Dialog Tepi Tangga | Bapa Degil

Dialog Tepi Tangga | Degil

“Bapak aku tu degil betul la.”

“Aik, lain macam je bunyi?”

“Apa tidaknya. Hari-hari keluar naik motor.”

“Salah ke bapak kamu naik motor?”

“Salah tu tak salah.”

“Dia ada lesen, kan?”

“Ada.”

“Dah tu apa pulak degilnya?”

“Tiap hari keluar naik motor!”

“Laa… Dia kan biasa naik motor. Apa salahnya.”

“Dia dah tua. Dah 70 lebih umur. Kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Aaaaku juga yang susah!”

“Ha ha ha! Ha ha ha!!”

“Hoi. Apasal gelak?”

“Ikut perangai kamu la tu.”

“Apa pulak. Sepatutnya aku ikut perangai dia. Aku ni kan anak dia.”

“Dulu zaman sekolah, kamu lagi hebat. Laaagi degil! Bawa motor pergi sekolah. Tak ada lesen pulak tu. Hari minggu, kamu merempit kat pekan. Berbuih mulut bapak kamu bagi nasihat. Ha ha ha…”

“Itu lain la…”

“Tak ada lain nya… Bapa kamu memang susah hati masa tu. Sama dengan apa yang kamu rasa sekarang ni la. Sama!”

TehrDemikian kisah 'Dialog Tepi Tangga | Bapa Degil' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. anuar says:

    Mane tumpahnya kuah kalau tak ke nasi… tak begitu bapanya. . Hehehe. .
    anuar baru je tulis kisah Hari Terakhir Pendaftaran DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

  2. Cik Siti says:

    Pergi memikat di Parit Buntar,
    Bawa bersama segala bala,
    Hidup bagai roda berputar,
    Ingin disalahkan berpalinglah semula
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Lalu…My Profile

  3. what u give, u get back..hehe
    the malay male baru je tulis kisah adicos okeyyy, bukan adidas.My Profile

  4. Manan Qayyim says:

    anak rintik, baba borek….

    ihihihhi
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Hackademy KL 2014, Pengalaman BerhargaMy Profile

  5. amirulfaiz says:

    Hehe.. bapak cuba balas dendam dengan membuat anak pula yang rasa risau. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Video Korporat, guna After EffectsMy Profile

    1. suri says:

      bapa dah tua dia mahu cari angin luar untuk tenangkan fikiran..agaknyalah
      suri baru je tulis kisah Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

  6. puterijamu says:

    yea… you get what you give, whether it’s bad or good :)

  7. hafiz says:

    Betul tu bila dah jadi bapa baru tau perasaan macam mana
    hafiz baru je tulis kisah Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27My Profile

  8. akubiomed says:

    Kebimbangan anak kepada bapa yang membawa motorsikal. Begitu juga kebimbangan bapa kepada anak yang membawa motorsikal tidak berlesen. Sebagai bapa sepatut lebih tegas untuk tidak membenarkan anak membawa motorsikal tanpa lesen. Saya mampun mengucap panjang harap tidak ada kemalangan berlaku memandangkan kaki pun tak cecah jalan.
    akubiomed baru je tulis kisah Pameran Kuala Lumpur Orkid & Bonsai 2014My Profile

  9. hehe… bapaku ..bapaku ..
    syaifuddin alias baru je tulis kisah 7H 5M Jelajah Muslim Bumi Anbiya Istanbul – BursaMy Profile

  10. dja@sishaza says:

    Bapaku Sazali ? Hihihik ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah PUSAT SERVIS TOYOTA ALOR SETAR LAGIMy Profile

  11. KKTG says:

    Bapa pun nak enjoy juga – rasa muda semula…. :D

  12. suri says:

    haa..keadaan tetap sama ecuali kalau kita sendri yang mahu berubah kearah kebaikan
    suri baru je tulis kisah Trick Kemas Rumah Umpama Payung TerjunMy Profile

  13. Hero Borneo says:

    senang cerita bapa borek anak rintik!!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Kelebihan Jalan Kaki Untuk KesihatanMy Profile

  14. ini anak ikut bapak ke bapak ikut anak? hehehehe
    Kereta Sewa Shah Alam baru je tulis kisah Sewa Kereta by Kereta Sewa Shah AlamMy Profile

  15. Hafizul says:

    hahaha..ni kes anak borek bapak rintik la ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Isteri Pisau Cukur Mertua Pisau LipatMy Profile

  16. ini sudah tukar ni… mana tumpang nasi kalau bukan ke lauk.. haha
    Nurul Hidayah baru je tulis kisah Rabu yang bisu # 23My Profile

    1. Hero Borneo says:

      tambah baru lagi..lauk akan bercampur juga dalam perut..
      Hero Borneo baru je tulis kisah Raja Mentor VS Hero BorneoMy Profile

  17. Ismail N says:

    He he.. kurang2 sayang gak anak tu sama bapa.. or sayang kat motor? :D
    Ismail N baru je tulis kisah Rabobank Hockey World Cup 2014: Malaysia vs EnglandMy Profile

  18. aimannajmy says:

    hehe ibarat tayar moto yang terkena paku.. apa pun tetap terkena jalan juga ketika willie.. eh apa punya ungkapan aku buat ni hehehe
    aimannajmy baru je tulis kisah Komik #10 : Tidoq dan lena sekejapMy Profile

  19. brohantu says:

    jangan buat willie sudah
    brohantu baru je tulis kisah Siakap Terbesar Di Dunia di PancingMy Profile

  20. hanari says:

    Naik motor terkena panas dan hujan.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

  21. Ummi says:

    Anak yang bagus la tu..tau gak dia risau kat bapak dia.

  22. Bapak borek anak rintik, haha..
    Kereta Sewa Shah Alam baru je tulis kisah Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 13My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun