Contest Kaca Mata PapaMifz.Com

Yeah! Aku masuk pertandingan lagi sekali tahun 2013 ni. Sebelum ini aku sertai pertandingan Siapa 10 Blogger Terbaik Malaysia yang dianjurkan oleh Ohcikgu. Kali ini pula Contest Kaca Mata yang dianjurkan oleh PapaMifz. Harap-harap aku boleh menang dengan jaringan yang besar. [semangat The Red Warriors walau pun asyik kena denda oleh FAM] :D

kaca mata hitam aku pernah miliki
sentiasa aku pakai biar pun petang hari
saja-saja berlagak depan kawan-kawan sendiri
kalau mereka nak pinjam, memang tak ada la aku beri

beli kaca mata bila sudah bekerja
emak ayah dah tak boleh nak kata apa
guna duit sendiri memang terasa bangga
kaca mata hitam terbaik ray ban berjenama

tapi dah kisah nak terjadi
bukan malang hanya tiada rezeki
kaca mata hilang kerana cuai sendiri
tak tahu siapa kebas atau siapa bawa lari

Sedih. Kaca mata hitam jenama Ray Ban hilang kerana cuai aku sendiri. Masa mengisi borang di bank, aku letak kat meja tepi dinding. Dah siap isi borang aku beredar dari meja tu, hanya beberapa langkah je. Bila teringat kembali aku patah balik. Dan… kaca mata hitamku dah tak ada. Huhuhu. Apa lagi, tanpa rasa malu dan segan silu, aku menangis sekuat-kuatnya dalam bank hati.

Kalau tuan pergi ke hulu,
Belikan saya bunga kemboja;
Wahai tuan takkah rasa malu,
Ambil kaca mata aku punya.

Sampai ke hari ini aku tak beli kaca mata hitam yang baru sebagai ganti permata yang hilang tu. Asyik teringat pada yang lama je… Macam orang bercinta pulak rasanya. Setia pada kekasih pertama! Ha ha ha…

Ok. Siapa yang mahu turut serta boleh tulis entri sekarang juga. Tarikh tutup lambat lagi ni. Syarat-syarat penyertaan dan hadiah-hadiah hebat ada DI SINI.

TehrDemikian kisah 'Contest Kaca Mata PapaMifz.Com' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    semoga berjaya dalam kontest
    saya masih terkial-kial nak cari
    idea menulis
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Layan Karenah Anonymous Tentang Harga Bilik Hotel Cecah RM 3 JutaMy Profile

    1. TehR says:

      salam kembali
      kebetulan kerana ada kisah yang benar2 berlaku

      1. Suri says:

        wah gituh.habis contest cik tak sudi sapa2 nk joint alahi sedihnya sorg belum sudi lagi :(
        Suri baru je tulis kisah Kerana Hitam Aku Tetap MenyukainyaMy Profile

        1. TehR says:

          alamak
          dah lupa, nanti semak balik
          hehe

      2. Suri says:

        tak mahu ingat kisah cermin mata terkadang buat skit hti sb salah sndri kan.kan..mmg agak larit gak
        Suri baru je tulis kisah Di Bawah LangitMuMy Profile

        1. TehR says:

          yups, memang sakit hati sangat
          dalam sekelip mata dah hilang
          huhu

  2. titan says:

    gua tak berapa sehat. jadi..slow sikit dulu bab-bab contest nih..
    titan baru je tulis kisah Komisen Ketiga dari KOMLIMy Profile

    1. Suri says:

      elah nak seo punya + cendolkan heee
      Suri baru je tulis kisah Doa Mendengar Guruh Dan PetirMy Profile

  3. cikgu naman says:

    goodluck cikgu!

    saya tak pakai spek..tapi tengok kat entri penganjur boleh hadiah kepada sesiapa kalau menang..boleh cuba kalau ada idea menarik…;)
    cikgu naman baru je tulis kisah Ambil Gambar Panorama dengan iPhone 5My Profile

    1. TehR says:

      kebetulan ada kejadian sebenar
      tu yang dapat idea menulis tu :D

  4. hairulafiz says:

    semoga berjaya bro tehr…
    hairulafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Felda UnitedMy Profile

    1. TehR says:

      :D harap2 menang

      1. hairulafiz says:

        hihihi saya pun begitu…
        hairulafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Felda UnitedMy Profile

  5. yas says:

    Macam menarik gak ni….lama dah aku tak beli spek mato itam, hok last dulu kena pinjam and terus kene kebas…..huhuhuhu
    yas baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. Suri says:

      agaknya yg hitam org mmg kenan sahaja hee..hok cubo bli kala merah ker..koning ker heee
      Suri baru je tulis kisah Walau Badai Datang MelandaMy Profile

      1. TehR says:

        jangan salah guna dah la
        hehe

  6. Petua Puteri says:

    semoga dapat kaca mata tu bro… bertambah hensemlah bro tehr dgn kaca mata hitam nanti.. Mengajar sambil pakai kaca mata hitam, segak jugak.. heeee
    Petua Puteri baru je tulis kisah Tafsiran Mimpi Orang LamaMy Profile

    1. TehR says:

      haha tak pernah dibuat orang

    2. hafizmd says:

      Mungkin tak dibenarkan..takut nanti ade cikgu yg kononya tgh bace buku kat meja, sekali mata dah tutup..lelap…hehhe
      hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #9 Telur?My Profile

  7. akubiomed says:

    Memang tak patut orang yan kebas cermin mata Ray ban yang ori.:-(

    1. Suri says:

      serius mmg mahal.klu ada jual internet ada kemungkinan susah nak cri benar2 ori.
      Suri baru je tulis kisah Rajuk Membawa HatiMy Profile

  8. maza says:

    wow! maza kira nak challenge cikgu tehr lah.. volleh?
    hehehe
    maza baru je tulis kisah Kita Adalah MusafirMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      jom lawan gusti lengan

  9. lama sudah tidak membeli dan memakai kaca mata hitam…teringin juga nak memiliki semula.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 %My Profile

    1. TehR says:

      memang sesuai bila naik motor tengahari :D

  10. Suri says:

    semoga berjaya sahabt tehr :)
    Suri baru je tulis kisah Doa Mendengar Guruh Dan PetirMy Profile

    1. TehR says:

      entah la, suri
      kebetulan ada kisah, tu yang dapat tulis
      yang penting dapat buat entri :D

  11. Sya Isya says:

    best ni. ray ban lagi tu. nak try join juga. sblm ni terlepas nak menang ray ban kat blgo reezluv. cuba yang ni pula.

    goodluck ya cg :)
    Sya Isya baru je tulis kisah MPH ONLINE TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIAMy Profile

  12. aynora nur says:

    selamat berjaya tuan blog,
    nak join ngeri pulak, macam susah je?
    aynora nur baru je tulis kisah Senarai Hotel & Resort Di Malaysia Yang Mendapat Sijil Halal (JAKIM)My Profile

  13. Juan says:

    dulu bapa saya pon ada kaca mata raybank dan saya masa tu memang teruja la nampak cermin mata mahal, hehe
    Juan baru je tulis kisah Usahawan Perniagaan Restoran Bisnes Kedai MakanMy Profile

  14. de engineur says:

    Isk isk isk memang dasar pencuri org yg amik Ray Ban cikgu tu. baru selangkah je beredar dah lesap.
    de engineur baru je tulis kisah MyLED Opto eyes 70% local market share in 5 yearsMy Profile

  15. effort lab says:

    Kot yer pun bro nak tertinggalkan cermin mata, jangan la ray ban. Mahal tuu
    effort lab baru je tulis kisah Levi’s 511 Commuter Jeans [5 gambar]My Profile

  16. Puan Bardboo says:

    Wah cepat je dah hilang. Cekap betul siapa yg ambil tu.
    Puan Bardboo baru je tulis kisah Kini Kami BerempatMy Profile

  17. donnyien says:

    good luck bro!.. harap bro menang contest ni, terubat rindu di hati ngan spek yang hilang tu hehe..
    donnyien baru je tulis kisah Sahabat facebook backlink berkualitiMy Profile

  18. UmmiKami says:

    Pakai spec orang tua-tua ja… :D, best of luck cikgu..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

    1. Bro Zulkbo says:

      mana aci gitu..
      saya dari kecik dah pakai..huhu
      Bro Zulkbo baru je tulis kisah Nasib Yee Sang Rekod Baru Terpanjang Di Malaysia 2013 ?My Profile

  19. UmmiKami says:

    Dalam blog berapa hamba belum ada contest…rasanya mungkin, tapi terbuka untuk yang suka berpantun…sila..o…sila :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  20. UmmiKami says:

    *berapa(cancel)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  21. onlajer says:

    Kalau sayang nak pakai duit sendiri
    Apa lagi masuk lah contest ini
    onlajer baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik Malaysia Siapa Yang Menaja ?My Profile

  22. hafizmd says:

    Slamat berjaya cikgu.
    Ray Ban mmg menjadi pilihan ramai syg nye ambe takde peluang nak pakai sbb ambe no berkaca mata…

    Pantang lepe org kita ni, huuuh!
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #9 Telur?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun