Cuba Teka 10

Setelah terlepas beberapa minggu, akhirnya kontest ringkas Mata Siapa muncul lagi minggu ini buat kali ke-10. Seperti biasa, jawapan perlu diletakkan di dalam kotak komen di bawah. Anda boleh mendapatkan tips dan klu untuk meneka yang ada disediakan dalam pantun. Hadiah juga seperti biasa, ruangan banner di blog tehramuan ini untuk 2 pemenang.

daun kelapa baru berdesir10
pelayar bugis telah berlalu
bercanda ria di pantai pasir
penyu menangis siapa tahu

rumah kecil buluh semambu
retak seribu taman rohani
anak kecil ditinggalkan ibu
ke mana mahu dibawa hati

kalaulah alim kerana besar
pasti malim turun ke tanah
kalau iklim mula bertukar
pasti musim juga berubah

Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada siapa yang terlebih dahulu berjaya meneka dengan tepat. Banner pemenang akan saya buat sendiri mengikut kesesuaian. Tempoh menjawab pula akan berakhir pada hari ini 18.06.2011 jam 11.59 malam. Selamat mencuba. :D

TehrDemikian kisah 'Cuba Teka 10' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. afzal laidin says:

    aduh, first time nak cuba ni. Klu yang dapat yang empunya mata tu mesti orang terengganu betul tak? masih tak dapat buat masa ni. nanti saya cuba lagi…
    afzal laidin baru je tulis kisah Nota motivasi – Perubahan diriMy Profile

  2. Hadi Rofiee says:

    Semoga rakan-rakan lain dapat menekanya dengan tepat dan betul. Hamba tidak berjaya untuk mengenal pasti mata bagi cuba teka 10 ini. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Hidup iniMy Profile

  3. akubiomed says:

    Tekaan saya adalah Saleem bekas penyanyi kumpulan Iklim

  4. faizul says:

    aaaa.. mesti azizulhasni awang ni kan?..
    faizul baru je tulis kisah Pasukan Bola Sepak Inggeris Paling Aku SukaMy Profile

  5. Cik Siti says:

    Cik Siti nak cuba…. rasa-rasa Saleem kumpulan iklim…

    Sebab dalam patun En Tehr ada sebut iklim dan terengganu…
    Tak tahu betul tidak…. taram je…

    1. Mus says:

      betul lah tu rasanya..
      Mus baru je tulis kisah Kisah Kampung Yang Dahulunya HilangMy Profile

    2. padin says:

      yeah, dah nampak klu penyu – terengganu dan iklim tu, dah betul agaknya jawapan tu heheee

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..
    penyanyi bersuara emas
    pilihan hati…SALEEM – Iklim
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Karikatur Utusan 2011 – Tiada Bezanya Dengan Akhbar Denmark 2008My Profile

  7. walaupun dah terlambat..jawapannya Saleem..he
    tengkorak emas baru je tulis kisah Selamatkan daripada perpecahanMy Profile

  8. Mus says:

    alah.. ada yang dah teka dengan betul ni rasanya…
    Mus baru je tulis kisah Kisah Kampung Yang Dahulunya HilangMy Profile

  9. wadud says:

    haaaa…. aku rasa terengganu.. :p
    hehehehehe…
    wadud baru je tulis kisah IDM v606 Beta Build 7 -My Profile

    1. Na na na nan na na.. terengganu kita…
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

  10. Gambar lama-lama ni susah nak teka. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Lulzsec emails and passwords leaksMy Profile

  11. Khidhir says:

    ala.. contest sehari je. da terlepas..
    Khidhir baru je tulis kisah Pesta Hack Website Anjuran SKMMMy Profile

  12. yas says:

    Dh terlepas la plak…
    yas baru je tulis kisah Panji Ar-Royah- Panji Pahlawan IslamMy Profile

  13. Saya baru tahu yang di blog bro ni ada pertandingan Cuba Teka.Takpelah,lain kali saya akan cuba nasib pulak.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah No Posts Were Found!My Profile

  14. Kawe teka Saleemm… erkkk dah terlambat.. malunya ehh.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

  15. bEe says:

    Tu penyanyi Terengganu tu…. SALEM kan!!! Ala, terlepas sudah hihihii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun