Di Sebalik Peristiwa

Aku percaya ramai yang masih ingat bagaimana gaya Khairul Fahmi ‘Apek’ menepis bola tendangan penalti Ferdinand Sinaga serta gaya Kurnia Meiga yang gagal menepis bola tendangan Baddrol Bakhtiar. Semua yang menonton perlawanan Malaysia vs Indonesia pasti nampak semua itu.

Tetapi sedarkah kita, banyak peristiwa lain yang berlaku hasil dari tendangan dan tepisan berkenaan? Di sebalik peristiwa kemenangan ibu segala pingat emas Sukan SEA 2011 itu ada peristiwa lain yang mendatangkan kesan kepada semua kita?

ada peminat berdebar
membuat jantungnya bergetar

ada orang menjerit
yang menyebabkan tekaknya perit

ada baby menangis
bila mak ayah bertempik bengis

ada pemain terkedu
kerana kalah dalam perlawanan itu

ada rakan bersorak
apabila gembiranya melonjak-lonjak

ada kilauan emas
membuatkan peminat indonesia lemas

Begitulah selalunya. Sesuatu yang berlaku hasil dari tindakan kita di rumah, di pejabat atau di mana sahaja, pasti sekali akan mendatangkan kesan kepada orang lain di sekeliling. Kesan baik atau kesan buruk bergantung kepada apa yang kita lakukan.

Selamat menyambut Maal Hijrah / Awal Muharram kepada semua. Pasti sekali Peristiwa Hijrah serta perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat mendatangkan kesan baik kepada kita semua kerana ia adalah satu perintah Allah yang dilakukan dengan penuh ikhlas. Kita juga sekarang ini dan di sini masih boleh melakukan sesuatu dengan penuh ikhlas. Percayalah!

TehrDemikian kisah 'Di Sebalik Peristiwa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. padin says:

    hehe kalau tengok sorang2 tak merasa kemeriahannya, tengok ramai2, ha.. gempita abes,
    padin baru je tulis kisah Soal KejirananMy Profile

    1. tehr says:

      bila dah ramai2
      banyak pengulas tambahan tak bergaji
      memang riuh :D

      1. setuju tehr :) depa punya hingaq huihh gegaq rumah
        rainbowcloudy baru je tulis kisah tambah kasih sayang untuk disayangiMy Profile

    2. dnoBiz says:

      tengok seorang pun bergegar gak rumah… gara gara penalti terakhir tu… :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Tahniah Harimau Malaysia – Badrul Bakhtiar kau buat aku sawan 1 saat…My Profile

    3. surihati_ku says:

      pengulas tak bergaji haaa mmg ada yg byk tak bertaulih ar mlm tu..
      surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs!My Profile

  2. LadyBird says:

    yang paling berharga hasil drp jerit perih itu adalah kilauan emas.. best2..

    p/s : lady x tengok pun sebenarnye cikgu :P..

    cikgu, selamat menyambut maal hijrah..
    LadyBird baru je tulis kisah Gadisku Semalu Yang PemaluMy Profile

    1. tehr says:

      selamat maal hijrah untuk lady juga

  3. b3njy says:

    B3njy rasa tendangan penalty Baddrol Bakhtiar paling banyak membawa kesan dan sungguh dramatik … ia akan diceritakan kat mana2 dan kisah tendangannya akan bertahan 3 bulan lamanya .. nampak gaya ‘google PR’ Baddrol Bakhtiar makan meningkat ke ‘PR 7′ … hehehehe
    b3njy baru je tulis kisah YANG NI BENJY TIDAK BOLEH TAHANMy Profile

    1. tehr says:

      wah, best tu
      kita ni tumpang trafik je, bro :D

    2. akubiomed says:

      Sepakkan Baddrol mendebarkan. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Kalau tak nampak tandanya. Sudah nampak dah!!!!My Profile

      1. tehr says:

        hehe aku dah hampir kecewa dah :D

  4. nurmisnan says:

    Itulah penangan bola.. Tak perasan kalau dah terjerit2..
    Jiran sebelah pun tgh makan tersedak.. har3…

    Apa pun tahniah utk Malaysia Skuad Harimau. Aummmmm…

    Nota
    Jangan lupa kita semua baca doa akhir dan awal tahun Ahad nih…
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22My Profile

    1. tehr says:

      ya. mulakan dengan doa
      dan habiskan dengan doa juga

  5. Sobri Mansor says:

    Pantun yang no 3 tu rasanya memang terjadi dekat aku….hehehehe
    Sobri Mansor baru je tulis kisah Blog diserang Hacker Harimau vs Harimau Muda yang KacakMy Profile

    1. tehr says:

      nasib juga anak2 saya dah besar semua
      tapi isteri yang tak minat bola tak senang duduk :D

  6. chii says:

    ihik..chii sama macam lady gak..x tengok sama siaran langsung..cuma mendengar suara jeritan adik2 sahaja dari dalam bilik..

    disebalik peristiwa juga tu kan..ehehe
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #12 – Help Me Please!!!My Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      gangguan juga tu sedikit sebanyak

  7. kakyong says:

    masih teringat2 lagi.. masa goal penyamaan tu.. suami saya jerit serupa nak pecah rumah.. dah lah tak pernah2 dia nak layan bola…
    kakyong baru je tulis kisah Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

    1. tehr says:

      mujur tak ada baby, kakyong

  8. dinar says:

    itulah rencah kehidupan yang melatari warna yang telah menjadikan dunia ini penuh keriuhan silih berganti antara suka dan duka, tawa dan tangis…seterusnya dan seterusnya… lagi dan lagi…
    dinar baru je tulis kisah Nilai intrisik EMAS…My Profile

    1. tehr says:

      …sehinggalah dunia ini kiamat

  9. Juan says:

    kesan kesan sampingan sebegitu pasti berlaku
    Juan baru je tulis kisah MasterChef Malaysia Astro RiaMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 tak terlampau mengganggu orang kelling

  10. kena check tekanan darah pas tgk bola he..
    rainbowcloudy baru je tulis kisah tambah kasih sayang untuk disayangiMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ada lemah jantung atau darah tinggi memang sangat bahaya tengok game macam ni
      kan?

  11. adele says:

    selamat menyambut awal muharram..isu lain..tak minat :D

    1. tehr says:

      salam awal muharram, adele

  12. Seri Bahasa says:

    seri sangka tak masok tendangan Baddrol Bakhtiar tu…tapi bila bola tu bergolek masok jaring…meletop seri dibuatnya…
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Harimau Muda…Boleh…My Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang buat degup jantung berhnti sekejap :D

  13. Anak kera Pokok dipanjat
    Naik atas sipokok manggis
    Ada tergamam ada terperanjat
    Ada bergembira ada menangis

    Bapak ayam tiada Paruh
    Dipelihara oleh Wak Dol
    Jantung bagai nak luruh
    Melihat bola masuk gol

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    teknik penyaduran chrome electro

    1. tehr says:

      dipelihara oleh wak dol
      turun mandi bila senja
      melihat bola masuk gol
      syukur diri lega terasa

  14. Main Bola didalam kota
    Bola ditendang si anak gajah
    Peristiwa bersejarah jangan dilupa
    Selamat menyambut Maal Hijrah

    naik kerumah makan pengat
    pekat kuahnya ditambah gula
    Takwin Bola selalu di ingat
    Takwin Islam selalu dilupa

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    teknik penyaduran chrome electro
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      pekat kuahnya ditambah gula
      sedapnya rasa manis sekali
      takwim islam jangan dilupa
      membantu kita menginsaf diri

  15. titan says:

    benda normal. jika kita gembira, tak bermakna orang lain gembira.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 2 dari TipsPTD.comMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      sebab tu kita kena berpada je

  16. zulkbo says:

    salam..
    adat perlawanan..
    pasti hanya satu je
    bergelar juara..maka
    kita bersyukurlah kan?
    zulkbo baru je tulis kisah Wang RM 50 Baru : Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      bersyukur dengan kegembiraan yang diberikan kepada kita
      di samping tu ingatlah pada orang lain juga :D

  17. Begitulah keadaanya…kita bersorak apabilaa menang,kita mengkritik apabila kalah…
    Faisal 2dayblogger baru je tulis kisah Tidak Percaya Blog Boleh Menghasilkan Beribu-Ribu RinggitMy Profile

    1. tehr says:

      hehe adat dunia
      harap2 kita tak kritik keterlaluan bila mereka kalah
      bagi kritik yang membina lebih bagus, kan?

  18. kawe tengok di kedai…. MERIAHHHHH….. terutama masa final bola…
    Dengar citer ada dua rakyat Indon mati sebelum perlawanan bermula.. Dasaat betul diaorg nie…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Actus Reus Non Facit Reum Nisi Mens Sit ReaMy Profile

    1. tehr says:

      berita kematian tu dah sah
      indonesia telah diminta hantar laporan ke afc

  19. akubiomed says:

    Sedih mendengar ada penonton yang meninggal dunia kerana berasak-asak ketika memasuki stadium dan ada juga penonton tempatan mengalami serangan sakit jantung ketika menonton. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday #19 – Nampak saya????My Profile

    1. tehr says:

      ramai sangat tu
      mungkin juga perlu kepada kawasan yang lebih luas dan kawalan lebih rapi

      1. surihati_ku says:

        uh payah sb dema dlm games jer bermusuhan luar ok hee..ada pertandingan mmg bgtu heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Oh Abang..Oh SayangMy Profile

  20. dnoBiz says:

    aku paling suka dengan “ada” yang terakhir tu hehehe
    dnoBiz baru je tulis kisah Memalukan – Anugerah Lagu Terbaik Yuna Dibatalkan…My Profile

    1. tehr says:

      hehe ibu segala pingat tu

  21. surihati_ku says:

    selamat maal hijrah tuan rumah dan sekeluarga
    surihati_ku baru je tulis kisah Resepi Obor-OborMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun