Contengconteng Buku Nota

contengconteng

Senyum meleret nampaknya anak gadis aku bila melihat Buku Nota Contengconteng dengan lakaran gambar kucing. Dia memang sedia suka pada kucing. Dan… aku pun tahu bahawa buku conteng percuma yang menarik ini bakal berpindah milik sepantas kilat. Huhu…

posmen datang sebelah pagi
serahkan kotak sebelum pergi
walau bukan samsung galaxy
tetap berbunga di taman hati

waktu rehat berbunyi loceng
dapat buku contengconteng
lukis gambar rimau celoreng
sambil makan kacang goreng

contengconteng buku nota
tempat disimpan segala idea
atau menyonteng apa sahaja
lukis, lorek dan karang cerita

rakan blogger sudi memberi
dari give away papan kekunci
pensel, pemadam juga sekali
moga azura dimurahkan rezeki

contengconteng yang diberi
gambar kucing penghias seri
sekarang tak dapat dilihat lagi
anak gadisku dah bawa lari

ha ha ha
:D

Sekali lagi terima kasih kepada Azura sebagai penganjur Give Away Papan Kekunci yang memberikan hadiah buku conteng percuma yang cantik ini. Minggu lepas dah dapat sebungkus Chezzy Sauce daripada beliau. Sesiapa berminat dengan buku ini boleh ke blog CONTENGCONTENG sebelum kehabisan stok.

TehrDemikian kisah 'Contengconteng Buku Nota' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


56 Comments

  1. amirulfaiz says:

    Cantik buku untuk contengconteng. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Kek Coklat meraikan abahMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang comel sangat, bro
      lagi2 bila dapat free :D

      1. sy pon suka free..hehe
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Jadual Suku Akhir EURO 2012My Profile

        1. hafizmd says:

          mesti suka…nak2 bila dapat dari kawan2 blogger ni…terbaik!

          tahniah cikgu!
          hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #19 Line ClearMy Profile

          1. suri says:

            bro hafiz bila nak buat lagi?
            suri baru je tulis kisah Melentikkan Bulu MataMy Profile

  2. mak lagenda says:

    Waaaaa…dapat hadiah lg abg tehr kita! Untung murah rezeki ni kan
    mak lagenda baru je tulis kisah ROH BAKING KEK DATANG LAGI!! KEK BATIK ARORA LA PULAK…My Profile

    1. tehramuan says:

      kecil tapak tangan, tangki air aku tadahkan
      hehe

  3. dinar says:

    cenderahati dari papankekunci,
    buat tehr berbunga dihati,
    walaupun bukan galaxy,
    tapi silahturahim tu yang dicari…
    dinar baru je tulis kisah Emas akan turun lagi??My Profile

    1. tehramuan says:

      rakan blogger yang pemurah
      berbagi dengan rezeki allah
      buat hidup semakin meriah
      nampak alam tambah indah

  4. hatiputera says:

    memang sesuai tu untuk anak-anak conteng-conteng sebab namanya pun dah contengconteng.
    hatiputera baru je tulis kisah Portugal Layak Ke Suku AkhirMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul3x

  5. Jamal Ali says:

    Saya masih tak beli lagi, huhuhu~
    Jamal Ali baru je tulis kisah Tunggu Teduh Dulu menyimpan janjiMy Profile

    1. tehramuan says:

      syukur
      saya dapat percuma sebagai hadiah :D

  6. maza says:

    untuk anak2 maza tak ada buku conteng2 specific.. tapi selalunya maza tak menghalang kreativiti mereka utk menulis atau melukis..

    kami sediakan kertas A4 yg murah2 aje.. hehehe

    errr.. membiarkan kreativiti kekadang bikin sakit jiwa, bila mana lakaran gambar imaginasi mereka terbentang luas dari dinding sebelah sana sampai dinding sebelah sana. Ayah dan ibu hanya terperasan bila sedar dari tidur petang itew.. aderkkkkk

    1. tehramuan says:

      sama la, bro
      kami juga banyak guna kertas a4 je selama ni

  7. nurmisnan says:

    ramai juga blogger join contest dgn Azura ni..
    cute buku conteng2..
    nurmisnan baru je tulis kisah Kopi, aweks dan gadis bertudungMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      memang ada ramai yang join
      moga azura murah rezeki selamanya

  8. azura says:

    alhamdulillah dah sampai ke tangan cikgu, semoga cikgu dimurahkan rezeki juga hendaknya…

    riang ria kongsi rezeki
    yang menerima senang hati

    1. tehramuan says:

      amin

      yang menerima senang hati
      yang memberi pun tak rugi :D

  9. tersangat cute… aku pun terasa nak menconteng dalam tu…

    1. tehramuan says:

      yups
      aku kena la ‘pinjam’ daripada anak nanti
      hehe

  10. suri says:

    CONTENG3 dulu mmg khaskan masa sekolah ada buku conteng2..masa tu gemar lukis dna warna gambar bunga2
    suri baru je tulis kisah Kasih Bertaut Nian Di HatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      masa sekolah rendah dulu pandai lukis gambar rumah je
      huhu

      1. suri says:

        org lidi sy lukis juga haaaa
        suri baru je tulis kisah Ada Ruangku Tinggalkan JuaMy Profile

  11. suri says:

    sy suka conteng2 sos gak heee best leh nak3 masa guru tak masok kelas heee
    suri baru je tulis kisah Be ChiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      masa guru tak masuk kelas
      bagus lagi main jet kertas, suri :D

      1. suri says:

        sudah biasa hee.. ha tu sy suruh budaj boy buatkan ontok sy
        suri baru je tulis kisah Ada Ruangku Tinggalkan JuaMy Profile

  12. yas says:

    anak aku pun minat ngan buku nih…:)
    yas baru je tulis kisah PEMENANG CONTEST LELAKI KACAKMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang kena beli lain la kalau nak guna sendiri
      budak2 ni memang tak nak lepas kalau ada gambar kartun :D

  13. Latifah says:

    hehe… bukan budak je yang suka buku conteng tu, budak ‘besar’ lebih excited rasanya… ;)
    Hari tu dapat beli dengan harga diskaun, tersangatlah happy-nya…
    Habis semua di beri kepada kengkawan~
    Latifah baru je tulis kisah Berpagi-pagi itu mengundang rezeki~My Profile

    1. tehramuan says:

      wah, memang meriah dalam kelas tu kalau ramai yang ada buku ni

  14. Bro Zulkbo says:

    salam..
    memang sesuai jadi hak
    anak gadis nih..he he..

    wahhh…saya suka lah
    warna blog nih..HIJAU :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kebaikan Dan Khasiat Buah Plum (Prun)My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      kira macam projek bumi hijau juga ni, bro :D

  15. titan says:

    wahh..sukalah tu kann..
    titan baru je tulis kisah Greece mara ke suku akhir EURO 2012.My Profile

    1. tehramuan says:

      Suka3x
      Sampai bila2 pun aku suka barang free

    1. tehramuan says:

      haha
      dah bertukar milik pun

  16. Wah cute. Boleh lah start conteng-conteng bila boring dlm kelas nanti :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Further Thoughts On Euro 2012 And A Few Revised PredictionsMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak boleh la, bro
      buku dah jadi milik anak
      huhu

  17. kimmie says:

    saya pun ada juga…tapi beli sendiri la…hehehe
    kimmie baru je tulis kisah Jerebu yang datangMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya saya juga kena beli sendiri :D

  18. Ummi Hanie says:

    tahniah atas kemenangan… dpt menceriakan si anak pula.. ;)
    Ummi Hanie baru je tulis kisah Mee Bandung home-made pun best jugaMy Profile

    1. tehramuan says:

      budak2 memang suka dapat conteng2
      hehe

  19. sud@is says:

    biar buku biar apa-apa
    asal cenderahati suka saja
    murah mahal bukan ukuran
    pemberian ikhlas ada ganjaran
    sud@is baru je tulis kisah Maafkanlah…..My Profile

    1. tehramuan says:

      orang berbudi kita merasa
      orang memberi kita merasa

  20. Nazri says:

    tak ada yang lebih-lebih ke uncle?
    Nazri baru je tulis kisah Kanser Boleh DiubatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      lagi tak cukup ada laa :D

  21. akubiomed says:

    Wah seronok untuk menconteng. Kalau dirumah saya beli kertas A4 satu rim untuk anak-anak conteng.
    akubiomed baru je tulis kisah Sambutan Hari Bapa dengan projek Hari MingguMy Profile

    1. tehramuan says:

      kami pun sama sebelum ni
      kertas A4 sentiasa ada kat rumah

  22. Juan says:

    saya pon nak jugak
    Juan baru je tulis kisah Google Adsense Earnings Hari ini 2012My Profile

  23. lagi syok conteng kat buku nota dari kat pc kan…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Sagun | Boleh Buat Bisnes Sampingan TawMy Profile

  24. cik tom says:

    mmg comel buku conteng2 ni..tahniah tehr :)
    cik tom baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  25. eiela says:

    cantik kulitnya..
    eiela baru je tulis kisah Pengalaman Merentas DesaMy Profile

  26. chii says:

    Bestnya dpt buku ni. Kalo chii pun,memang akn bw lari siap2. Hehe
    chii baru je tulis kisah Mari bergotong royong di hujung mingguMy Profile

  27. ghost writer says:

    buku contengconteng aku dah nak habis aku conteng. dulu tak dapat free, kena order online.
    ghost writer baru je tulis kisah SAGAMy Profile

  28. dari kebun petik rambutan
    ayam kampung masak kari
    buku contengconteng jadi rebutan
    kalau dapat bawa lari

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun