Dahulu Dan Sekarang

dahulu dan sekarangdahulu dijajah sekarang dah merdeka
dahulu susah sekarang makin papa

dahulu bodoh sekarang sudah bijak
dahulu gelojoh sekarang makin tamak

dahulu bukit sekarang sudah rata
dahulu sakit sekarang makin luka

dahulu buta sekarang sudah nampak
dahulu buka sekarang makin rabak

dahulu jarang sekarang sudah rapat
dahulu jalang sekarang makin jahat

dahulu bubu sekarang guna pukat
dahulu keliru sekarang makin sesat

dahulu… sekarang… ?…

Harap-harap tiada yang marah, geram dan ambil hati dengan entri ini. Saya faham bukan semua keadaan dan kehidupan masyarakat kita seperti apa yang saya catatkan di atas, hanya sebahagian sahaja. Dan yang sebahagian itulah yang mahu kita fikirkan dan ubah bersama-sama agar kita akan bersama-sama pula mengecap nikmat hidup yang lebih baik nanti. Tak salah mengharap, kan? Kerana kita mempunyai hak untuk memilih dengan segala pilihan yang ada.

TehrDemikian kisah 'Dahulu Dan Sekarang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. kaizen says:

    itulah Malaysia… hehehehe

    p/s: aku tag bro dalam contest penulis senja terakhir, hoho
    kaizen baru je tulis kisah PeNuLiS SeNJa TeRaKHiRMy Profile

    1. tehr says:

      malaysia kita

      tag? nanti aku terjah :D

  2. ghost writer says:

    nampaknya tiada yang berubah..malah makin teruk lagi adanya..

    dulu berlagak sekarang makin banyak lagak.
    ghost writer baru je tulis kisah shot meMy Profile

    1. Ismail N says:

      perubahan patut datang dari diri kita sendiri :D Hidup yang kawe kenali adalah “jangan harapkan org lain buat utk kita”.. it won’t work and it will never work. :
      Ismail N baru je tulis kisah Chelsea 0 Man Utd 1My Profile

      1. benjy says:

        dulu MU tak kuat leverpool yang kuat … sekarang ni MU kuat LFC pula entah apa2 … MU pakai bomoh siam tu … hehehehe
        benjy baru je tulis kisah KETAGIH DARAH EMAS – 18 SXGMy Profile

        1. tehr says:

          tak main la bomoh2 ni, bro
          MU memang best tahun ni
          hehe

        2. Ismail N says:

          Bab2 masuk citer MU ni yg seronok.. Dulu (90-an) MU kuat, sekarang (2011)..eh eh .. masih kuat lagi laaaa… :D
          Ismail N baru je tulis kisah Melentur Buluh Biarlah Dari RebungnyaMy Profile

      2. tehr says:

        yups,
        apa yang penting kerja sama

    2. tehr says:

      harap2 akan lebih ramai mahu berubah ke arah lebih baik

      1. Mus says:

        kalau nak berubah.. biar tetap.. jangan hangat-hangat tahi manok (ayam)
        Mus baru je tulis kisah Gambar Sekitar Pulau Bruit – Kering KontangMy Profile

  3. mappiau says:

    setuju dengan tehr, setuju dengan ghost writer
    mappiau baru je tulis kisah Jom La Jengok Blog Member Kite Nih -My Profile

    1. tehr says:

      bagus3x :D

  4. adele says:

    selain dr kita, kerajaan juga main peranan..baik kerajaan, baik rakyat.. baik bapa, baik anak-anak..baik suami, baiklah isteri..

    1. tehr says:

      hidup berbaik2, adele
      semua mesti jalankan tanggung jawab

      1. suri says:

        cam ibu bapa..kena jnkan tggjwb kat anak2..bila ank2 dah bsar mrka juga ada tgjwab pd ibu bapa mrka walau mrka dah kwin hee..

        ek..larilah topik ku ni huuuuu :(

  5. padin says:

    dulu pelajar boleh tahan
    tapi sekarang dah macam makin kurang ajar.. entahla huu

    1. tehr says:

      lebih baik pelajar hormat berbanding dengn pelajar takut, bro
      kesan jangka panjang akan lebih baik lagi

      1. Ismail N says:

        kita kita la pelajar2 yg hormat guru tu dulu kan bro.. :D
        Ismail N baru je tulis kisah Melentur Buluh Biarlah Dari RebungnyaMy Profile

  6. suri says:

    selagi ada daya kita berhak memilih..baik khdupan..mahu perjalanan kerja smua yg dipilih ada baik dna buruknya :)

    1. tehr says:

      kita pilih, kita buat dan kita perlu bertanggung jawab
      begitu kan, suri :D

  7. dyea says:

    tp sy suka yg dahulu….lebih dr sekarang
    dyea baru je tulis kisah Aku Masih Dara versi AmenoMy Profile

    1. tehr says:

      mesti ada kenangan yang mengusik jiwa ni
      kan, dyea? :)

  8. benjy says:

    dulu aku kurus sekarang gemuk … dulu aku bujang sekarang dah kahwin, … cerita dulu2 baik juga, kerana tak der dulu tak derlah sekarang … sejarah dahulu memberikan kita ilmu dan mendewasakan kita … tahniah kepada dulu2 …
    benjy baru je tulis kisah KETAGIH DARAH EMAS – 18 SXGMy Profile

    1. tehr says:

      kisah dulu2
      yang baik kita jadikan teladan
      yang buruk kita jadikan sempadan

  9. mie says:

    pening dengan dunia sekarang..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Air Terjun Kampung Perigi Dalam Filem CUNMy Profile

    1. tehr says:

      adakah kerana dunia tanpa sempadan semakin sempit
      atau kerana dunia semakin laju, mie?

      1. mie says:

        semuanya ada kemungkinan…
        heheheee
        mie baru je tulis kisah Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011My Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    manusia yang baik..
    seandai melakukan kesilapan
    kembali ke pangkal jalan
    bertaubat…kalau asyik buat
    salah..tak tahulah..susah nak
    cakap orang sebegitu..
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Tiruan Dari China Cara Membuat BergambarMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      betul tu, zul
      sesekali gear reverse pun perlu guna jugak :D

  11. Norgadis says:

    Dulu pelajar hormat guru
    Sekarang pelajar buat tak tau
    Norgadis baru je tulis kisah Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILAMy Profile

    1. tehr says:

      dulu guru selalu ceria
      sekarang pula pening kepala

      1. Norgadis says:

        betul betul betul…

  12. Waktu sekarang dh lain…hehehe
    azhar@Shed Plans baru je tulis kisah Garden Sheds – Tips for Building a Garden ShedMy Profile

    1. tehr says:

      apa yang dah lain tu, bro?

  13. sud@is says:

    dulu murid2 takut kepada rotan
    sekarang nmpak rotan buat x nampak

    leih kurang pulak tajuk..
    sud@is baru je tulis kisah Dulu KiniMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang guru-guru pula yang takut nak merotan :D

  14. MDHAFiZ.NET says:

    selamat pagi jumaat cikgu…
    dahulu dan sekarang banyak bedanya…
    semakin layu..dan terus layu…

    1. tehr says:

      itulah sebabnya kita perlu segera siramkan air
      sebelum semuanya mati kekeringan
      hehe

  15. akubiomed says:

    Walaupun secara fizikal kita sudah Merdeka dari penjajah tapi mental rasanya belum lagi kalau kita terbaca apa terpampang didalam akhbar dan media masa.

    Banyak lagi perkara yang kita perlu me-merdekankan diri kita

    1. tehr says:

      paling sedih kalau ada yang sengaja membenarkan diri dan fikiran dijajah

  16. Cik Siti says:

    dulu lain sekarang lain dulu bujang sekarang dah kahwin…
    tetiba teringat lagu Dato’ SM Salim…
    Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman yang mendebarkanMy Profile

    1. tehr says:

      lagu best ni, cik siti :D

  17. Mus says:

    dulu dan sekarang mmg banyak bezanya..
    dari aspek merdeka..
    ada juga yang masih dijajah..
    penjajahan dari pelbagai cara
    Mus baru je tulis kisah Gambar Sekitar Mukah – Buah EngkalaMy Profile

  18. dnoBiz says:

    hakikat yang tak ramai mampu menerimanya
    dnoBiz baru je tulis kisah Gambaran kiamat menurut Al-QuranMy Profile

  19. toyol says:

    dahulu ada macam2..
    sekarang pun macam2 jg..
    hehe..

    emm..
    kdang2 rasa nk kembali smula ke zaman silam..
    toyol baru je tulis kisah IMPIANMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun