Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

Hari ni cuti. Sempat aku rembat lappy isteri kejap. Kalau ikut kebiasaan, pagi hari Ahad macam ni kami ada perhimpunan di sekolah menyanyi lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah. Lepas perhimpunan, ikut kebiasaannya aku akan terus je masuk kantin yang kebetulan bersebelahan dengan tapak perhimpunan untuk makan nasi kerabu. Hari Ahad kantin kami ada resepi nasi kerabu. :D

siram bunga di dalam pasu
bunga kembang di taman seri
bersarapan pagi nasi kerabu
sudah kenyang senanglah hati

Cuti hari ini sebenarnya sebagai ganti Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhamad Ke-V, Tuanku Muhammad Faris Petra yang sebenarnya jatuh pada 11 dan 12 November [Jumaat dan Sabtu.] jadi cuti hari ni kira ganti untuk hari Jumaat sebab hari Jumaat memang hari cuti di Kelantan. Sebelum ini cuti keputeraan jatuh pada 30 dan 31 Mac setiap tahun.

bertiup bayu di pagi hari
sinar suria menerangi angkasa
daulat tuanku sultan negeri
dilanjutkan usia aman sejahtera

Notebook aku belum dapat digunakan lagi walau pun aku sudah membeli HDD 320GB dengan harga RM253 semalam di PC Depot. Memang mahal dan naik harga. Masalahnya bukan HDD sahaja yang rosak, mungkin juga melibatkan kerosakan motherboard. Windows dah install tapi operasinya tak mahu sempurna. Asyik nak mati dengan sendiri je. Huhu. Memang nak kena beli lappy baru la…

kucing tiga beranak
bulunya ada kutu
payah nak nampak
blogger mati kutu

Ada sesiapa yang guna Acer Aspire One ke. Prestasi Aspire ni macam mana? Ok ke? Aku ingat nak beli yang ni je kerana kecil dan senang nak bawa. Lagi pun ianya murah. :D

TehrDemikian kisah 'Cuti Keputeraan Sultan Kelantan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku…
    Dirgahayu Tuanku SUltan Kelantan…Sultan berjiwa rakyat..satu2nya Sultan yg pernah saya lihat berjubah ke masjid..menjadi imam kpd rakyat jelatanya…

    wlupun sy bukan org Kelantan..namun pantang Melayu derhaka kpd SUltan…
    “Sultan alim Sultan disembah…Sultan zalim sultan disanggah. ”

    Daulat Tuanku…
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Malaysia Vs Cambodia 2011 (2011 SEA Games Indonesia)My Profile

    1. b3njy says:

      Wah ! … patrotik betu Broo … ni cayalah ..
      b3njy baru je tulis kisah PR PUNYA CERITAMy Profile

    2. tehr says:

      daulat tuanku

  2. aih, tema kutu lagi ke? haha..

    hepinyer cuti.. sesak la jalan ke kb mall arini kan?

    rain lak debar, esok rain exam haha
    rainbowcloudy baru je tulis kisah psikologi | sifat ularMy Profile

    1. b3njy says:

      Harap berjaya dalam exam … ni ada satu tip nak bagi kalau tak tahu jawapan angkat tangan … bila guru pengawas datang minta dia jawapan … mesti dia bagi punya … cubalah … hehehe
      b3njy baru je tulis kisah PR PUNYA CERITAMy Profile

      1. tehr says:

        tips terbaik
        rugi juga aku tak pernah guna dulu :D

    2. tehr says:

      selamat menempuh peperiksaan, rain
      moga2 berjaya dengan cemerlang

  3. yas says:

    Selamat hari keputraan bagi rakyat dan sultan kelantan…
    mahal gak rega hdd tu ye bro…kalau nak ganti lappy baru tak rugi ke hdd yg baru beli tu?
    yas baru je tulis kisah Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora StarMy Profile

    1. b3njy says:

      Harap Cikgu boleh jadikan HDD giveaway bila beli lappy baru … amacam setuju tak cikgu ?
      b3njy baru je tulis kisah PR PUNYA CERITAMy Profile

      1. tehr says:

        cadangan baik tu, bro
        tapi lappy aku dok tengah pening ni
        huhu

    2. tehr says:

      tak rugi juga, yas
      boleh nanti buat backup data
      tak pun buat simpan drama korea :D

  4. surihati_ku says:

    saya tak tahu gak psal pc ni masa beli tnyer along huu..sy pakai aspire 4736z ni tak smpi seribu huhu okar tu..

    bro tehr kena byk server harga mana thu blh dpt murh lagi hiii
    surihati_ku baru je tulis kisah Muzium Mumia Yang NgeriMy Profile

    1. b3njy says:

      Yer ke tak sampai seribu … hehehe rasa nak beli lah nanti bila dapat bonus 10 bulan gaji (mimpi je)
      b3njy baru je tulis kisah PR PUNYA CERITAMy Profile

    2. tehr says:

      yups, ada kawan kedai kom nak bagi rm900 je

  5. surihati_ku says:

    selamat bercuti pada bercuti nnti..blh pi jln2 jauh sikit dri hari biasa heee..
    selamat hujung mggu bro tehr
    surihati_ku baru je tulis kisah Licin Bukan SebaranganMy Profile

    1. tehr says:

      cuti, tak ke mana2 pun
      dok pening dengan kom rosak ni
      huhu

  6. b3njy says:

    Rasanya ok kot … kita kenala berjimat cermat beli yang murah tetapi keperluan sama.
    b3njy baru je tulis kisah PR PUNYA CERITAMy Profile

  7. chii says:

    selamat cuti2…lagipun x lama je nak sekolah kan. khamis da last…

    acer aspire? ok rasanya. sebab dulu ayah guna acer gak
    chii baru je tulis kisah Apa ada pada 11 November 2011My Profile

    1. tehr says:

      ramai juga kawan yang guna aspire ni
      tu yang dok cadang tu sbb hanya rm900 je

  8. padin says:

    huhuh kalau tanya aku hal gadget ni, berapa peratus je aku paham,
    asal saja cantik, mampu bayar dan sesuai dengan penggunaan aku, tangkap terus ekekee
    padin baru je tulis kisah Penyuntik SemangatMy Profile

    1. tehr says:

      tips terbaik tu
      asal berkenan dan sesuai dengan kita

  9. ciksembang says:

    acer dikatakan notebook yang manja.. sy prefer yg agak robust spt dell, toshiba
    ciksembang baru je tulis kisah Tips dapat anak perempuan Siri 2My Profile

    1. tehr says:

      betul
      ramai yang kata macam tu
      isteri saya guna dell

  10. zulkbo says:

    salam..
    selamat bercuti Bro..
    alang-alang terus
    sampai cuti sekolah je
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Malaysia Juara Hoki Piala Johor Mengalahkan Australia 3-2My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang seminggu lagi kami akan bercuti
      tapi nampaknya kerja yang perlu dibuat membawa ke masa cuti juga

  11. ohcikgu says:

    kalau rosak motherboard..tu masalah besar tuuu..
    ohcikgu baru je tulis kisah Persediaan Peperiksaan Pegawai AntiDadah S41My Profile

    1. tehr says:

      lappy dah boleh guna ni
      mujur juga motherboad tu tak rosak

  12. shameel says:

    Islam DiJunjung. Raja DiSanjung, Rakyat DiPayung.

    paling hebat… Daulat Tuanku diganti dengan Allahu Akbar

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      moga2 baginda sentiasa beroleh kebahagiaan

  13. sud@is says:

    no 1 tanya pakar
    2 mampu milik
    3 berkenan
    4 kira ok…jadi
    sud@is baru je tulis kisah Rasa Macam Aku PunyaMy Profile

    1. tehr says:

      belum jadi beli :D
      syukur juga lappy ni masih dapat diselamatkan dengan bantuan rakan

  14. akubiomed says:

    Tukar sahaja kepada tablet pc tidak perlu bimbang mengenai hard disk. Pada masa akan datang storan semuanya di Cloud
    akubiomed baru je tulis kisah Makan Satay di Bangi bersama adik beradik KoningMy Profile

    1. tehr says:

      sedang pasanghajat juga ni, bro
      tapi, tu la… tak tahu bila nak tercapai :D

  15. agak mahal tu HDD tu..kalau ikut pengalaman, brand acer ni tak tahan..senang sangat rosak..member-member pakai pun gitu.
    blackrosehunter baru je tulis kisah Simptom Kanser yang Selalu Diabaikan.My Profile

  16. Sultan Kelantan sangat prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy hydro fuel system kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  17. Pacifista says:

    agak2 johor boleh amik cuti tak? :P
    Pacifista baru je tulis kisah Soalan Bocor SPM, Soalan Ramalan SPMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun