Dapat Duit Raya

Mr Tehr dapat duit raya selepas seminggu beraya. Terima kasih kepada saudara Titan yang memilih Mr Tehr sebagai pemenang¬†Pertandingan Earncent Review 2011 yang berlangsung di blog http://earncent.com sepanjang bulan puasa lepas. Entri Blogger Kacak Mr Tehr terpilih sebagai pemenang kelima dan akan menerima RM10 + Panduan TNX 2.0 + pengiklanan 180×60 banner di ohcikgu.com selama 1 bulan.

blogger titan cerita pasal duitdapat duit raya
bukan kisah mahu cari penyakit
duit banyak atau hanya sedikit
cerita lain jarang mahu terbit

cerita duit memang cerita biasa
disebut orang di mana-mana saja
tapi duit bukan matlamat utama
yang penting hidup kita sejahtera

Pertandingan review ni sebenarnya 2 dalam 1 bersama Pertandingan Komen Terbanyak juga di blog Earncent dot com. Bahagian ini Mr Tehr tak menang, kalau menang juga, dua kali dapat duit raya. :D Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada saudara Titan dan semua penaja pertandingan.

Khabarnya saudara Titan akan buat pertandingan lagi. Harap-harap Mr Tehr tak akan terlepas nanti untuk menang tempat pertama. Sahabat yang mahu turut serta, rajin-rajinlah jenguk blog beliau, mungkin akan ada pertandingan yang dilancarkan dalam masa terdekat.

TehrDemikian kisah 'Dapat Duit Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. nurmisnan says:

    wahhh… dah besarpun dapat duit rayakan..
    best tuh..

    1. surihatiku says:

      bagi saya separuh blh nak tukar tapak rumah hee..
      surihatiku baru je tulis kisah Tips Mengambil Hati Kawan Tikam BelakangMy Profile

    2. tehr says:

      hehe
      buat bekal nak raya tahun depan

      1. suri says:

        haa..blh gak sb tahun ni punya baju paling besar saiz pernah di buat oleh tukang jahit…
        suri baru je tulis kisah Tips Mengambil Hati Kawan Tikam BelakangMy Profile

  2. Cik Siti says:

    tahniah… dapat duit raya bulan syawal ni… ari tu dapat kad raye… nampaknya boleh belanja ni… hehehehe… :)
    Cik Siti baru je tulis kisah Projek Tahunan Hj Hamzah Bin AwitMy Profile

    1. surihatiku says:

      ct kita kongsi blh tak..huhu..nak kongsi dgn bro thr takut dia tak sudi hiiii
      surihatiku baru je tulis kisah Kellies Castle Bhg IIMy Profile

    2. tehr says:

      cik siti kena la datang rumah
      biskut raya pun ada lagi

  3. Adele says:

    Byk duit raya titan nak bg duit raya kat kita.. :D
    Adele baru je tulis kisah Mari Kembali Ke SekolahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      adele pun dapat gak kan?
      tahniah

  4. surihatiku says:

    cinta nak itupun jika diizinkan heee
    surihatiku baru je tulis kisah Ibarat Mati Hidup SemulaMy Profile

    1. tehr says:

      takleh la
      mak suruh simpan
      nak beli henpon :D

  5. gayahspears says:

    camat hari raya bro Tehr….
    maaf lame x berkunjung… Gayah bz cket…
    wah seronoknya pertandingan ni ya….
    ada yg dapat hadiah dan duet raya…
    Gayah ni da lame sepi dlm dunia blog so xtahu ade pertandingan..hahaha
    ape2 pon tahniah kpd semua pemenang
    gayahspears baru je tulis kisah Di sudut lubuk hati~My Profile

    1. tehr says:

      jemput singgah, gayah
      duit raya + biskut raya ada lagi ni :)

  6. ohcikgu says:

    tahniah kepada semua pemenang. Dapat duit raya. Leh le shopping lepas nih. hehe

    1. tehr says:

      simpan, cikgu
      buat belanja raya tahun depan :D

  7. zik says:

    tahniah bro teh…. rezeki duit raya….
    zik baru je tulis kisah Sajak: kota kemerdekaan yang dibinaMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya dah lama sangat tak terima duit raya
      huhu

  8. Cha'on says:

    untung la dapat.. tahniah.. bila dah menang baru la rasa yakin nak masuk kontes lagi..

    1. tehr says:

      suka2 masuk kontes
      kalau menang lagi la suka :D

  9. dnoBiz says:

    Wah best tu
    Ramai yang bakal dapat duit raya dari Titan lepas ni..
    dnoBiz baru je tulis kisah Cukai Perkhidmatan Prabayar – Kenaikan atau Pengembalian cukai perkhidmatan untuk Prabayar ??My Profile

    1. tehr says:

      aku, kalau dapat hari2 pun suka :D

  10. bEe says:

    Wah
    Cikgu dpt duit raya :-)

    Tahniah :-)

  11. titan says:

    leh la belanja aku pas ni. haha..
    titan baru je tulis kisah Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.comMy Profile

  12. akubiomed says:

    Tanniah kepada bro Tehr. Sekarang ini bro Tehr semakin kacak :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Komentar yang mesra di blog AkuBiomed bulan OgosMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun