Cuti Dah Habis

logo ukmSalam dan selamat pagi kepada semua. Sempat mendengar sedikit berita di TV3 malam tadi rupanya ada acara berbalas pantun telah berlangsung. Keputusan pertandingan berkenaan ialah Kelab Pengajian Melayu mengalahkan Kolej Antarabangsa Ibu Zain dalam Pesta Pantun UKM 2011.

Acara ini sebenarnya telah bermula sejak 12 Mac dan berakhir pada 14 Mac 2011. Walau pun tidak dapat menontonnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para peserta dan pemenang.

Tiga daerah hidup bersama
Di bawah payung negeri Melaka
Negeri bersejarah penuh cerita
Ke anak cucu pastikan tak lupa

Bukan datang sembarang datang
Saya datang dari Labuan
Bukan pandang sembarang pandang
Sekali pandang hati tertawan

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Siti dan Norgadis kerana pantun mereka berdua telah terpilih. Dua rangkap pantun mereka telah saya sisipkan di ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat seperti dijanjikan. Sekali lagi tahniah dari saya.

turun ke tanah jemur belacan
sebelum senja jangan dilupa
ucapan tahniah saya ucapkan
tapi hadiahnya tiada apa-apa

Hehehe

TehrDemikian kisah 'Cuti Dah Habis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

    1. tehr says:

      cuti 9 hari kejap je rasa
      banyak kerja sedang menunggu tu
      hehe

      1. Ismail N says:

        9 hari tak cukup? He he.. bro mahu brp hari lagi ni? Org2 keje swasta tu dah tarik muka.. he he.. :D

  1. mie says:

    Kini kesibukkan mengajar kembali lagi..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Cenderahati Dari Pulau LangkawiMy Profile

    1. tehr says:

      macam ni la sampai pencen, mie
      kerja2 :D

      1. mie says:

        susah2 dulu..
        senang2 kemudian..
        ehehee
        mie baru je tulis kisah Doakan Kesihatan Alim AzimMy Profile

  2. kaizen says:

    ngeh3… dah habis cuti ye bang? hoho

    kang aku lak yg cuti! hahaha
    kaizen baru je tulis kisah PeRaNG Di LiBYa NeCeSSaRY- LeGaL aND RiGHT!My Profile

    1. tehr says:

      kalau cuti lama2
      hilang pulak semua buku budak2 tu :D

  3. ghost writer says:

    selamat kembali untuk mendidik anak bangsa Tehr…
    ghost writer baru je tulis kisah black smokeMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      tugas yang tak akan habis sampai bila2

  4. akubiomed says:

    Untung sudah dapat cuti yang confirm tiap-tiap tahun. Ini hendak memohon cuti pun susah.

    1. tehr says:

      kelebihan jadi guru ni macam tu la, bro
      cuti dah ditetapkan musimnya
      cuma… kekadang dalam cuti juga perlu selesaikan kerja

  5. Mus says:

    pesta pantun ni kena buat selalu.. biar anak-anak terdedah dari awal..
    takut bila dah besar nanti.. tak tahu nak beza mana, pantun, syair dll
    Mus baru je tulis kisah Deruan Ombak Di Batu Payung – Tinagat Di TawauMy Profile

    1. tehr says:

      saya setuju
      perlu buat selalu dan hebahkan
      lagi elok disiarkan dalam tv atau radio

  6. Ismail N says:

    Bro, sure teringin nak masuk pertandingan pantun tu kan? He he..
    Tahniah pada yg menang! termasuk MU malam tadi :D

    1. tehr says:

      masuk pertandingan?
      pasti saya gagal
      hahaha

  7. yas says:

    Hehehe…esok jalanraya kompom penuh lagi..tp tak ler sesesak masa cuti raya cina hrtu…
    Apepun selamat kembali bertugas cikgu…
    yas baru je tulis kisah Bila cuti sekolahMy Profile

    1. suri says:

      kembali bekerja semua :) utk hari isnin besok..

    2. tehr says:

      pastinya akan penuh, yas
      harap semua pengguna jalan raya berhati2
      hujan tak menentu sekarang ni

      1. yas says:

        Citer pasal ujan…baru je ade sentuh sikit kat entri baru…hehehe
        yas baru je tulis kisah Bila cuti sekolahMy Profile

        1. tehr says:

          kat sini juga masih hujan sekali sekala

  8. suri says:

    rasa dah cuti malas pula mau bekerja..huu

    p/s mgu ni suri mmg letih gila2 hu…

    1. tehr says:

      pagi tadi paling lewat bangun, pelik je
      haha
      nasib juga sempat punch, tak kena dakwat merah :D

  9. Norgadis says:

    Terima kasih kerana sudi memilih pantun saya yang tak seberapa tu. Esok sekolah dah bermula, sibuknya… saya pula esok kena buat perbincangan nak buat kertas kerja aktiviti Perwila… Apa pun selamat bertugas kembali…
    Norgadis baru je tulis kisah Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011My Profile

    1. tehr says:

      suka dengan pengulangan kata tu
      rasa memang kena benar :D
      tahniah

  10. Cik Siti says:

    bermula semula hari yang sibuk…. kepada yang dah cuti lama tu…. selamat bertugas…. kepada anak-anak selamat kembali ke sekolah….

    *Terima kasih sudi menempatkan pantun saya sekali lagi….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenapa Mat Moto pakai jaket terbalikMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 cik siti
      terima kasih juga kerana sudi memeriahkannya

  11. zulkbo says:

    Salam..
    ermmm..tahniah pada
    pemenang..adehhh
    terlepas lak..he he
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah GOODBYE For NowMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      cuti dah habis, zul
      projek kat kampung tu bagaimana, bagus?

  12. zik says:

    cepat betul masa berlalu… tup2 cuti sekolah pun dah habis… huhu
    zik baru je tulis kisah Live blog Gambar Bulan Supermoon- di flat kuMy Profile

    1. tehr says:

      tup2 kerja pun berduyun2 datang :D

  13. [...] hari isnin, mungkin hari ini ialah hari baru bekerja atau bersekolah setelah seminggu bercuti sapa yang kerja cikgu [...]

  14. toyol says:

    wah..
    seronokkan jd cikgu ni..
    budak2 cuti, cikgu pun turut cuti..
    hehe..

    TK mmg xleh jd cikgu, sbb bengkeng sangat..
    kang x pasal2 budak2 xmau masuk kelas terus..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah PERMATA YANG HILANGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun