Ciri-Ciri Pantun Yang Baik

Bagaimana mahu menulis pantun yang baik?

Pantun sentiasa dikaitkan dengan masyarakat Melayu yang lemah lembut dan bersopan santun, maka pantun juga perlu kepada lenggok bahasa yang lemah lembut dan berseni.

Ciri-ciri pantun yang baik adalah seperti berikut:

  1. serangkap pantun mengandungi 4 kerat/baris
  2. setiap baris dalam pantun mempunyai antara 4-5 patah perkataan
  3. menggunakan antara 8-12 suku kata dalam setiap baris
  4. 2 baris pembayang dan 2 baris maksud saling mempunyai hubungan
  5. rima akhir pantun ialah a,b,a,b .
  6. pembayang pantun banyak menggunakan unsur alam serta menggunakan bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran
  7. isi pantun mengandungi pengajaran, moral dan falsafah hidup
  8. menggunakan ciri-ciri tradisional dan menggambarkan perspektif masyarakat

minyak cap kapakMemang sakit kepala juga untuk menulis pantun dengan baik. Sukar bagi kita untuk memenuhi semua ciri-ciri pantun yang dinyatakan di atas ketika kita cuba untuk menulis pantun.

Di pagi raya berbaju kurung,
Baju kurung terlampau besar;
Tiada selesa hidup terkurung,
Seperti burung dalam sangkar.

Pantun yang aku tulis pula kebanyakannya lebih kepada sebagai hiburan sahaja. Kadang-kadang tak nampak pun seperti pantun. :D

TehrDemikian kisah 'Ciri-Ciri Pantun Yang Baik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. nazray says:

    jendela sudah terbuka luas,
    terlihat pula si ikal mayang,
    pantun diolah semakin buas,
    harap tidak mabuk kepayang.

    saya tak pasti pantun ni pantun yang baik ke tak, tapi saya suka baca pantun bro.
    nazray baru je tulis kisah Nokia Asha 501 | Ada apa dengannya?My Profile

    1. TehR says:

      Terlihat pula si ikal mayang,
      Alisnya lentik senyum mesra;
      Harap tidak mabuk kepayang,
      Hendak merisik tiada duitnya.

      aku juga ada ketikanya main belasah je :D

  2. Joe says:

    Banyak jugak ciri ciri yang perlu ada ye, mase sekolah, yang aku tahu kena ada ending a,b,a,b
    Joe baru je tulis kisah Ada Apa Dengan PagerankMy Profile

    1. TehR says:

      a,b,a,b tu adalah asasnya
      aku juga dah tua2 ni baru nak tambah ilmu

      kita sama2 belajar dan sama2 belasah tulis pantun :D

  3. Lynn says:

    Buah hati kekasih orang
    Dah tau kekasih orang buat apa buang masa
    Rangkap yang dikarang bukannya senang
    Apa tah lagi dalamnya tersirat cerita
    Lynn baru je tulis kisah Aku yang rinduMy Profile

    1. TehR says:

      Kekasih hati sudah dirembat,
      Untuk kita hanya kenangan;
      Tulis ringkas seberapa dapat,
      Sebaris hanya empat perkataan.

  4. titan says:

    hoho..memang terbaiklah..
    titan baru je tulis kisah Masalah malware k.human-e.net..My Profile

  5. kakiblog says:

    saya suka modify pantun klasik..contoh,

    kuih diletak dalam balang,
    mari dimakan bersama tania;
    harimau mati meninggal belang,
    manusia mati meninggal dunia.
    kakiblog baru je tulis kisah 7 Rahsia Penulisan Entri BerkualitiMy Profile

  6. Cik Siti says:

    Mencari lokan si buah nona,
    Baru ku sedar habisnya sudah,
    Aku bukan penyair sempurna,
    Hanya sekadar menyusun madah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Wordless WenesdayMy Profile

  7. sensasi2020 says:

    Patun direka banyak maknanya,
    Jika diseap unsur ketuhanan,
    Boleh diolah dengan selesa,
    Memberi kesedaran semua rakan.

    Bagaimana cikgu pantun saya,
    Adakah ini dikira berpantun,
    Semua dikarang sekadar suka,
    Untuk hiburkan hati kesepian.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keyword “Melayu Boleh” Contest SEO Anjuran Beritakaki OnlineMy Profile

  8. auc says:

    AUC memang tak reti berpantun ni, tapi suka baca pantun :)
    auc baru je tulis kisah Bukan Salah BateriMy Profile

    1. suri says:

      sebab bila baca rimanya dan barisnya pendek sahaja heee..
      suri baru je tulis kisah Bila Si Dia Buat HalMy Profile

  9. PerenLee says:

    Si gadis cantik janganlah murung
    Nanti abang beli baju kurung
    Kalau hidup hanya terkurung
    Seperti hidup bawah tempurung

    Ngam tak bro?hehe…
    PerenLee baru je tulis kisah Kini PerenLee.com !!My Profile

  10. fyna says:

    errr….mohon ajar fyna. huhuhu. memang tak reti nak berpantun. jeles dengan orang yang pandai berpantun.
    fyna baru je tulis kisah Permainan Zaman Kanak-kanak Dulu Yang IndahMy Profile

  11. onlajer says:

    terima kasih cikgu untuk tips pantun yang baik, err pantu tak terkalah cikgu macam mana
    onlajer baru je tulis kisah KRR Drive Thru Setia Tropika DiLancarkanMy Profile

  12. suri says:

    minyak cap kapak dah lama teman tak membelinya
    suri baru je tulis kisah Bila Si Dia Buat HalMy Profile

  13. papa mifz says:

    den kalau bab pantun memang fail…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Robot Sebagai Penjaga GolMy Profile

  14. hafiz says:

    buat pantun dua kerat bolehlah
    hafiz baru je tulis kisah Komisyen ke 10 dari Panduan Baju KurungMy Profile

  15. aku memang tak reti berpantun..huhu
    blackrosehunter baru je tulis kisah NeurotoksinMy Profile

  16. Dja@SisHaza says:

    bg saya tetap menghiburkan, bnyk yg menggelikan hati …. mungkin boleh dianggap pantun juga boleh berevolusi, seiring perdearan zaman huhuhu
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah REZEKI PANDUAN SOYA DAN TAU FU FAHMy Profile

  17. Hafizul says:

    Hehe..susah nak hasilkan pantun yang macam bro hasilkan..mau pening dibuatnya..cuba gak nak hasilkan pantun dalam komen ni..tapi segan lah..nampak mcm buruk sangat..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Review Blog Juara Mei 2013My Profile

  18. Rina says:

    membuat setiap baris sajaknya berirama akhir a b a b, ini menurutku yang paling sulit. namanya juga pantun seninya ada di sini ya..
    trims ilmunya
    Rina baru je tulis kisah List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  19. hafizmd says:

    ramai blogger ada bakat berpantun rupanya…mungkin akan dianjurkan pertandingan pantun antara blogger…fuhh!

    pasti meriah!
    hafizmd baru je tulis kisah Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia?My Profile

    1. Hafizul says:

      Haha..rasa macam best jugak kan kalau buat pertandingan mcm ni..hahahaha..sekadar nak merapatkan silaturahim sesama blogger tak salah kan?
      Hafizul baru je tulis kisah Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  20. hafizmd says:

    Mmg pening jugak nak buat pantun yg benar2 pantun.

    Sebab tu ambe cukup respek dgn cikgu dan kak ummi tu…sedap jer baca ritma pantun
    hafizmd baru je tulis kisah Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia?My Profile

  21. akubiomed says:

    Masih lagi belajar selok-belok menghasilkan pantun. Setakat ini fokus pada suku kata terakhir setiap baris. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesomeMy Profile

  22. Rain says:

    singgah sini malam hari
    hati terkenang mata mencari
    tehramuan.com memang memuaskan hati.

    Rain je mampu buat pantun 3 kerat. hahaha
    punah punah.

  23. Ismail N says:

    Ciri-ciri teh yang baik, bagaimana pula cikgu? :wink:
    Ismail N baru je tulis kisah A 5-Star Dining Experience At Mango Restaurant, TamparuliMy Profile

  24. de engineur says:

    I tak pandai berpantun, tpi baca pantun cikgu pun jadilah.
    de engineur baru je tulis kisah Teck Guan launches bio-ethanol projectMy Profile

  25. kadang2 sampai berjam2 nak buat sebuah pantun…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Sempena Ulang Tahun Ke Tiga: Full Time Bisnes Online. Saya Nak Bagi Free Pakej Kincin.ComMy Profile

  26. Pantun yang terima,
    Pasti ada mata,
    Mesti ada rima,
    Dengan sukukata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun