Detik Masa Berlalu

jamLima hari sahaja lagi akan tiba bulan Syaaban [21.06.2012]. Selepas Syaaban akan tiba pula Ramadhan 1433H, bulan yang penuh dengan keberkatan. Insya-Allah kita akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 July 2012.

Memang tak terasa, seperti baharu sahaja kita menyambut Hari Raya Puasa tahun lepas. Pejam celik, sedar tak sedar, sudah hampir setahun masa berlalu meninggalkan kita…

Waktu diri muda ceria
Terasa lambat berlalu masa
Bila diri mula dewasa
Mengapa cepat datangnya tua

Pejam celik tangis tawa
Diri telah dimamah usia
Pulang balik rutin biasa
Masa berlalu tidak terasa

Ingat lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Ikut sunnah Baginda
Patuh perintah Yang Maha Esa

Bilakah cukup masa?
Tiada siapa tahu mengira
Bilakah takdir tiba?
Tiada siapa dapat meneka

Dijemput ajal datang
Adakah siapa berani halang?
Dijemput kita pulang
Adakah jasa untuk dibilang?

Siapa yang masih merasa belia dan siapa pula yang terasa lanjut usia. Ketika asyik bersenda tiba-tiba jasad diusung dalam keranda. Mati biasanya datang tiba-tiba tanpa mengira pada siapa-siapa. Semua janji-Nya pasti dikota, buruk dan baik pasti juga ada balasnya.

TehrDemikian kisah 'Detik Masa Berlalu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


11 Comments

  1. titan says:

    sempat tak puasa rejab?
    titan baru je tulis kisah Abang Ensem di Mata AkuMy Profile

  2. cik tom says:

    xsabar nak tunggu bulan ramadhan..

  3. shraqs says:

    Itula kan, cepat je masa berlalu sekarang ni.
    shraqs baru je tulis kisah Angry Birds Seasons Update 30 Level PiglantisMy Profile

  4. Sya Isya says:

    dah akhir zaman ni memang cepat je masa berlalu. tapi x sabar juga nak tunggu Ramadhan tiba. bulan penuh keberkatan.
    Sya Isya baru je tulis kisah MAHAMAHU.COM ANDA MAHU 2012My Profile

  5. akubiomed says:

    Sekejap sahaja masa berlalu.
    akubiomed baru je tulis kisah Sambutan Hari Bapa dengan projek Hari MingguMy Profile

  6. Cikgu Hairul says:

    Terlalu alpanya kita, sedar-sedar sudah duduk dalam keranda. Waktu tu menyesal pun tak guna. Cepatnya masa berlalu.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Jangan Buat 8 Perkara Ni Bila Putus Cinta TauMy Profile

  7. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    setuju sangat saya nasihat nih
    “Ingat lima perkara
    Sebelum datang lima perkara”
    Walau kadang-kala sering
    terlupa juga :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Akta Baru Pekerja Swasta Kini Bersara 60 Tahun Bermula 2013My Profile

  8. Dah dokat nak puasa, maknanya dah dokat nak raya… Kejap jer masa berlalu.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Further Thoughts On Euro 2012 And A Few Revised PredictionsMy Profile

  9. hafizmd says:

    Mudah-mudahan kita sempat utk berpuasa ramadhan tahun ni dgn penuh jayanya…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #19 Line ClearMy Profile

  10. chii says:

    Memang,terasa pantas sgt masa berlalu.x sempat nk puasa d bulan rejab.da masuk bulan syaaban
    chii baru je tulis kisah Mari bergotong royong di hujung mingguMy Profile

  11. pakai baju berbulu-bulu
    pergi bandar kejar masa
    masa mmg cepat berlalu
    sekejap ajer masuk puasa

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun