Cinta Pukat Rimau

Cinta Pukat Rimau

“Tak turun ke hari ni?”

“Taaaak!”

“Aik? Bunyi macam putus cinta je.”

“Bukan putus cinta la.”

“Pukat putus tali?”

“Bukan.”

“Dah tu?”

“Pukat kena telan rimau!”

“Ha ha ha. Pelik je bunyi.”

“Pelik tak pelik pun aku malas dah nak ke laut. Malas berebut dengan geng pukat rimau.”

“Oooo pasal pukat rimau.”

“1 April nanti aku mula kerja kilang. Cukup bulan dapat gaji.”

“1 April? GST tu!”

“Ni lagi satu pukat rimau!”

“Siapa?”

“GST la, sapa lagi.”

“Kenapa pulak GST jadi pukat rimau?”

“Kamu ni memang tak baca berita.”

“He he he… Aku mana la ada masa ada duit nak beli surat khabar.”

“Tu la.”

“Habis tu macam mana?”

“Macam mana apa?”

“GST”

“Bayar je la. Nak macam mana lagi.”

“Tau la bayar. Tu yang tadi tu…”

“Apa?”

“Pasal GST pukat rimau tu tadi. Apa dia?”

“GST memang pukat rimau. Semua dia sapu. Kalau dulu hanya orang kaya je bayar cukai, sekarang ni semua kena GST. Miskin macam kita ni pun kena bayar GST. Tak ke pukat rimau tu!”

“Jadi kerajaan juga guna pukat rimau la?”

“Mmmm…”

TehrDemikian kisah 'Cinta Pukat Rimau' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


6 Comments

  1. Lynn™ says:

    GST – gigit sampai ke tulang. Pasang pukat rimaulah baru banyak sikit masyuk.
    Sabar aja lah. Bising pun kena bayar juga.
    Lynn™ baru je tulis kisah Entri yang terletak di muka 1 carian GoogleMy Profile

    1. TehR says:

      ya. bising pun kena bayar
      moleknya kita cari idea tambah pendapatan

  2. hahaha..GST punya cerita tuh sakitnya disini dan poket
    blogger lelaki baru je tulis kisah 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)My Profile

  3. akubiomed says:

    Macam tak percaya kenyataan mengenai GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen, kata menteri.
    akubiomed baru je tulis kisah Gelang pintar Xiaomi Mi Band teman kesihatan peribadiMy Profile

  4. titan says:

    haha..

    sana-sini gst je sekarang.
    titan baru je tulis kisah Belajar Resepi buat Taufufah dan Air Soya yang SEDAP.My Profile

  5. muliani says:

    haha bila GST datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun