Masa kecil-kecil dulu selalu juga dengar ayat orang-orang tua bila memarahi anak cucu, “Dah berbuih mulut aku cakap. Kenapa tak nak dengar? Telinga kau pekak ke?” Agaknya kalau sempat dihitung jumlahnya, mungkin sebanyak 2656470 kali. Sebab tu sampai berbuih mulut mereka berleter, marah serta memberi nasihat. Semuanya kerana mahu anak cucu selamat dunia dan akhirat.

dah berbuih mulut pun orang tak endah
agaknya kamu beritahu perkara salah
banyak kali cakap pun tak masuk telinga
rasanya kamu guna cara yang tak kena
berpuluh nasihat pun orang tak dengar
jangan-jangan katamu itu tidak benar
beratus teguran pun tak siapa peduli
cubalah pula perbetulkan diri sendiri
beribu kali cakap pun orang tak ambil tahu
mungkin juga mereka itu tidak bersetuju
berjuta kali pun masih juga tak dihirau
benarlah kamu sedang berbuat kacau
Betullah kata orang, nak bagi nasihat pun perlu ada caranya. Nak menegur juga perlu berpada-pada. Pandang kiri kanan dulu. Tengok dahulu siapa yang mahu ditegur, budak lelaki atau budak perempuan. Orang tua atau orang kurang upaya. Depan orang ramai atau tempat tak ada orang. Kalau yang ditegur tu buat tak kisah je, mungkin dia jenis yang tak makan saman. Atau mungkin juga cara menegur tu yang tak kena. Kan? Nak menegur tu kena la bermanis muka, senyum sampai ke telinga. Kalau muka macam cokodok basi, siapa pun payah nak peduli. Kan? Kan?
Aku tengah geram dengan spam ni.
Post Berkaitan:
Akupun geram dengan spam ni, tapi nak buat apa… sabar je lah.
makin hari makin banyak ni, nor
buat geram je
tu tandanya blog ni dah dapat perhatian daripada pemburu Backlink… awas heheheh
dnoBiz recently posted..Isteri Muda – Tuah Tok Imam dapat isteri Muda
kena pantau sebaiknya..
Mus recently posted..Hai, Orang Tawau!
tamparkan aje spam-spam tu. hehe..
ohcikgu recently posted..Perbarui lesen memandu mengikut tarikh lahir. Bagus atau tidak?
haha
kalaulah…
yang ditegur tak makan saman dan yang menyepam makan penampar heheheh
dnoBiz recently posted..Samseng FB – Update yang dah Over date..
sudah lama rasanya tak singgah,
bertandang pula hari “wordless”,
mungkin masa nasihat jangan pakai marah,
avoid people feel like idiot and useless!
Wallahuallam
dinar recently posted..Melabur/simpan EMAS tak dapat dividen macam ASB?
kita hanya cuba berusaha sebaik mungkin
kalau berjaya, syukur
kalau tak berkesan, nak buat macam mana, kan?
hehe kalau nombor gitu, memang dah betul tu,
dah berjuta kali aku spam….
padin recently posted..Pertanian Menguntungkan
mereka ni memang rajin kalau buat kerja menyusahkan orang
Semua benda ada ilmu dia kan cikgu? Pantun matematik tu pun cantik ler…

Abgreds recently posted..Cantik! Tak perasan cantik!
betul3x
nak terangkan hal kosong perlu ada ilmu
salam..
ermm..biar berbuih mulut
bercakap asal tak letih..he he
ada orang cari makan dengan
bercakap..tak boleh bercakap
ibarat tak boleh makan la keluarganya
zulkbo recently posted..Belalah Kucing Dari Bela Badak Air
salam kembali
yang cari makan dengan cara berdiam diri pun ada agaknya
Biasalah serangan spammer ini sentiasa menganggu kotak komen blog. Serahkan kepada plugin anti spammer untuk menapiskannya.
akubiomed recently posted..Mat Rempit Thailand yang inovatif
kadang2 ada yang terlepas, bro
dekat blog ni tak sampai tahap parah lagi
Banyaknya no tu bro…boleh pi tikam nih…hahaha
yas recently posted..Wordless Wednesday ~ Tayar Pecah
ni kena tikam no kepala ni, yas
sebab banyak sangat
cekodok basi tu menu baru ke … hehehe tak boleh bayangkan muka dah bertukar jadi cekodok basi …
b3njy recently posted..TAK DER MASA BERSENAM
menu lama, bro
sebab tu la basi
huhu
Pantun 2 kerat :
Sepak bola tanduk bola,
Memang SPAM tu tak makan saman la …
b3njy recently posted..TAK DER MASA BERSENAM
sambut bola tendang bola
memang spam ni nak kena
selalunya dorang cuma ckp da berbuih je..xde la sampai dorang kuarkan amaun sebanyak tu..huhuhu..da bleh wat no tepon la plak :p
spam? chii pun kena gak..hari2 ada je.
hehe
019 2656470 boleh la sapa2 nak call
sebelah malam je
tegur sampai dah macam kena sawan gamaknya.haha.
ghost writer recently posted..catatan pertama
haha
kalau dah banyak ni teguran
aku kata bukan yang ditegur tak betul
yang menegur tu sebenarnya tak betul
iyalah.. yang mengegur pun kena tgk tempat juga
jgn marah depan org ramai. malu dia. Kalau menegur
budak lelaki ada caranya.. Silap tegur lg naik minyak..
buat dek jer diorang..
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #21
betul3x
silap silap tegur
dahi kita bertelur
kan? kan?
aku tak mao baca dulu tapi terus komen bila baca komen bi buat suri gelak hiiii
surihati_ku recently posted..Snake Massage Anyone !
haha
apa2 hal pun, kita gelak dulu!
saya geram..kita ingt komen org baru upanya spam mmg sakit hati..rasa nak lempang jer..
surihati_ku recently posted..Tersorok Di Sebalik Tangan
hati2, suri
jangan terlempang skrin notebook dah le
jaga – jaga, Suri ni ada ilmu kungfu, hahahh

padin recently posted..MyEG
lemopang laptop tak rasa nak lempang org buat dajak tuh huhu..
surihati_ku recently posted..Snake Massage Anyone !
spam tu asam garam dalam network and security
ciksembang recently posted..Wordless Wednesday #8 Biawak berlaga
asal jangan terlebih asam garamnya, cs
kalau lebih, memang tak sedap la
haha…bunuh sama itu spam

Pacifista recently posted..Soalan Bocor SPM, Soalan Ramalan SPM
sekat dengan plugin anti spam
hehe
kejam ..tak mau hukum gantung ker..?
surihati_ku recently posted..Adni Kau Pergi.. Part III
Mungkin ‘dia’ itu terlalu fobia dengan nombor. hehe.

Hadi Rofiee recently posted..Visi dan Misi Blog hadirofiee.com
memang salah seorang kaki nombor ni, hadi
spam memang menyakitkan hati..
nak menegur pun tgk dulu lah.. kdg2 kita tak minta nasihat, tp ade pula yg sajer2 rajin nak beri nasihat..
kakyong recently posted..Shahz Jaszle dalam Jangan tidur lagi – 20 Nov 2011
semua perlu berhemah kan, kakyong?
betol2..kena tegur bia kena dgn cara n gaya org tersebut..lain org lain penerimaannya:)
alexa yussida recently posted..separate ur thoughts from the situation…
memang, lain padang lain belalangnya
kadang2 org yg suka spam ni perlu bagi pelempang. Tu jenis teguran jugak, walaupun agak brutal.
shameel recently posted..Orang Bukan Islam Tak Semestinya Masuk Neraka
kalaulah…
hehehe siapakah yang begitu hebat mampu menghitung dan menyebut ayat yang sama sebanyak kali??
psst.. Tehr, jom kenal dengan bintang 2011 http://puteri88.blogspot.com/2011/11/bintang-paling-popular-2011-lembu.html
puteri recently posted..bintang paling popular 2011: lembu
*sebanyak 2656470 Kali
puteri recently posted..bintang paling popular 2011: lembu
orang gila nombor ni, puteri
dah berbuih mulut pun orang tak endah
itu tanda orang dah tak mau kesah
banyak kali cakap pun tak masuk telinga
chek diri sendiri kat mana tak kena
tak semua orang atas betul
tak semua orang bawah salah ( tak seirama plak)
sud@is recently posted..Kenduri Kahwin
haha
semua kena pikir2kan
kalau yang menegur tu jenis sebarangan takut nanti bukan yang di tegur tu tak makan saman tapi yang menegur tu makan …….

dnoBiz recently posted..Hala Tuju Kerjaya – Tentukan hala tuju Kerjaya melalui kekuatan Diri
makan apa tu, dno?
spam memang tak boleh terima nasihat…ia akan berterusan juga sampai bila2….huhu
spam skrg semakin bijak..mcm betul2 kena dgn topik apa yg dicakapnya tu..fuh, boleh terkena!
adele recently posted..AMNF di UNISZA, Terengganu
ya la, adele
kadang nampak macam betul je komen dia
dia ada pakai software khas.. boleh tembus ke komen.. itu yang susah tuh…
zik recently posted..Wahh, check keputusan UPSR dengan sms jer!!!
ooo terpaksa la kita terima je
memang tak terlawan tu
tegur ade byk cr kan cikgu..
kalau org garang..kene berlembut..
tp ade jugak org garang kene tegur garang..
sebab lembut die wat dhek jerk..
LadyBird recently posted..Ujian Allah Itu Indah
pulak
ada juga macam tu rupanya
aku dah penat dahhh..lantaklah apa nak jadi dengan spam tu. bila nak insaf..
titan recently posted..Komisen ke 11 dari Innity
aku juga dah penat, bro
tapi gagah juga aku buang sebab semak mata nengoknya
owhhhh
mrhkan pakcik n makcik spam yer
geramkan dgn mereka ni
bEe pun buhsan dgn spam grrrrrrr
burung tempua membuat sarang
balik rumah asah parang
spam ni menyusahkan orang
sudah-sudah lah mengenakan orang
Ikut rombongan meminang kiah
membawa dulang bakul pun ada
berbuih mulut tak diendah
marah jugaK geram pun ada
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
diy paint protection film
azli.afzainizam recently posted..Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
spam.. aku pun sama..
kalau spam jual di supermall tu.. memang dah haram..
spam ni mmg menyakitkan hati
Mus recently posted..Lobster Gergasi Tarikan Baru Di Pitas