Di Mana Kamu Robots.txt?

Keputusan Liga Super hari ini 21.6.2013 memihak kepada Kelantan, Selangor dan T-Team. Aku tak sempat pun menonton perlawanan di Astro atau live streaming di internet. Aku leka dan sibuk mencari robots. Tahniah kepada Kelantan, Selangor dan T-Team.

Felda United 0 – 4 PBDKT T-Team
Terengganu 0 – 4 Kelantan
Selangor 2 – 1 ATM

Boleh pula aku berperang dengan robot dalam sehari dua ni. Hal kerja macam biasa, hal keluarga seperti biasa. Cuma hal aku berperang dengan robot je yang sedikit luar biasa. Korang pernah berperang dengan robot? :D

URL restricted by robots.txt

bumblebeeGambar dari blog Akubiomed. Ada banyak gambar-gambar menarik di sana. Sila terjah.

Bukan robot Optimus Prime, Bumblebee atau Megatron dalam filem Transformers, tapi robots.txt je. Robots.txt ini datang buat kacau bila aku submit sitemap di Google Webmaster Tools. Memang masalah bagi aku dalam dua tiga hari ni.

Minta tolong!

Bagaimana nak atasi masalah ‘URL restricted by robots.txt’ ini? Aku nak minta tolong pada rakan-rakan yang tahu. Letih dah aku cari tapi tak jumpa kat mana mahu edit robots.txt ini. Dalam dashboard wordpress atau dalam cPanel?

Kucing berlari jatuh tangga,
Tikus ketawa sambil berlalu;
Puas kucari tapi tak jumpa,
Wahai robots di mana kamu.

TehrDemikian kisah 'Di Mana Kamu Robots.txt?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. onlajer says:

    haha yang ini pun aku kurang mengerti
    onlajer baru je tulis kisah Peluang Perniagaan Putu BambuMy Profile

    1. TehR says:

      kalau boleh dapat robot ni
      aku tanggalkan bateri je :D
      senang cerita

      1. suri says:

        robot atas itu pegang dan main pusing-pusing dan terbangkan dia heee..
        suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Boleh Percaya Ke?My Profile

        1. suri says:

          robort yg mr tehr cri saya tak tahu…mohon akan ada rakan yang membantu
          suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

  2. Wan Fauzi™ says:

    tahniah selangor, kelantan & t-team…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud”My Profile

    1. TehR says:

      gomo klate gomo :D

  3. Wan Fauzi™ says:

    peluang atm makin tipis utk mengejar lion12 dgn berbaki 3 perlawanan lagi…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud”My Profile

    1. TehR says:

      nampak gayanya piala akan ke seberang tambak la tahun ni

      1. Wan Fauzi™ says:

        piala liga super dah semakin tipis utk semua pasukan malaysia…
        Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Perbahasan Malam Nisfu SyaabanMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Hahah yg ni x dapet den nolong… apa ke bendanye tuh ?
    dja@sishaza baru je tulis kisah KOMISYEN KE-2 RAHSIA TAUFUFAH DAN REZEKI ANAK YATIMMy Profile

    1. TehR says:

      entah la
      memang tengah pening ni

      1. suri says:

        tak dapat tolong kena tunggu next komen blogger yang seterusnya
        suri baru je tulis kisah Missed callMy Profile

  5. Cikgu Hairul says:

    robots.txt ada dalam cpanel.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Bajingan Dari JepangMy Profile

    1. TehR says:

      kat situ rupanya dia
      nanti kawe cari

  6. Cik Siti says:

    minta maaf, tak boleh nak tolong…. Cik Siti tak belaja sampai tahap expert macam tu
    Cik Siti baru je tulis kisah Wordless Wenesday: Madah…My Profile

    1. TehR says:

      ni sedang belajar ni, cik siti

  7. akubiomed says:

    Robot text di dalam cpanel.

    1. TehR says:

      memang nk kena robot ni :D

  8. titan says:

    cari kat cpanel.

    1. TehR says:

      yups, memang kena cari kat situ la nampak gaya

  9. auc says:

    pernah kena gini, robot lari entah ke mana, pastu google marah sebab kita x jaga robot dia, jadi google x nak masuk ke blog kita… tu pentingnya robot ni

    ada dalam cpanel, cer godek2 slow jumpa la tu nanti :)
    auc baru je tulis kisah Johor Darul Takzim Ingin Dapatkan Pablo AimarMy Profile

    1. TehR says:

      aku ni baru beberapa kali je buka cpanel walau pun dah beberapa tahun dengan wp
      kena belajar lagi la ni

  10. Joe says:

    Cari kat CPanel
    Joe baru je tulis kisah Salah Satu Cara Mudah Buat Duit OnlineMy Profile

    1. TehR says:

      okey thanks

  11. hafizmd says:

    tahniah t team kelantan dan selangor…malam ni, hrap jdt mng

    ambe tak dpt tlg bab robot ni…maaf yer cikgu :)
    hafizmd baru je tulis kisah Hargai Kesihatan Buah Pinggang AndaMy Profile

    1. TehR says:

      yups, harap jdt dapat sekat lions xii nanti

  12. kakiblog says:

    belum mahir tentang robot tapi boleh cari kat cpanel..sebelum tu buat tutorial supaya jimat masa bila dah faham.
    kakiblog baru je tulis kisah Sembang Tentang BlogwalkingMy Profile

    1. TehR says:

      aku sedang belajar ni, bro
      harap2 cepat faham :D

  13. hafiz says:

    ada dengar pasal robot ni, tapi tak tau apa fungsi dia..
    hafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Lions XII vs Johor Darul TakzimMy Profile

    1. TehR says:

      aku baru tahu fungsinya
      tapi tak tahu nak edit kat mana

  14. papa mifz says:

    den yang baru berpindah ke WP nih lagilah tak tau pasal robot-robot nih…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Bacaan IPU TerkiniMy Profile

    1. TehR says:

      kwe ni dah lama pindah
      tapi baru dua tiga hari ni je jumpa robot :D

  15. tak pernah pulak hadapi masalah mcm tu.
    the malay male baru je tulis kisah aktiviti hujung mingguMy Profile

    1. TehR says:

      kadang2 seronok bila jumpa masalah
      kadang2 lebih pening kepala :D

  16. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu… :D

    Kenapa hijau nii…kebetulan memang warna hijau pujaan hati Ummi… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Patut Ke Tak Patut..My Profile

  17. tak sangka kelantan benam ganun 4-0 huhu, coding2 tak pro lagi masih belajr
    Khairul Zamri baru je tulis kisah DiGi WWWOW Awards 2013 – Undi SayaMy Profile

  18. Hafizul says:

    Saya biasa pakai filezilla..dalam tu dalam folder blog kita ada letak robok.txt..ni pada blog saya lah..kalau blog bro tak pastilah..dalam cpanel saya tak berapa pandai..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Hidup Mesti BeraniMy Profile

  19. Ismail N says:

    Mau cara manual – Connect shj guna FTP. Masuk dalam folder blog yg atas sekali. Guna robot.txt generator kalau tak yakin nak edit mende tu. Good luck bro…
    Ismail N baru je tulis kisah Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik BorneoMy Profile

  20. dah settle ke bro… kalau belum

    kat cpanel .. bro pergi ke file dan ke file manager..
    lepas tu buka public_html (lokasi file2 laman web)
    dan cari file robot.txt
    dah jumpa, download dulu file tu..
    kemudian edit guna notepad file tu..

    utk semua file bro di index … delete dlmnya dan tukar je kpd

    User-agent: *

    Lepas tu.. upload semula ke dalam cpanel di tempat asal..

    Elok baca artikel berguna dibawah ttg robot.txt nie bro..

    http://support.google.com/webmasters/bin/answer.py?hl=en&answer=156449
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Sempena Ulang Tahun Ke Tiga: Full Time Bisnes Online. Saya Nak Bagi Free Pakej Kincin.ComMy Profile

  21. Rina says:

    file robots.txt biasanya digunakan untuk menghalau dan membatasi spider bot dalam mengcrawl blog kita. hati2 dalam mengedit, jangan sampai salah sebab bisa jadi malah halaman posting tidak akan dapat di index spider bot search engine
    Rina baru je tulis kisah List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  22. Assalammualaikum, boleh upload dan insatll plugin nama kb robot. pastu leh setting sesuka hati untuk robot.txt tu, tapi kalau blog dofollow robot.txt is useless dan adalah satu batu penghalang kepada blog kita.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Resepi Berbuka Puasa – Ayam Tandoori Satu Cepat Laaaa!!!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun