Dengar Kata

Tiba-tiba aku teringin menulis lirik lagu baru pagi ini. Klip video lagu ini belum dimuat naik ke YouTube dan melodinya juga belum siap. Aku hanya ada liriknya sahaja. Jom sama-sama kita menyanyi untuk hiburkan hati setelah Kelantan FA seri dengan Johor Darul Takzim FC [aku tiru lirik lagu Syukur]. :D

Ucaplah berhati-hati dengarlah sepenuh hati
Ucaplah berhati-hati dengarlah sepenuh hati
Kita hidup di dunia ini santun berbudi bahasa
Kita hidup di dunia ini berbudi bahasa

Sabar bila mahu berbincang
Cakap dengan berterus terang
Dengar dengan fikiran lapang
Jawab dengan hati yang tenang

Hormatilah pada yang lebih tua
Hormatilah juga pada yang muda

Cakap perlu berlemah-lembut
Mudah nanti orang menurut
Apa diucap tidak terbantut
Fikiran tenang tidak serabut

Hormatilah pada yang lebih muda
Hormatilah juga pada yang tua

Dengar dengar dengar kataku
Dengar dengar katamu

Dengar perlu beri tumpuan
Tenang hati buka fikiran
Susun atur semua pandangan
Jangan kabur di simpang jalan

Hormati pada semua yang ada
Mari amalkan nilai yang mulia

“Hidup berilmu di dunia ini, biarlah mengikut resam padi, semakin tunduk semakin berisi agar hidup anda dikenang dan disegani.” Petikan tulisan Saudara Zulkbo dalam entri terkini beliau. Aku setuju. Lagi pun kita orang Melayu kebanyakannya makan nasi yang berasal dari beras dan dari padi.

TehrDemikian kisah 'Dengar Kata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Cik Siti says:

    wah… nak buat lirik…. bagus tu
    Cik Siti baru je tulis kisah Fenomena SimsimiMy Profile

    1. suri says:

      lirik tak reti klu nyi suka2 sy lagi suka he..handal bro tehr klu bijak cipta lirik..

  2. ni serupa,

    i speak, u listen…

    hehehe.
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah wordless wednesday : lulur pengantin mutiaraMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ermm..ada kalanya memang nak kena dengar kata
    tapi biarlah bertempat..kalau di ruangan forum tempat
    pelajar sepatutkan di galakkan berpidato, maka apa
    gunanya? kita pembentang dan kita je yang bercakap..
    tak payah ada pembangkang..maka bercakap dengan
    kucing je la lain kali..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah VIDEO Listen, Listen, Listen, Lets I Speak | FORUM SUARA MAHASISWA UUMMy Profile

    1. suri says:

      kuicng bisa bunyi vokalnya miau2 heeee..setuju pendapat bro..klu payah baik ckp sma dinding heee

  4. dja@sishaza says:

    Wah,selangkah lg ke dpn …blogger berbakat seni nmpknya ni…..

    1. hafizmd says:

      Mmg ada bakat…mana tau ada lirik yg akan didendangkan oleh penyanyi terkenal nanti =)
      hafizmd baru je tulis kisah Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur RasulMy Profile

  5. de engineur says:

    ikut resam padi, semakin berisi semakin tunduk
    de engineur baru je tulis kisah Wordless WednesdayMy Profile

  6. suri says:

    bila sudh lupa kita tak akan meyangka spa diri kita sebenar..

  7. suri says:

    makan madu beralas gula
    bila sihat nampak muda
    orang sekarang tiada budi bicara
    ibarat takut cepat tua

  8. suri says:

    lepaskan jala di atas sungai
    harap dapat ikan yang dihajati
    hidup perlu ikut resminya padi
    makin tunduk makin berisi

  9. suri says:

    sayangnya selasih daunnya dilurut
    makin dilurut hati tambah sayang
    jika cakap main ikut sedap mulut
    kelak hati dilambung dek bayang

  10. papa mifz says:

    oh Kelantan seri dengan Johor yer…baru tau…
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Ketawa RiangMy Profile

  11. hafizmd says:

    Elok sangatlah…makan nasi asalnya padi. Moga dapat diteladani resmi padi =)

    Ambe siap nyanyi lirik ni ikut lagu yg disarankan…mmg kena!
    hafizmd baru je tulis kisah Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur RasulMy Profile

    1. suri says:

      dah kena! cam bro hafiz main tikam2 duit masa zaman aku kecik plk haa… :)

  12. Nadot says:

    semogalah saya sentiasa ikut resam padi walaupun kadang-kadang tak terikut..haiishh :)
    Nadot baru je tulis kisah Romantic Dinner di Little White Cafe, BangiMy Profile

  13. hairulafiz says:

    bro dah boleh jadi penulis lirik ni…
    hairulafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 12 : My Lovely HerosMy Profile

  14. ohcikgu says:

    panas juga isu dengar kata, respect dan listen hari ini ye..

  15. daddydee says:

    Terima kasih atas nasihat yang berguna ini.
    daddydee baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Safety FirstMy Profile

  16. hidup perlu berbudi bahasa
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Sakit mata yang berlarutanMy Profile

  17. Ladfe Amir says:

    paling penting jangan menyampuk dan potong cakap semata2 untuk menang berhujah
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Singgahan Terakhir)My Profile

  18. shameel says:

    ikut resam padi, kita tidak akan lupa diri dan kita tidak akan meninggikan diri. Paling penting kita akan disegani walaupun tak digeruni..
    shameel baru je tulis kisah KOSMO MENGHINA KELANTAN.My Profile

  19. sharafie says:

    ada bkat bro nak jadi komposer..dah upload kt youtube nnt share la yer..hehe
    sharafie baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Lobster Bintulu, SerawakMy Profile

  20. nazray says:

    listen3 la ni, tapi pedas lirik dia, haha
    nazray baru je tulis kisah Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S2 februari ini.My Profile

  21. Ummikami says:

    Salam hormat…

    Negeri Kedah suburnya padi,
    Padi ditanam menjadi beras;
    Berhari sudah ku taburnya budi,
    Budi segenggam di hati ikhlas.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  22. yas says:

    Hehehe…ada bakat bro….silap2 nti ada la yg mintak buatkan lirik lagu…:)
    yas baru je tulis kisah Buat Duit Online – Affiliate Jom Niaga, Kerja Part Time Dari RumahMy Profile

  23. nurmisnan says:

    Yeahh Bola Johor kelantan seri.. weeee…

    Benar tuh brother.. Sabar + tenangkan diri bila berbicara
    agar tidak terluka hari yang mendengarnya..
    nurmisnan baru je tulis kisah Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2My Profile

  24. ummikami says:

    Kuih sagu sungguhlah manis,
    Pasti tak sihat terkena penyakit;
    Lirik lagu penuhlah puitis,
    Berinti nasihat pesona berbangkit.

    Anggerik hutan tumbuh di busut,
    Suara tersekat merbah berbunyi,
    Lirik ciptaan penuh bermaksud,
    Ada bakat bolehlah nyanyi. :D
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  25. titan says:

    aku ni payah sikit nak dengar kata. haha
    titan baru je tulis kisah Isu dengar dan hormat.My Profile

    1. hafizmd says:

      piat telinga nanti kot….hahahaa
      hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #8 Ayam?My Profile

  26. zool says:

    bagus ni. dah siap buat lirik.. boleh hantar kat M Nasir lepas ni
    zool baru je tulis kisah Skuad pemain Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia 2013 di QatarMy Profile

  27. sensasi2020 says:

    Nasi lemah buah bidara,
    Masak sebiji di atas meja,
    Amalan yang berbudi bahasa,
    Jangan tergadai kerana celupar bicara.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.My Profile

  28. LadyBird says:

    pandai cikgu buat lagu, teringt zaman sekolah2 dulu buat lagu motivasi, tp gune lirik lagu yg dah ade di radio.. :D
    LadyBird baru je tulis kisah Kepentingan Pemeriksaan LidahMy Profile

  29. [...] mampu menyelesaikan masalah. Bahasa yang lembut lebih mudah melunakkan hati seperti bicara Cikgu INI. Cumanya, jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan semua mahasiswa [...]

  30. fiezaradzi says:

    pasni leh tgk nama cikgu tehr kat pencipta lagu lah.. hehehe..

    setuju, bila lebih byk ilmu, lebih tunduk kita…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Tips Menghantar Anak Pertama Kali Ke SekolahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun