Cubaan Ceroboh Blog

Cubaan untuk menceroboh blog ini memang telah berlaku sejak dahulu tapi tidaklah teruk sangat kerana blog ini hanyalah blog picisan sahaja. Tetapi bermula 12:27 tengah hari Khamis dan berterusan hingga 01:11 pagi Jumaat sebanyak 71 kali blog Tehramuan.Com ini cuba diceroboh. Memang gigih makhluk Allah ini mencuba. Mujur juga tidak berjaya.

This notice is to inform you that someone at IP address 184.95.40.xxx tried to login to your site “tehramuan” and failed. The targeted username was admin. The IP address has been blocked for 10 minutes.

Aku ni sebenarnya tidak juga pandai dan tahu banyak bagaimana mahu melawan hacker ni. Cuma apa yang aku boleh dan buat ialah menggunakan kata laluan yang agak-agak sukar dikesan. Lagi satu aku guna plugin Login LockDown. Malangnya plugin ini sudah dikeluarkan dari senarai plugin dalam WordPress.

Satu rangkap pantun dari Tehramuan.Com untuk mereka yang suka menceroboh blog orang lain. Tapi aku percaya mereka tidak akan pernah mahu mengerti perasaan kita. Mereka memang buta hati dan perasaan!

Mengapa lembu mahu ke bandar,
Bukankah bagus meragut di situ,
Mengapa mahu berbuat onar,
Bukankah bagus sama membantu.

Plugin Better WP Security yang turut digunakan oleh Jebeng Otai nampak bagus juga. Atau korang ada cadangan bagaimana mahu menjaga blog dari diceroboh?

TehrDemikian kisah 'Cubaan Ceroboh Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. Tandanya blog ni makin kacak ehhh.. Ramai yyg minat nak hack!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Top 8 Tips For Building A Great Website!My Profile

    1. tehramuan says:

      entahlah, bro
      kalau setakat nak belajar tulis pantun, tak perlu hack pun boleh belajar
      tak ada rahsia apa2

      1. hafizmd says:

        entahnye…pantun lembu yg cikgu bagi tu mmg best!
        hafizmd baru je tulis kisah Keropok Keping & Malaysia vs IndonesiaMy Profile

        1. tehramuan says:

          hehe
          lembu pun dah masuk bandar sekarang ni

      2. nk dptkan rahsia utk menulis pantun dgn mudah agknya..hehe
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Komentator Tegar November 2012My Profile

        1. tehramuan says:

          rahsianya ialah… tiada rahsia :D

  2. Norgadis says:

    Adalah yang berminat dengan blog cikgu tu…
    Norgadis baru je tulis kisah Pameran KesihatanMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, nor
      entah bahagian mana yang diminati mereka

  3. nurmisnan says:

    peminat tegar kot.. nak hack pantun cikgu.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      mungkin juga tu

  4. Juan says:

    saya xda pakai plugin apa apa, saya nak pakailah sekarang yg Better WP Security nih, risau jugak
    Juan baru je tulis kisah Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012My Profile

    1. hatiputera says:

      Memang bagus pakai Better WP security tu.
      hatiputera baru je tulis kisah Suzuki Cup 2012 Malaysia Lawan IndonesiaMy Profile

      1. tehramuan says:

        harap2 dapat elakkan blog dari diceroboh

  5. sabar je la. semoga encik tehr akan cari perlindungan yang baik :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah gajah menjadi dua dimensiMy Profile

    1. tehramuan says:

      sama2lah kita cari perlindungan yang terbaik

  6. hatiputera says:

    setting cloudfare. boleh gunakan khidmat eizil network.
    hatiputera baru je tulis kisah Suzuki Cup 2012 Malaysia Lawan IndonesiaMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Assalam and selamat pagi cikgu…memang salah kalau menceroboh masuk rumah orang…inikan pulak blog picisan macam blog saya..
      Harap bersabar ye..moga-moga mereka ini sedar cepat….amin, insyaAllah ^^,
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Warga Emas Berlian Dikarang..My Profile

      1. tehramuan says:

        amin

        satu yang sedar, seribu pula yang baru muncul
        huhu

  7. Norizwan says:

    ramai blogger-blogger lain kena hack…ada orang nak lawan pantun bro ni… :)
    Norizwan baru je tulis kisah Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3My Profile

    1. tehramuan says:

      aku tak kisah kalau semata-mata nak lawan pantun :D
      jangan main taktik kotor dah la

  8. akubiomed says:

    Daripada cubaan hack lebih baik beradu siapa lebih hebat berpantun.:-)
    akubiomed baru je tulis kisah Misi hack blog AkubiomedMy Profile

    1. donnyien says:

      hehe.. betul tu,
      donnyien baru je tulis kisah 6 langkah membantu anda berhenti merokokMy Profile

      1. tehramuan says:

        molek sangat
        aku sedia jadi orang tengah :D

  9. donnyien says:

    Harap-harap tidak berulang, kena pasang sekuriti yang terbaik demi keselamatan blog..
    donnyien baru je tulis kisah 6 langkah membantu anda berhenti merokokMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang itu la yang semoleknya, bro
      kena cari yang terbaik

  10. titan says:

    pagarkan aje blog ituuu..
    titan baru je tulis kisah Sana contest, sinipun contest..My Profile

    1. tehramuan says:

      sedang pasang ni, bro
      pagar kawat duri je
      hehe

  11. hafizmd says:

    Bahaya ni…maklumlah…blog dah jadi tmpat penting dlm hidup..hihi

    Cikgu nak kena pasang pagar yg lebih hebat lepas ni, tp ambe takde cdgn sbb ambe belum lagi pasang…
    hafizmd baru je tulis kisah Nama Anda Ada? Peserta Cabutan Bertuah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      sama2 la kita, bro
      memang kena pasang pagar elok2

  12. papa mifz says:

    banyak gak terbaca percubaan blog nak kena hack nih…bahaya juga yer…nasib ada ambik beberapa langkah keselamatan kan…
    papa mifz baru je tulis kisah Senarai Harga Contact LensMy Profile

    1. tehramuan says:

      bagus tu kalau dah ambil langkah keselamatan
      moga2 sentiasa selamat

  13. Cik Siti says:

    pelik juga…. apa faedah yang diaorang dapat pun tak tahu….
    Cik Siti baru je tulis kisah Hujung Minggu Yang Tidak menyeronokkanMy Profile

    1. tehramuan says:

      mereka ni ada tujuan lain kalau pun tak mahu rosakkan blok kita
      mungkin blog hanya tempat persinggahan je

  14. Pastikan password selalu ditukar dan kekal selamat. Kalau boleh, jangan samakan dengan password untuk website lain. Biarkan unik.

    1. tehramuan says:

      yups, pastikan kekal selamat
      jangan sesekali bagitahu orang lain

  15. azura says:

    blog saya pun selalu kena hack entahlah cikgu kekadang saya pelik, dahla blog asyik kena penalti google, kena hack lak lagi….
    azura baru je tulis kisah Harimau Malaya menang durian crepeMy Profile

    1. tehramuan says:

      macam tu kena ambil langkah keselamatan tu, azura
      kalau rosak semua nanti, merana badan

  16. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya menggunakan 2 verifikasi log in
    salah satunya Google akan hantar
    password melalui SMS ke telefon bimbit
    saya setiap kali saya log in..memang
    selamat :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Sebagai SuamiMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      bagus juga cara yang diamalkan oleh google tu
      memang selamat

  17. Wanayu says:

    Tanda nya blog tuan semakin meningkat naik popular nya..
    Wanayu baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebolehnya tak mahu la popular dikalangan penceroboh
      kan?

  18. Nazri says:

    admin default username.. boleh tahana jugak kalau tak tukar & guna kata laluan yang wordnya ada dalam dictionary
    Nazri baru je tulis kisah Nak Jaga MakMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, bro
      memang mesti kena tukar default username tu

  19. Danial says:

    Amboi. Ada juga orang sanggup menceroboh blog Tuan. Walauapapun, blog ini memang best pantunnya!

    Salam perkenalanan daripada Danial ^_^

    Blogger baru.
    Danial baru je tulis kisah 33 Langkah Bina Blog Yang BerjayaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ntah la, bro
      pastinya mereka bukan mahu mencari idea menulis pantun :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun