Di Sebalik Wang Bantuan Persekolahan RM100

Aku memang tak sokong berita yang tak sedap didengar ni. Beberapa orang Guru Besar atau pentadbir sekolah memotong Wang Bantuan Persekolahan RM100 yang diberikan kepada ibu bapa penjaga. Dah namanya Wang Bantuan Persekolahan bukan wang bayar yuran. Janganlah terlampau gelojoh, kan?

Tapi aku kesian juga dengan Guru Besar dan pentadbir dalam menguruskan pungutan pelbagai bayaran yang masih terdapat di sekolah. Sampai cuti akhir tahun pun, masih ada pelajar yang gagal menjelaskan bayaran! Sampai ke hujung tahun jugalah guru-guru lelah mengumpul wang bayaran. [Aku secara peribadi lebih suka tugas bayar membayar ni diserahkan kepada kerani, BUKAN kepada guru.]

RM100

Aku juga pelik mengapa masih ada yuran kelas, derma PIBG dan macam-macam bayaran lagi kat sekolah selain dari yuran sekolah yang dimansuhkan oleh kerajaan. Tak cukup duit ke? Atau memang kerajaan tak bagi peruntukan yang secukupnya untuk sekolah? [Kesian kat budak-budak tu, hari-hari cikgu minta duit. Nak belajar pun tak senang.] Nak kata duit bayaran tu cikgu guna untuk beli minyak kereta kerana perlu ke sekolah lagi di sebelah petang, macam tak logik pula.

Ada juga sebahagian cikgu di sekolah yang keluarkan duit poket sendiri untuk hiaskan kelas agar lebih ceria, agar lebih seronok dan tenang budak-budak nak belajar. Pelik dan terbalik! Tak ada peruntukan dari kerajaan untuk hias kelas? Tapi, mungkin juga cikgu tu seorang yang pemurah, kan? Mungkin.

Harap-harap nanti kita tak disajikan dengan berita pelajar yang ditahan keputusan peperiksaan STPM, SPM atau UPSR hanya kerana belum menjelaskan bayaran-bayaran yang dikenakan. Sedih sekali kalau perkara ini berlaku.

Minta maaf ya. Kali ni blog tehramuan tak ada pantun. :D

TehrDemikian kisah 'Di Sebalik Wang Bantuan Persekolahan RM100' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. Cik Siti says:

    hari ni tak de pantun ye….
    apa yang penting duit 100 ringgit tu mudah-mudahan dapat dilakukan dengan perkara yang berfaedah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa yang penting??? ConfidenceMy Profile

    1. tehr says:

      rehat dari berpantun kejap :D

  2. rasanya pasal duit-duit lain tu bergantung kepada pengurusan sekolah la..PIBG apa sume tu dibawah pengurusan sekolah..diluar kuasa kerajaan.
    blackrosehunter baru je tulis kisah Facebook Menjual Maklumat PenggunanyaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      banyak juga pengurusan sekolah nak guna duit
      macam2 aktiviti yang dibuat

  3. kakyong says:

    adik2 kakyong dulu pernah juga ditahan keputusan peperiksaan sbb ayah lambat bayar yuran.. huhhh..

    tp byk juga sek yg potong duit bantuan rm100 tu kan.. bila parent bertanya, bukan nak jawab elok2.. ish ish.. dah mcm along pulak cikgu2 ni mengutip yuran tertunggak.. heheh..

    sebaiknya, bila parent dtg tu.. cikgu tunjukkan lah bukti yg murid ada yuran tertunggak & tanya parent nak bayar skrg atau tidak.. bukannya main potong jer kan…

    tp skrg ni nampaknya ramai guru2 yg buat kerja pengurusan/pengkeranian kan…
    kakyong baru je tulis kisah Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

    1. tehr says:

      patutnya tak boleh tahan keputusan peperiksaan pelajar
      kesian mereka

  4. akubiomed says:

    Walaupun yuran sekolah dimansuhkan tetap ada yuran-yuran sampingan yang perlu ditanggung oleh ibubapa. Bantuan RM100 yang diberikan oleh kerajaan boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

    Saya kurang setuju kalau guru diberi tugas pengkeranian. Bersyukur ada guru yang berkorban untuk anak murid walaupun bukan skop tugasnya.
    akubiomed baru je tulis kisah Skodeng kapal selam di Pantai KlebangMy Profile

    1. tehr says:

      ada guru yang sanggup buat kerana tak mahu susahkan guru besar
      yang sedihnya ada juga guru yang tolak kerana tak mahu susahkan diri sendiri
      jadinya terpaksa susahkan kawan
      huhu

  5. Juan says:

    kisah kisah -ve macam inilah yang x enak didengar,
    Juan baru je tulis kisah Hijrah, Perlukah..My Profile

    1. tehr says:

      kadang2 terpaksa juga kita dengar, juan
      apa nak buat

  6. windi says:

    saya tak happy bila dengar duit bantuan tu kena potong..dah hak pelajar bagi jelah…kempunan diorang nak shopping buku2 dan baju sekolah..

    1. tehr says:

      yups
      ikut je apa arahan yang diberi
      semua senang hati kalau ikut arahan
      mak ayah juga kena la ikut arahan bayaran dari sekolah
      tak gitu? :D

  7. chii says:

    eh…ada sampai camtu skali ke? ni da menyalahgunakan ni..da kata duit bantuan kan..ishk..nasib baik adik2 semua da abih skolah
    chii baru je tulis kisah Orang KetigaMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada, chii
      nak buat macam mana

  8. LadyBird says:

    waktu lady kecik2 dulu.. xde plak duit peruntukan untuk hias kelas.. tiap2 minggu kami kumpul duit kelas.. itu hanyalah idea kami sebagai pelajar.. bukannya apa.. nanti kami boleh beli apa2 yang perlu untuk kami sendiri.. kdg2 kami kumpul untuk jamuan akhir tahun.. atau beli hadiah untuk guru.. inisiatif kami sendiri sebagai pelajar.. x membebankan pun.. tp yuran tu.. huhuhu.. xtahula beban ke tak.. tak beban untuk kami.. beban untuk ibu bapa kami.. lbh2 lagi yang tak berduit.. kesiannye..
    LadyBird baru je tulis kisah Perjuangan Mencari CintaMy Profile

    1. tehr says:

      sebahagian pelajar memang dapat kumpul duit kelas sukarela
      sebahagian lagi memang tak akan dapat
      duit makan pun tak lepas
      kesian dengan mereka ni

  9. dnoBiz says:

    aku pun heran… sampai bila tugas pengkeranian ni akan di beban pada guru…
    Kalau Guru yang iklas mereka mungkin hanya akan terbeban dan menelanya… walaupun pahit untuk ditelan..
    tapi kalau yang kerja semata mata kerana duit mereka akan jadikan ini alasan seandainya kualiti pelajar merundum… dan lepas tangan..
    dnoBiz baru je tulis kisah Hak Asasi Manusia – Memahami asas hak asasi manusiaMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kerajaan akan sediakan tambahan pegawai kat pejabat sekolah nanti, bro

  10. ohcikgu says:

    sekolah memang tak bagi duit untuk hias kelas. dari dulu lagi. yang pengetua mahu..kelas mesti terhias. duit..pakai duit sendiri. nak kutip duit dari pelajar..tak sampai suku yang menyumbang. jadi..memang sekolah takde duit untuk benda macam ni..

    kekadang..kelas tambahan pun takde elaun. cikgu terpaksa wat kelas tambahan paksa rela. tak buat..macam-macam kena hentam lagi..

    duit pibg..entahlah.

    tapi memang ada sekolah. peruntukan memang tak cukup. even dah banyak kali minta duit..tapi tak dapat-dapat..

    duit yuran, duit pibg tu semua sampai dah habis pakai..sebab tu agaknya ramai sekolah ambil duit rm100 tu..tolak yuran sana-sini..

    pendek kata..bab sekolah ni..sampai kiamat pun takkan habis ceritanya kalau takde tolak ansur antara semua pihakk..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pertarungan epik Malaysia vs Bahrain di Stadium Bukit Jalil – 27 November 2011My Profile

    1. tehr says:

      sekolah perlu buat banyak aktivi untuk lebih berjaya
      semuanya perlukan duit, cikgu

  11. alhamdullilah… dapat kawe duit bantuan nie.. x3 ehhh…
    budak tahun 6 tak dapat lak.. kalu tak jad x4.

    bab guru besar tu harap2 khabar angin jer.. jgn ler dibangkitkan kemarahan ibu bapa.. tak faedahnya….

    1. tehr says:

      pelik pulak aku, bro
      sebab kat kelantan ni semua murid dari tahun 1 – 6 dapat rm100 tu

      bro kena tanya kat sekolah ni

  12. surihati_ku says:

    ada wang rasa nak beli cam2 baik simpan tu yg terbagus heeee
    surihati_ku baru je tulis kisah Bukan Wangi Bau Pengantin Part IIMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun