Dialog Tepi Tangga | Minta Nasihat Kawin Lagi

tangga

“Aku nak minta nasihat sikit la.”

“Apa?”

“Aku ada kenal dan rapat dengan sorang cikgu kat sekolah sebelah. Agak rapat juga la.”

“Jadi?”

“Cadangnya aku nak poligami. Kawin dua!”

“Isteri kamu tu nak letak mana?”

“Tu la masalahnya. Kamu rasa macam mana?””

“Laa… aku ni tak tahu apa-apa ni. Aku pun kawin satu je.”

“Boleh aman ke? Aku pun tak suka kalau kecoh-kecoh, bising-bising.”

“Apasal tak tanya Si Mat, kawan kita tu. Dia kan dah lama berbini dua!”

“Aku nak tanya pendapat kamu.”

“Payah.”

“Apa yang payahnya?”

“Mmm… kamu kenal Sabariah tak?”

“Kenal. Satu sekolah dengan aku.”

“Sabar, kamu kenal?”

“Sabar mana pulak?”

“Payah la nak kawin dua kalau kamu tak kenal SABAR.”

“Tak kenal la pulak.”

“Sabar tu ada kat dalam diri je, tak susah pun nak cari. Nak kawin dua ni, kena la banyak sabar.”

“Ya. Mesti banyak sabar.”

“Mampu bukan setakat batin je, zahir juga MESTI mampu. Adil, lemah lembut, sopan santun, penyayang, pemurah, dapat pula beri teladan yang baik. Lagi kena la ringan tulang, berat mulut, pekak badak, mesti tebal telinga, tebal muka. Pandai ambil hati isteri dan sanggup pula makan hati berulam jantung. Suami kawin dua perlu pandai buat lawak dan pandai pula buat muka kesian. Sanggup tidur kat surau, sanggup berlapar, sanggup tak mandi,  sanggup bla… bla… bla…”

“Kamu cakap apa ni?”

“Aku beri nasihat dan tips kawin dua untuk kamu la!”

TehrDemikian kisah 'Dialog Tepi Tangga | Minta Nasihat Kawin Lagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


62 Comments

  1. akubiomed says:

    Nah tambah akaun pun susah. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Rumah tradsional melayu di kampung MortenMy Profile

    1. hafizmd says:

      Tambah akaun bank takpelah…hehe

      1. TehR says:

        itu pun kadang2 je dapat tambah, bro
        huhu

        1. suri says:

          ab
          tambah dg jana wang kt blog heeee
          suri baru je tulis kisah HL Terbaik Sepanjang ZamanMy Profile

        2. suri says:

          tehr
          klu d beri nasi tambah jgn di tolak sekali2 hiii
          suri baru je tulis kisah HL Terbaik Sepanjang ZamanMy Profile

      2. suri says:

        hafiz
        tambah akaun isteri dn suami mesti byklah heeee
        suri baru je tulis kisah Di Bawah LangitMuMy Profile

  2. Hafizul says:

    Hehe..tips yang bermakna..emm memang sikap lelaki kan?tak pernah puas..opsss saya pun lelaki jugak maa..kadang2 ada perasaan mcm tu..tapi bila ingat akan tanggungjawan agak berat, baik lupakan jer..hehe..haiya tampal mozek sendiri ke bro?
    Hafizul baru je tulis kisah Cerita Di Sebalik Program PLKNMy Profile

    1. hafizmd says:

      mozek tu kiasan jer kot…hehe

      contohnya…’kalau mozek dirumah belum siap, jgnlah bermimpi pasang mozek kat rumah lain”

      sekian
      hafizmd baru je tulis kisah 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!My Profile

  3. hatiputera says:

    Lebih baik jangan kalau belum bersedia tahan telinga.
    hatiputera baru je tulis kisah PRU 13 : Pilihan Raya Umum Ke 13My Profile

    1. TehR says:

      bukan tahan telinga je, bro
      semua hal nak kena tahan tu

  4. Kan meriah kalau ada tiga empat isteri…. anak ramai.. keluarga ramai… saling bantu membantu. bertambah sanak saudara. ramai tempat mengadu… ishhhh.. byk betul hikmah disebalik berpoligami nie… he.he.he.

    Kalau berpoligami krn Allah mengikut syarat yg ditetapkan Nya.. mmg byk hikmatnya.. tapi kalau berpoligami kerana nafsu.. mmg huru hara lah jawabnya.

    Masalahnya, kaum hawa telah dididik dari kecil utk takutkan poligami melalui media dan sebagainya. Mulut mereka je cakap ‘boleh jika adil’… tapi di dalam pelusuk hati mmg sgt sukar menerimanya.

    Semalam dengar kuliah subuh kat TV.. Jika suami takut berlaku tidak adil kpd isteri, anak dan harta benda yg membawa kepada dosa, maka cukuplah kahwin satu sahaja.

    Just share pandangan jeee.. bukan bermakna saya nak kawen 3-4.. ok…. heeeee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Kek Pelangi Dlm Jar Utk Barang Hantaran KahwinMy Profile

    1. hafizmd says:

      Semuanya indah jika boleh berlaku adil dan saksama seperti apa yg Rasulullah amalkan.

      kalau tak, sila SABAR =)
      hafizmd baru je tulis kisah 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!My Profile

      1. TehR says:

        islam itu indah
        kita memang percaya cuma tak cukup amalan je

  5. titan says:

    kalau kahwin empat, camana la plakkk??
    titan baru je tulis kisah Malaysia Homestay untuk anda.My Profile

    1. TehR says:

      kawin 4 laaaaaaagi manyak mesti sabar maa…

      1. Suri says:

        haa..klu adA tak adil suami kena tanggung nnti hee…sndri bt sndri jawab depan Dia nnti heee

  6. muktasim says:

    huhu.. kalau rasa tak mampu nak berlaku adil seorang cukup la.. :)
    muktasim baru je tulis kisah Siapa yang majoriti datang ke muktasim.comMy Profile

    1. TehR says:

      itu la yang sepatutnya

  7. MK Kimi says:

    sekeliling sy ada bbrp org yg kahwin dua. ada yg bahagia ada yg porak peranda. si suami kena pandai tackle isteri2nya dan si isteri plak kena banyakkkkkkkk bertoleransi barulah aman. itu pd pemerhatian sy lah…
    MK Kimi baru je tulis kisah Hadith Palsu Riwayat FacebookMy Profile

    1. TehR says:

      betul tu
      siapa yang taat dia yang rasa bahagia

  8. soal rezeki dan jodoh dalam pengetahuan Allah SWT…kalau ditakdirkan apa salahnya..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Hebatnya Hukum Tarikan Bersandarkan Al-QuranMy Profile

    1. TehR says:

      takdir dan tanggungjawab besar tu, bro

  9. maza says:

    lain macam aje tips ni…
    ada hajat sama ke cikgu?

    hahahha
    maza baru je tulis kisah Dirotan CikguMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      masalahnya telinga aku ni tak berapa nak pekak
      susah ni

  10. cik tom says:

    hehehe….lelaki mmg suka bab2 kahwin lebih ni kan..
    cik tom baru je tulis kisah Seronoknya BercutiMy Profile

  11. Nampak macam senang nak buat, tapi bila dah lalui baru tahu susahnya. Kena fikir berkali-kali. Anak-anak selalunya jadi mangsa.

    1. TehR says:

      yups, nampak senang
      silap gaya, bukan anak isteri je yang susah
      diri sendiri juga bertambah2 susahnya :D

  12. de engineur says:

    eiskk..tak payah lah kot nak tambah2 ni
    de engineur baru je tulis kisah Old traditional windmills compared with modern wind turbinesMy Profile

    1. TehR says:

      tepuk dada tanya iman

  13. Sharafie says:

    Tips yg bagus bro..boleh jadik modal untung orang yang nak berpoligami..
    Sharafie baru je tulis kisah Kisah Seram Gangguan Cermin MisteriMy Profile

    1. TehR says:

      boleh juga :D
      tapi ambil yang baik2 je
      semua orang gembira

  14. fiezaradzi says:

    banyak cerita kawen dua ni.. hehe.. apa pun, mmg perlu bersabar kalau suami kawin dua, baik si suami atau kedua2 isteri..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

    1. TehR says:

      sabar dan sentiasa minta pertolongan Dia
      moga2 aman bahagia selamanya
      dunia dan akhirat

  15. papa mifz says:

    Insya-Allah den akan setia pada isteri den yang satu…amin…;)
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

    1. TehR says:

      amin
      alhamdulillah

  16. lepakk.com says:

    Bukan mudah membuat keputusan sebegini..
    Renung kembali dalam diri apakah kita sempurna
    lepakk.com baru je tulis kisah Apa itu QR Code dan Cara Membuat QR Code SendiriMy Profile

    1. TehR says:

      yups, renung dan congak2 diri sendiri
      hidup kita mahu bahagia bukan mahu seronok je

  17. Ali ridha says:

    kalau mampu tiada masalah kawin dua.

    1. TehR says:

      benar tu
      mampu dalam segala segi
      insya-allah akan ditunjukkan jalan bahagia

  18. hairulafiz says:

    berat tanggungjawabnya…
    hairulafiz baru je tulis kisah Dividen KWSP 2012 tertinggiMy Profile

    1. TehR says:

      yang sorang ni pun dah memang sangat berat
      bila dua, tiga…
      lagi la banyak beratnya :D

  19. onlajer says:

    tahun ini kawan aku mendapat durian runtuh dengan habuan bonus syarikat yang kaw2, nak dipendekan cerita sekarang ni dia tengah angau nak tambah cawabngan lagi satu ,
    Ya Allah takutnya aku jadi macam itu ya la time dulu masa belum senang isteri yg pertama lah yang bersusah dan bersenang bersama , sekarang dah senang, senang2 jer nak tambahy dua.
    onlajer baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. TehR says:

      memang ada yang macam tu
      masa susah isteri tolong macam2
      bila senang dah jadi kacang lupakan kulit
      tak patut tu

      lain la kalau isteri benarkan untuk kahwin lagi satu
      dengan penuh rela :D

  20. donnyien says:

    hai bro.. tersengih membacanya hingga habis.. hehe

    Nasihat yang bagus sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami.
    donnyien baru je tulis kisah Mata sepet semangat menulis ke lautMy Profile

    1. TehR says:

      keputusan penting yang melibatkan banyak pihak
      memang sangat perlu untuk difikir sedalamnya

    2. suri says:

      doNIE
      semua hati isteri..ank kena jaga klu antara mrka kecil hti itu kira suami dh blh kumpul dosa huu…sb tak mmpu bhgiakn mrka
      suri baru je tulis kisah Rajuk Membawa HatiMy Profile

  21. Sebagaimana lelaki lain, kawe pun adakalah ter imagine gak bab kawin dua ni :D Tapi bila mengenangkan bukan sonang nak bersikap adil dan juga tengok muka budak2 yg harapkan kasih sayang 100% dari bapanya, SABARRRRR.. aje lah kan bro :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah ‘Dumpling’ Breakfast @ He Jia Sea Food RestaurantMy Profile

    1. TehR says:

      sekadar ter imagine je :D

  22. azura says:

    tak sanggup membacanya
    azura baru je tulis kisah Plan ke Pantai Teluk CempedakMy Profile

  23. UmmiKami says:

    Salam hormat manisnya rindu :D

    Jebat dan Tuah mengadu tenaga,
    Ke mana diburu hilang bertembung;
    Terlambat meluah terkedu tenaga,
    Kerana baru pulang dari kampung… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jiwang Orang Lama..My Profile

  24. UmmiKami says:

    Lagi.. :D

    Jebat dan Tuah mengadu tenaga,
    Ke mana diburu hilang bertembung;
    Terlambat meluah terkedu jaga,
    Kerana baru pulang dari kampung..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jiwang Orang Lama..My Profile

  25. UmmiKami says:

    Memakai jubah bertekad arab,
    Hijau terang pesona segaknya;
    Madu lebah ubat mujarab,
    Kalau orang bagaimana agaknya. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jiwang Orang Lama..My Profile

  26. Ladfe Amir says:

    best ke kahwin lebih dari sorang ni

    kata kawan saya yg suka makan yogurt. kalu ada peluang kawin dua..silalah ambil peluang. bkn semua lelaki ada peluang mcmni. bahagian dugaan tu masing2 ada kan
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Rakyat Malaysia Suka MencuriMy Profile

  27. suri says:

    baca sambil senyum2 sendri heee
    suri baru je tulis kisah HL Terbaik Sepanjang ZamanMy Profile

  28. suri says:

    pertanyaan adakah tangga rumh ini telah siap ?? heee
    suri baru je tulis kisah Aku Dan PerantauanMy Profile

  29. Bro Zulkbo says:

    salam..
    payah juga nak beristeri dua ye..
    Mrs saya pernah kata, lelaki mana
    tak suka berbini dua..dia kata dia
    izinkan saya kahwin..tapi dia akan
    carikan..ermm bila la agaknya??

  30. Suri says:

    nampaknya bro dah jadi tukang bgi nasihat kt org. bagus2

  31. adele says:

    lorrr, tak paham pulak dia kita sedang bagi nasihat ni. tanya lagi. tak layak kawin dua!
    adele baru je tulis kisah Yang TerakhirMy Profile

  32. Amirez says:

    banyak nak kena ikut kalau nak tambah cawangan ni hehe
    Amirez baru je tulis kisah Pandangan Permai di Tanjung Dawai, KedahMy Profile

  33. dja@sishaza says:

    Heheh bkn setakat kena tebal muka, brt mulut etc tp jgk kena poket tebal…nk beli ganti lesung batu, corning ware,kuali tefal dsbnya bknnye murah….ahaks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun