Confirm You Are NOT A Spammer

Minggu ini blog tehramuan sungguh meriah. Kemeriahan yang menjelma tiba-tiba selepas hampir dua bulan bermain dengan wordpress, domain dan hosting sendiri. [sebenarnya bro sangilapi yang taja semua ni] :D Kemeriahan ini bukan kerana pengunjung yang ramai. Bukan juga kerana iklan Nuffnang yang tergedik-gedik. Pasti lagi bukan juga kerana BE yang bersusun-susun. Semuanya kerana komen spam.

Tak biasa dengan spam, tiba-tiba rasa pelik pula. Bermacam bahasa yang muncul dan sudah pasti tak faham semuanya. Ia muncul juga dalam kadar segera biar pun telah dibuang semuanya. Mujur juga teringat kepada salah satu entri di blog saudara Syafrizal yang ada mencadangkan langkah bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Berbanyak terima kasih bro, growmap tu memang bagus.

spam oh spamkomen spam
kenapa engkau datang
macam mana aku tak datang
kotak komen ada – 2x

kotak oh kotak
kenapa engkau ada
macam mana aku tak ada
admin tu yang letak – 2x

admin oh admin
kenapa engkau letak
macam mana aku tak letak
aku minta komen -2x

komen oh komen
kenapa kena komen
macam mana aku tak komen
admin suruh komen -2x

admin oh admin
[ah... malas nak sambung, sampai bila nak habis pun tak tahu.] :D

Jadinya, terpaksalah pula pembaca yang mahu meninggalkan komen menandakan kotak ‘Confirm you are NOT a spammer’ yang disediakan. Tak adalah susah mana pun, kan? :) Kepada sahabat-sahabat yang menghadapi masalah spam tak diundang ini, bolehlah mencuba ‘growmap anti spambot plugin’ ini. Menurut bro kulanz, masalah spam, kegagalan akismet dan kesesuaian theme menyebabkan loding komen menjadi sangat lambat.

TehrDemikian kisah 'Confirm You Are NOT A Spammer' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


62 Comments

  1. kulanz says:

    Alhamdulillah, akupun dah 2 hari pakai plugin GASP tu.. belum ada spam yang berjaya masuk.. tapi yang lebih penting.. loading komen di blog aku dah jadi cepat..

    setakat tick di box tu tak susah pun.. :)
    kulanz baru je tulis kisah DSLR- Canon vs NikonMy Profile

    1. cikmin says:

      betul tu lanz..belum ada spammers yang bisa terjah komen ku..uhuks.. :P thanks tuk kulanz.. :)
      cikmin baru je tulis kisah Macaron VS MacaroonMy Profile

    2. tehr says:

      sehari aku telah guna GASP ni
      alhamdulillah, tiada satu pun spam
      sebelum ni, memang ada je tiap2 hari

      1. Permulaan yg baik tu.. aku pun dah agak lama test pakai GASP ni.. setakat ni ok lagi, tak ada spam.. dulu masa akismet, mmg asyik ada spam jer..
        Berita Sukan Terkini baru je tulis kisah Berita Sukan Terkini SEO ContestMy Profile

  2. wadud says:

    hahahaha..
    hujan2 oh hujan rupenyer..:p
    len macam je bunyik..

    1. tehr says:

      sekali2 bagus juga lari dari pantun / puisi
      bangau 0h bangau…

  3. padin says:

    hahaha ingatkan meriah pasal apa la tadi hehee
    err lama dah tak nyanyi lagu bangau oh bangau nih
    padin baru je tulis kisah Rahsia WarnaMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang dah tak meriah lagi, bro
      dah tak ada spam, kurang le sikit kerja :D

  4. belalang says:

    belalang pun terpaksa moderated komen2 yg belalang dapat sblm kebelakangan nih spam agak menjadi2…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      memang banyak kebelakangan ni
      tu sebab la aku guna GASP ni
      sekat 24 jam ni, ok je

  5. cikmin says:

    alhamdulillah jugak ni tehr…belum jumpa spammers dalam kotak komen macam selalu…yipieeee… :P
    cikmin baru je tulis kisah Kari Ikan Masin Dengan Nenas Tumis DaratMy Profile

    1. tehr says:

      ya la cikmin
      terima kasih kepada GASP

  6. Latifah says:

    spammer ye…
    biasanya kat kotak cbox or shoutbox selalu kene kan…
    hukhuk
    Latifah baru je tulis kisah Rose BudMy Profile

    1. tehr says:

      salah satunya memang di situlah
      bila dengan wp ni, ruangan komen yang dispam

  7. sud@is says:

    aku hanya tau hujan oh hujan
    kenapa kau turun…

    GASP?
    sud@is baru je tulis kisah Lawak dan Khasiat Sengkuang CinaMy Profile

    1. tehr says:

      ubah suai untuk seronok2 je :)
      GASP – GrowMap Anti Spambot Plugin http://www.growmap.com/growmap-anti-spambot-plugin/
      banyak blog wordpress guna plugin ni sekarang

    2. padin says:

      ini kisah WP je sudais, hehe kita dok blogspot
      dok baca je la hahaa
      padin baru je tulis kisah Rahsia WarnaMy Profile

  8. Afiq Bukhari says:

    hehe pagi2 lagi dah kena nyanyi, selamat x hujan ;p
    kerja nge’tick spam tu xdela payah mana pun. halakan cursor ke dalam kotak, klik. setle! ehehe
    Afiq Bukhari baru je tulis kisah Penghawa Dingin Kereta Menyebarkan PenyakitMy Profile

    1. tehr says:

      yups, mudah je :D

  9. Mohd Hafiz says:

    seronoknye byk trafik… tahniah.. :-)

    1. tehr says:

      tak banyak mana pun, hafiz
      komen spam je yang banyak :D

  10. mijie says:

    aku malas pula nak install plugin tu, haha biarkan je akismet bekerja, tapi semenjak dua menjak ni beratus2 spam masuk setiap hari, tapi tak pernah lagi la lepas ke ruangan komen
    mijie baru je tulis kisah Lawak jepun sekadar hiburan di hujung mingguMy Profile

    1. tehr says:

      blog ni pun akismet tak mengecewakan
      masih berfungsi dengan baik
      sekarang aku keliru pulak, adakan akismet perlu dibuang atau biarkan sahaja

  11. NEON says:

    HAAA NI YANG NAK NGAMUK NI ! PATUT LA AKU KENE TERHEGEH HEGEH CLICK IM NOT A SPAMMER TU ;( WAAA SGT MENJELIKKAN JARI AKU OK…CISS CISSS HAHAHA

    ANYWAY AKU TAK TAHU CAMNE LAGU NAK BACA PANTUN KO TU..NAK BUAT MCM SYAIR KE SELOKA KE GURINDAM KE HAHAHA
    NEON baru je tulis kisah Blogger Meetup – Neo &amp HasbibullahMy Profile

    1. tehr says:

      anggap je sebagai hadiah :D

      asal lagu ni, bangau oh bangau
      mesti nak kena nyanyi
      tapi… perlu sediakan payung dahulu la :D

      1. NEON says:

        DAH TUA TUA BANGKA NI DA LUPE LAK LAGU BANGAU TU WEH HAHAHA…

        HADIAH ? CISSS
        NEON baru je tulis kisah Tutorial – Cara Buat Link Warna WarniMy Profile

  12. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, aku baru sahaja guna plugin itu. Semoga aktiviti spam dapat dibanteras sepenuhnya.

    Harapnya ia tidak memberatkan blog semua. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya tidak melambatkan loading

  13. zulkbo says:

    salam..
    confirm..i m not a spammer..
    tapi rasanya kalau spammer mereka
    pun akan klik juga kut??

    ***ibarat perjanjian la ni..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Toyota Service Centre Terbaik!!My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      rasanya spammer tak larat nak klik
      mereka tak guna manual klik kan?

  14. werdah says:

    Salam tehr

    Apakah komen kak juga ada spam… tak berapa mengerti…
    werdah baru je tulis kisah Emotional LanguageMy Profile

    1. tehr says:

      saya pernah guna blogspot
      tak pernah pula jumpa komen spam dalam blogspot
      setelah hampir dua bulan guna wordpress, hanya beberapa komen dari kawan2 yang disalah tafsir sebagai spam oleh akismet

  15. izanishak says:

    baguslah tehr… kalau tak spammer ni dah menyusahkan kita plak kan..

    i’m not a spammer. confirm!
    izanishak baru je tulis kisah Sarapan Apa Hari NiMy Profile

    1. tehr says:

      banyak plugin anti spam yang ada
      komen spam memang akan diasingkan
      cuma lebih seronok kalau folder spam tu kosong :D

    2. dnoBiz says:

      aku pun bukan spemer gak…
      cuma sekadar menyebok je
      dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Percutian Yang Tidak DirancangMy Profile

  16. zik says:

    kurang sikit bebanan nak mendelete… hehe…
    zik baru je tulis kisah Kadar inflasi naik 2di negara kita- bulan lepas 2010!My Profile

    1. tehr says:

      ya la, zik
      sekarang tak payah nak mendelete dah :D

  17. kaizen says:

    aku dah confirmkan yang aq bukan spammer… ahaks2…
    kaizen baru je tulis kisah PiKNiK SeMaLaM TaK JaDi!!!!!!My Profile

    1. tehr says:

      tau2
      hehehe

  18. kakyong says:

    sejak guna kotak intense ni jrg dpt komen spam..
    kalo ade pun dia direct masuk kat spam folder… tu pun leh dibilang..
    kakyong baru je tulis kisah GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

    1. tehr says:

      ya. saya malas nak delete kat folder tu
      sekarang kosong je :)

  19. etomyam says:

    masih setia dengan akismet…tapi aku pun dah tick yg aku bukan sekadar nak letak jejak aje kat sini hehehe
    etomyam baru je tulis kisah Anunya Tidak MunculMy Profile

    1. tehr says:

      akismet memang dah tapis
      cuma aku tak suka tengok kat folder spam tu…
      malas nak delete
      sekarang ok je, kosong

    2. dnoBiz says:

      tu la pasal tadi tak perasan ada kotak ajaib tu terus je hantar heheheh
      dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Percutian Yang Tidak DirancangMy Profile

  20. puteri says:

    haiyaaa..
    saya tentunya bukan spammer maaa
    :)
    puteri baru je tulis kisah noktah bahagiaMy Profile

  21. dnoBiz says:

    aku pun bayak dapat spam ni tapi biasanya aku baca dan kemudian padam….,
    aku suka baca sebab cara diorang ni kreatif hehehe
    dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Percutian Yang Tidak DirancangMy Profile

    1. tehr says:

      aku banyak terima yang bahasa rusia ke jerman ke, aku tak tau
      memang tak boleh nak dibaca :D

  22. cikbelog says:

    tak penah lagik spam muncul kat blog dunspeakme..

    chup! saya bukan spammer ;)
    cikbelog baru je tulis kisah cerita hantu dan hujan renyai-renyaiMy Profile

    1. tehr says:

      dengan blogspot rasanya tak muncul spam ni,cikbelog

  23. suri says:

    teman tak tahu nak pakai ke tidak huhu..risau ko berat loading huhu..

    1. tehr says:

      berat ke?
      rasanya tidak, kan?

  24. puteri says:

    malas betul kawe nak klik…
    he…
    puteri baru je tulis kisah noktah bahagiaMy Profile

  25. sangilapi says:

    mula-mula aku ingat ko buat pantun dalam bahasa inggeris – berdasarkan tajuk entry :)

    klik masih ok,jangan kena taip/isi dengan huruf-huruf yang tak berapa jelas tu sudahlah ……aku ni rabun :)
    sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

    1. tehr says:

      aku tau baca je, tu pun tak faham semua
      kalau tulis… memang aku boleh tulis dalam bahasa inggeris
      masalahnya… nanti orang tak faham apa yang aku tulis :D

  26. Cik Su says:

    ooo..tak susah la..setakat nak tick kat situ sekali klik jer..hehe
    Cik Su baru je tulis kisah BlackBerry Percuma Dari DiGiMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tak susah pun :D

  27. Gail Gardner says:

    Thank you Tehr for sharing my plugin with bloggers who don’t speak English. Are you able to read my blog? Do you feel I should offer a translation tool right on the sight for those who can not read English well? If yes do you have a preference for which tool is best?

    If you or any of your readers feel a tranlator would be useful to you and you can let me know which one I’ll be sure to share that information with other quality bloggers.
    Gail Gardner baru je tulis kisah New Free How to Make a Blog eBookMy Profile

  28. eiela says:

    i’m not a spammer kot. tak faham sangaat la psal spammer nih. kalau kita tinggalkan entri macam nih, dikira menyepam tak ekh?

    Latest Entri :
    Trajik Terhebat Di Air Terjun

    1. tehr says:

      yang aku faham la
      spammer ni hantar komen yang sama je, berulang kali kepada berbagai blog
      kita boleh agak… selalunya kisah di entri lain, komen spam ni pula lain
      gitu la agaknya

  29. Ali ridha says:

    spammer kurang ajar.
    ambil hang.
    Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

  30. Ali ridha says:

    jangan sesekali terperangkap
    wahai rakan blogger ku.
    Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun