Dinihari

Selamat pagi kepada semua yang membaca entri ini. Saya percaya ramai yang telah puas tidur dan telah pun bangun sekarang. Mungkin juga ada yang sedang melayan mimpi Cuti-cuti Malaysia atau mimpi balik kampung. Jangan-jangan ada juga yang ‘mimpi basah’. :D

Sebenarnya kami sedang dalam proses berkemas untuk lawatan ke Kuching, Sarawak pada 18.12.2010 nanti. Baju anak-anak dah beli. Beg besar pun sudah dibeli. Malam tadi, anak-anak mula sibuk-sibuk hendak mencuba baju dan beg. Sudah dilipat, disusun dan disimpan ke dalam beg, kemudian di selongkar lagi. Hehehe, nampak seperti sudah tidak sabar-sabar hendak menaiki kapal terbang.

naik kapal terbang masperahu tambang di sungai sarawak
harap semua usah cemas
lebih selesa daripada bas
memang ianya ada class

dengan air asia boleh juga
tambang murah ke mana saja
khidmat mereka pun selesa
sudah terkenal seluruh dunia

kalaulah tersedia jalan raya
dari sini ke seberang sana
mahu saja memandu kereta
menuju kuching satu keluarga

kelak boleh terus memandu
menuju ke sibu atau bintulu
atau langsung ke kota kinabalu
singgah sehari atau seminggu

Kami akan pulang ke Kuching, Sarawak dengan tambang percuma yang disediakan kepada pegawai kerajaan untuk melawat wilayah asal. Apa yang saya hairankan, pada kali ini, PPD menyediakan tiket penerbangan dengan menggunakan Air Asia bukan penerbangan MAS seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya tak kisah sangat sebenarnya, asalkan dapat tiket free je. :D

Kami akan berada di sana selama dua minggu sehingga persekolahan dibuka awal tahun 2011 nanti. Kalau sempat mungkin dapat ke sempadan Indonesia untuk membeli buah tangan.

TehrDemikian kisah 'Dinihari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. mie says:

    org sarawak ek..
    nasib baik company gue masih beri MAS..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Saksikan Maher Zain di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      bukan saya tapi isteri saya orang sarawak

      sepatutnya MAS yang menjadi pilihan kerana syarikat kerajaan juga, kan

      1. mie says:

        ok!! noted…
        sama je, yg penting tiket free..
        heheee
        mie baru je tulis kisah Saksikan Maher Zain di MalaysiaMy Profile

      2. gayahspears says:

        owh.. isteri bro org sarawak..baru tau..hihi
        gayahspears baru je tulis kisah Siapa AyieMy Profile

  2. org sarawak ke…:)
    selamat pulang ke kg..
    hav a niceee holiday okies^^
    alexa yussida baru je tulis kisah red velvet cakes recipeMy Profile

    1. tehr says:

      lupa nak catat dalam entri
      hanya isteri dan anak sulung saya kelahiran sarawak
      saya asal kelantan dan tinggal di kelantan :D

      1. suri says:

        hooo org klate rupanya… “baju merah” tu cik siti wan kembang heee..

        1. tehr says:

          dulu, kini dan selamanya :D

  3. padin says:

    wah, bertemu jodoh di sarawak dulu ke? hee..
    2 minggu, lama juga tu kan, moga semua dalam keadaan baik nanti,
    padin baru je tulis kisah Mahsuri Dan LagendanyaMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, bro
      jodoh yang telah ditentukan untuk aku :D

      sebenarnya aku selalu saja mati kutu bila ke sana
      aku rimas tinggal kat bandar/taman perumahan

  4. kadang2 pantun2 disetiap entry nie amat berguna bawak kekelas..haishhhhhh

    selamat pagi tuan rumah
    secantikmanis baru je tulis kisah awardMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke?
      bawa je… asal jangan ke laut, dah le :D

  5. Cik Siti says:

    cuti-cuti malaysia ye…. mesti senyum meleret nak ke sana…
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Kenangan Waktu SPMMy Profile

    1. tehr says:

      senyum meleret membawa anak berderet :D :D :D

      1. suri says:

        bestnya bercuti panjang…suri pun dapat bawa anak hari sabtu sampi isnin jer..ptg smlm bru smpi ipoh…

        kerja pjbat byk..mana smpat bwa dia ke zoo negara jer heee..

        1. tehr says:

          belum sempat saya bawa anak2 ke zoo/tasik taiping

  6. kakyon says:

    wahh..seronoknya melayan keletah anak-anak nak balik kampung..
    kakyon baru je tulis kisah kosong dan sunyiMy Profile

    1. tehr says:

      yups, macam2 je mereka ni
      sebenarnya kanak2 remaja dah ni, kakyon

  7. izanishak says:

    alhamdulillah tehr…dpt jg balik kuching. yelah..tempat jatuh lagi dikenang kan tehr. mas ke airasia ke yg penting free…syukur…

    **bilalah agaknya saya berpeluang nak ke kuching ni?
    izanishak baru je tulis kisah LIVE- TWINS n PS2My Profile

    1. tehr says:

      ya. yang penting free :D
      ada masanya tu nanti, izan bawa keluarga melawat sarawak

  8. aibaks says:

    bro..camne nak pakai komen ni ek?

    1. tehr says:

      kalau dengan blogspot pun boleh guna comluv ni
      daftar dengan intense debate

  9. Seri says:

    bestnyer dapat balik kampung, jumpa sanak saudara. free lagi tu tambang. jangan lupa kalau balik nanti buah tangan.

    1. tehr says:

      sesekali terbang :D
      saya sebenarnya teringin sangat nak ke sabah, tapi belum berkesempatan

  10. Ali ridha says:

    aku tertidur lambat sikit je.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

    1. tehr says:

      lambat sikit tak apa, bro
      jangan lambat selamanya :D

  11. Ali ridha says:

    dapat tambang percuma.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

  12. Ali ridha says:

    syok la hang dapat
    naik Air Asia.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

    1. tehr says:

      belum pernah aku naik air asia ni
      biasa dengan mas je

  13. zulkbo says:

    salam Saurdara Tehr..
    selamat bercuti…
    harapan cuti anda
    penuh kegembiraaan..
    selamt pergi dan selamat
    kembali…
    zulkbo baru je tulis kisah Serba PerlahanMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      terima kasih zul
      dah lama tak jumpa mertua
      adik ipar selalu jumpa kerana mereka selalu ke kelantan

      1. zulkbo says:

        isteri anda orang
        sana rupanya..
        jauh juga sesekali
        nak pulang beraya
        ye..apapun, alhamdulillah..
        zulkbo baru je tulis kisah Turun Berat Badan Menang Hadiah RM 312kMy Profile

        1. tehr says:

          dah jodoh agaknya :D
          alhamdulillah semuanya aman

  14. zulkbo says:

    jangan lupa GAMBIR SARAWAK..
    he he..

    1. tehr says:

      hahaha
      memang bagus untuk ubat/tahan sakit gigi

  15. Ali ridha says:

    fikiran tak usah cemas dah.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 memang macam tu, bro
      teruja lebih2 je

  16. adah says:

    ehemmm…ehemmm….

    nak cenderamata dari sarawak tehr…kek lapis, jadi lah…

    hehehe
    adah baru je tulis kisah Perkahwinan Member-MemberMy Profile

    1. tehr says:

      kek lapis je ke, adah :)

  17. suri says:

    salam ..
    tak kisah mana yang dinaiki asalkan slmat sampai Alhamduillah..

    1. tehr says:

      insya allah selamat semuanya

  18. Ali ridha says:

    lupakan kisah
    hidup lalu.
    mulakan hidup
    baru di Sarawak.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

    1. tehr says:

      aku bercuti kat sana je, bro
      2 minggu je :D

  19. Ali ridha says:

    jangan lupa
    beli buah tangan
    untuk semua blogger
    Semenanjung.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

  20. Ali ridha says:

    bawa diri la
    kawan kita
    Tehr.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

  21. Ali ridha says:

    jika terkasar bahasa
    aku minta yer.
    Ali ridha baru je tulis kisah Akaun cpanel suspendedMy Profile

  22. sud@is says:

    selamt sampai selamt bercuti dan selamat kembali tehr sekelurga..
    jgn lupa buah tangan dr serawak…gambar pun jadi…..
    sud@is baru je tulis kisah Peristiwa 10 Muharram dan Amalan SunatMy Profile

    1. tehr says:

      pasal gambar yang dok susah hati ni
      kamera baru je rosak :(

  23. bisk says:

    yup sama,masih dibekalkan dengan tiket Mas.kalau yang 1st dulu guna transmile air n then tukar guna airasia.mulai 2 tahun lepas sudah tukar ke mas.rasanya mungkin sebab makanan dibayar sekali…rugi kalau naik ‘belon’ makanan tak dibagi free.semua mau free kan..tuh lha untungnya goverment staff.hehe..selamat bercuti tehr n have a nice trip.

    1. tehr says:

      heran juga PPD tumpat ni bagi air asia
      jangan2 tak cukup duit :D

      1. bisk says:

        haha..bukan tak cukup duit..mungkin mau save bajet.
        bisk baru je tulis kisah sendiriMy Profile

  24. Norgadis says:

    bawa keluarga sambil memandu
    menuju ke sibu atau bintulu
    jika langsung ke kota kinabalu
    singgahlah Labuan terlebih dulu.

    cuti-cuti Malaysia…
    http://nadilabuan.blogspot.com/
    Norgadis baru je tulis kisah SiapakahMy Profile

    1. tehr says:

      menuju ke sibu atau bintulu
      pantai indah laut terbentang
      singgah Labuan terlebih dulu
      apakah menu hendak dihidang? :D

  25. puteri says:

    nak ikot2!
    18hb?
    haa smpat lg nk packing barang ni..

    wait 4 me!!

    1. tehr says:

      memang sempat pun tapi jangan lama2 berkemas tu :)

  26. wadud says:

    moga diselamatkan dari segala musibah dan selamat sampai ke destinasi.. mimpi basah? ekekeke
    wadud baru je tulis kisah Makna Al-Quran KarimMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      ~tak tau la pulak siapa yang mimpi basah tu :D

  27. etomyam says:

    best tu dapat berjalan guna tiket free, musim bajet kot sekarang ni, jimat cermat hehe
    etomyam baru je tulis kisah Doris Day- Peter Drucker Dan Awie WingsMy Profile

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah
      tahun ni banyak pula dapat benda2 free :)

  28. mijie says:

    rasanya sbb musim bajet la kot, tapi so far last flight sy minggu lepas masih lagi menggunakan MAS, hihi
    mijie baru je tulis kisah Terpilih sebagai maxis10 Review HTC Desire ZMy Profile

    1. tehr says:

      memang begitulah nampaknya
      sejak tahun lepas lagi bajet dikawal

  29. zik says:

    buah tangan… jangan dilupa orang2 disini..hehe
    zik baru je tulis kisah 10 top video youtube yang paling banyak view diduniaMy Profile

  30. gayahspears says:

    nak sgt nek fight….kalo ade tiket lebih, bro bagi Gayah ya..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun