserah diri
kepadamu dihantarkan segala rindu kami
syurga dan nerakamu janji yang amat pasti

ya allah ya rabbi – pengutus rasul dan nabi-nabi
ya allah ya rabbi – ampunkanlah kesalahan kami
ya allah ya rabbi – salah nyata dan tersembunyi
ya allah ya rabbi – dosa lama juga dosa masa kini

ya allah tuhan terawal juga terakhir
kami redha terima apa ketentuan takdir
kami mohon rahmatmu sampai ke hari akhir
kasihanilah kami hambamu yang sangat fakir

amin

Hehe. Apa macam, boleh ke? Kalau ada siapa-siapa rakan blogger yang mahu merakam suara, boleh saja guna lirik ni. Ada untung jual lagu nanti kita bagi 50-50 je. :D Moga-moga hidup kita sentiasa gembira dan selamat.

TehrDemikian kisah 'Doa Dalam Lagu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    tak tahu nak masuk
    kod lagu apa nih..he he

    1. tehr says:

      salam kembali
      haha kod suka hati pilih, bro

  2. Melatiqistyna says:

    Napa x try antr kt mana2, mana tau mawi ke berkenan nak nyanyi lagu Teh… :)
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Bapak Borek Anak Rintik…. :D My Profile

    1. tehr says:

      main2 je tu, melati
      tak menarik pun :)

      1. yas says:

        main2 pun silap2 aribulan ade yg usha2 lirik bro tehr nih…tau2 dah kuar lagu je nanti….
        yas baru je tulis kisah Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar BerubahMy Profile

        1. hafizmd says:

          kalau ikut lirik ni, mmg boleh ni cikgu

          silap2, kalau hantar kat hijjaz record, ada harapan untuk dilagukan =)
          hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

  3. Ladfe Amir says:

    selalu juga saya menyanyi lagu ciptaan secara spontan bila berada di atas kapcai tunggangan. bila cuba ulang kembali dan diingati…memang tak dpt ulang kembali lagu yg sama

    1. tehr says:

      lirik boleh ubah, bro
      bila2 masa dan di mana2 juga :D

      1. hafizmd says:

        betul3….
        lagu tu yg nak kena setting betul2 sampai sedap halwa telinga…hehe
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

  4. shameel says:

    indah sekali susunan katanya. peminat2 lagu puisi pasti berkenan nanti
    shameel baru je tulis kisah Bayaran gaji penjawat awam pada bulan Januari 2012 berdasarkan SSMMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      yang pasti aku sorang yang berkenan

      1. suri says:

        haa,oklah tu kira2 ada gak org berkenan hiii
        suri baru je tulis kisah Mari Geleng Kiri Dan Kanan, Jemurnya Jangan LupaMy Profile

  5. chii says:

    berbakat juga ya cikgu…hurm…
    kalau lagu2 berbntuk keagamaan..selain lagu2 nasyid..chii suka dgr lagu dendangan kump dendang anak…
    chii baru je tulis kisah Tahniah & Terima KasihMy Profile

    1. suri says:

      wah.klu saya bantai je apa lagu asal jgn lagu bukan2 sudahlah heee
      suri baru je tulis kisah Natural LoveMy Profile

    2. tehr says:

      yang pasti hati senang :D

  6. yas says:

    Starting dia tak masuk2 lagi dari tadi ni bro….ape kod intro lagu nih….hehehe
    yas baru je tulis kisah Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah – Blog Titan|Earncent.comMy Profile

    1. tehr says:

      intro boleh juga pakai yang macam bunyi hujan, yas
      haha

  7. shraqs says:

    Cikgu yang kreatif,.. ajar subjek apa cikgu?
    shraqs baru je tulis kisah Apple iPhone 5th AnniversaryMy Profile

    1. suri says:

      klu dlm maya under subjek pantun heeee
      suri baru je tulis kisah Natural LoveMy Profile

    2. tehr says:

      ngajar matematik biasa2 je, bro

      1. hafizmd says:

        ni, silap2…mesti pernah ajak anak2 murid layan lagu dulu sebelum start kira2 =)
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

      2. shraqs says:

        jauh melencong tu cikgu…
        shraqs baru je tulis kisah Stop SOPAMy Profile

  8. suri says:

    doaku buat kekasih…ada kan tajuk lagu bgtu heee
    suri baru je tulis kisah Natural LoveMy Profile

    1. nizam says:

      ada..tapi lagu lama kan…?

    2. tehr says:

      yups
      lagu lama ramli sarip dengan katy
      aku suka lagu tu

      1. suri says:

        lirik dia ringan & santai heee,,,
        suri baru je tulis kisah Mari Geleng Kiri Dan Kanan, Jemurnya Jangan LupaMy Profile

  9. nizam says:

    memang kreatif dan berbentuk islamik…like2

  10. kimmie says:

    ada bakat jadi penulis lirik ni, kalau cipta melodi sekali lagi cantik :)
    kimmie baru je tulis kisah Harvard Business School dan GSB UKMMy Profile

    1. tehr says:

      tak daya la nak cipta melodi, bro
      memang tak ada bakat pun
      huhu

  11. kawe tahu lagu rock jer.. boleh masuk ker rock pakai lirik cam nie :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Overworked!My Profile

    1. tehr says:

      aku rasa boleh juga la :D
      tapi kena test nyanyi tempat tak ada orang

    2. hafizmd says:

      boleh, suara mesti macam amy search sikit…phewiiit!
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6: Transformers Bumblebee 999My Profile

  12. titan says:

    err..doa? lagu? emm..aku tak berapa faham ni..hehe
    titan baru je tulis kisah Selangor vs Negeri Sembilan. Siapa menang?My Profile

  13. kakyong says:

    bagus ni cikgu..
    mesti ada tertarik nanti nak buat lagu..
    kakyong baru je tulis kisah Sadisnya.. order ‘henfon bijak’ secara online – dapat lesung batuMy Profile

  14. akubiomed says:

    Ada bakat menulis lirik boleh cuba-cuba hantar dengan Cikgu Maman mana tahu dia ada ide untuk mencipta melodinya. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Halimah Jongang derma darahMy Profile

  15. haha,

    ‘hai saya rain. jangan suh aku nyanyi, kerna hujan tidak akan berhenti’

    terbaek bro lirik ni. jum sain kontrak jadi komposer :)
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kawen. menetap jauh dari keluarga?My Profile

  16. Norizwan says:

    Steady la bro….minta izin yer copy lirik ni…tak jual pun hehe….
    Norizwan baru je tulis kisah Manusia perlu menjelajah dan menakluki planet lainMy Profile

  17. pahit ditelan sibuah paria
    manis dinikmati sibuah papaya
    tersusun indah bait lagunya
    ayat bermadah dalam maknanya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip tersalah isi minyak kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  18. b3njy says:

    Tu dia … bakal penganti loloQ …. cayalah :D
    b3njy baru je tulis kisah CERITA SATU HARIMy Profile

  19. eiela says:

    tak pernah dengar lagu nih, tapi lirik atas tuh bagus.
    eiela baru je tulis kisah Bapak Borek Anak RintikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun