Cinta Plastik

Kata budak-budak, cinta plastik adalah lebih baik untuk mereka. Sebab? Sebabnya bahan yang diperbuat daripada plastik boleh tahan lama. [Mungkin juga mereka terpengaruh dengan wang baru yang mereka terima sebagai duit raya hari tu.] :D

buai laju-laju
jatuh atas bantal
kenapa garu-garu
kepala tidak gatal

buai tinggi-tinggi
jatuh atas tilam
kenapa cari-cari
dunia bukan kelam

Ada banyak jenis cinta dalam kehidupan manusia. Ada cinta plastik, cinta monyet, cinta beruk, cinta duit, cinta harta, cinta dunia, cinta akhirat dan bermacam lagi. Hanya orang bercinta sahaja yang tahu. Ada pahit, manis, kelat, masam, payau… Hehehe. Ada cinta panas, cinta sejuk, cinta pedas [?]

ketika diri sedang dilamun cinta
lampu merah pun nampak hijau
pagar berduri sanggup diterpa
boleh basah di tengah kemarau

tapi bila hati disapa kecewa
cinta plastik pula bersuara
wajah sendiri pun tiada rupa
jalur pelangi tiada berwarna

Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan bercinta yang melangsungkan perkahwinan dalam musim raya lepas. Moga-moga kalian beroleh bahagia di dunia dan akhirat. Aman damai bersama rahmat Allah selamanya.

Ada sesiapa tahu apa maksud sebenar ‘cinta plastik‘ ni?

TehrDemikian kisah 'Cinta Plastik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


65 Comments

  1. shraqs says:

    Cinta yang direka2 kot. :)
    shraqs baru je tulis kisah Imej Windows 8 Hybrid Dari SamsungMy Profile

    1. tehramuan says:

      mungkin juga tu
      inovasi bahan plastik :D

  2. Cinta yg tak tahan lama kot? sobab plastik mudah rosak ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tanjung Emas MuarMy Profile

    1. tehramuan says:

      macam tu pulak

    2. padin says:

      tapi plastik susah nak terurai….
      padin baru je tulis kisah Hobi : Koleksi 2012My Profile

  3. zool says:

    tak tau cinta plastik..
    plastik isi air taulah. hehheh
    zool baru je tulis kisah Hari Raya yang semakin hambarMy Profile

    1. suri says:

      haaa pastik taoau kuih 3 keping rm1
      suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

      1. tehramuan says:

        beli lauk juga isi dalam plastik, suri

        1. suri says:

          tu bt sampah sllu
          suri baru je tulis kisah Laungkan Merdeka KitaMy Profile

        2. suri says:

          patut bawa bekl sendri dir rumh atau tapawer kwn slamat alm sekitar
          suri baru je tulis kisah Laungkan Merdeka KitaMy Profile

    2. tehramuan says:

      bulan puasa hari tu memang pupolar plastik isi air ni :D

  4. LadyBird says:

    baru belajar nak bercinta…
    LadyBird baru je tulis kisah Adab-Adab Berbicara – Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah KamsahMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya ke?
      selamat datang ke alam cinta, lady
      hehe

  5. maza says:

    apa2 hal pun.. peliharalah cinta sebelum kusam..
    kan kan kan.. heheh

    psst: tetiba teringatkan entry pasal cinta kulapuk.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Kembali MerantauMy Profile

    1. suri says:

      cinta pd kamera bro ar tu
      suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

      1. tehramuan says:

        dslr ke, suri?
        kekasih gelapku tu…
        huhu

    2. tehramuan says:

      siram selalu dengan air tebu :D

  6. suri says:

    cinta tu blh pakai beg plastik

    1. tehramuan says:

      jangan pulak kawin lari bawa baju dalam beg plastik :D

  7. hafizmd says:

    Agaknya sebab ada terma pembedahan plastik kot?

    Tak ori…hehehe
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      memang tak ori, bro

  8. suri says:

    adakah irg yg bercinta tuh duduk dlm beg palstik lutsinar
    suri baru je tulis kisah Menggamit MemoriMy Profile

    1. tehramuan says:

      atau dalam beg plastik hitam
      payah orang nak nampak cinta tu suci atau tidak

  9. Mungkin ianya bermaksud cintakan barang-barang plastik…. :)
    Kita pun dah menuju ke zaman plastik skrg ni sebab kertas dah makin mahal.
    Malaysia coin baru je tulis kisah Kedai duit syiling lama MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro

  10. cantiknya mawar dilihat jauh
    bila didekat bukan keasliannya
    harumnya jauh sekali berbau
    sekadar lafaz cinta tanpa hati perasaan
    cinta plastik cinta tiruan
    direka hanya untuk memainkan perasaan.

    1. tehramuan says:

      cinta plastik cinta tiruan
      ia untuk mainkan perasaan
      lembut lidah manis pertuturan
      sudahnya, kecewa berpanjangan

  11. aridhwan says:

    Cinta sgt manis jika diamati tetapi pahit jika disalahgunakan..

    remind for myself….budak bru nak bercinta..tp berhati-hati..blum tiba masenye..hehe..
    aridhwan baru je tulis kisah Raya 2012 AwesomeMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang sangat perlu untuk berhati2, bro
      usah tertipu nanti…

  12. Bro Zulkbo says:

    salam..
    bahan buat plastik boleh jadi racun merbahaya
    “cinta plastik” pasti beracun kan, dan merbahaya?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Ibarat Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Yang Hitam GelapMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      betul tu, bro
      bahan adunan cinta yang berbahaya

  13. padin says:

    usahkan cinta plastik, cinta pedas pun first time dengar ni hehee
    padin baru je tulis kisah Hobi : Koleksi 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      cinta pedas tu rekaan aku je, bro :D

  14. cinta plastik ni mungkin cinta yg dibuat2 jer kot..yela bekas plastik kan senang nk bentuk..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Teknik Balikkan Cahaya FlashMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      senang nak dibentuk dan diubah suai

      ni mesti kes orang yang pasang banyak kekasih ni
      hehe

  15. rahman says:

    cinta itu buta.. plastik pun plastiklah, janji cinta… mungkin kot huhu :)
    rahman baru je tulis kisah Berhati hati memasang iklan dari googleMy Profile

    1. tehramuan says:

      macm ni kalu…
      orang bercinta tu yang buta perasaan

  16. beckhr00y says:

    cinta sekejap sahaja kot
    beckhr00y baru je tulis kisah Senarai Produk Samsung Mahu Di Ban AppleMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebab plastik tak tahan lama?

  17. akubiomed says:

    Jangan ada yang frust menonggeng kerana dek penangan cinta plastik.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah masanya pulang ke sarangMy Profile

    1. suri says:

      CINTA tapawer ok tak bro tehr
      suri baru je tulis kisah Darah NifasMy Profile

      1. tehramuan says:

        haha
        sesuai untuk musim kenduri

    2. lewis says:

      harap2 takde sampai mcm tu
      lewis baru je tulis kisah Perbandingan Kamera Canon VS Nikon Kamera TerbaikMy Profile

      1. tehramuan says:

        harapnya biarlah cinta asli
        kan?

  18. sensasi2020 says:

    Cinta plastik semakin menarik,
    Mahu tahu lebih lanjut,
    Apa yg istimewa sampai tertarik,
    Pasti ini cinta pasti hanyut.
    sensasi2020 baru je tulis kisah 10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      mahu tahu lebih lanjut
      perlu pula pergi belajar
      cinta begini pasti hanyut
      andai diri lambat sedar

  19. nurmisnan says:

    har3.. cinta plastik + cinta monyet = kelaut…
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #56My Profile

    1. suri says:

      bukan cinta mmbawa kepada akhir hyt tu lbih baik padaNYA
      suri baru je tulis kisah Darah NifasMy Profile

      1. tehramuan says:

        cinta sejati pasti akan dibawa ke akhir hayat

  20. Hafizul says:

    Wahhh menarik pantunnya..pandai sungguh la tehr ni berpantun..ada bakat terpendam @ bakat yang diasah ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #21 – Tenaga Batin Cap AyamMy Profile

    1. tehramuan says:

      bakat kat tepi2 je, bro

  21. Cik Siti says:

    Sayang Pak Mail pergi ke Muar,
    Tinggalkan Kuntum tiada dibawa,
    Cinta plastik cantik di luar,
    kaku bisu tiada jiwa….
    Cik Siti baru je tulis kisah Memulakan TugasMy Profile

    1. tehramuan says:

      cinta plastik cantik di luar
      kaku dan bisu tiada jiwa
      hati tertarik tanpa sedar
      di mana dosa juga pahala

  22. kimmie says:

    cinta plastik tak tahan lama, kena panas cair la jawabnya
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 34: Cara baru memasak menu di hari raya.My Profile

    1. Cik Siti says:

      akhirnya hilang bentuk dan serinya
      Cik Siti baru je tulis kisah Malam Bersama Keluarga…..My Profile

      1. tehramuan says:

        layu sebelum berkembang ke, cik siti?

        1. Cik Siti says:

          gitu le gamaknya….
          Cik Siti baru je tulis kisah Malam Bersama Keluarga…..My Profile

    2. tehramuan says:

      cinta yang tak tahan diuji la ni, kan?

  23. first time dengar cinta plastik…
    semoga cintanya tahan lama spt plastik…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Mengawal Perasaan Emosi Dari Pengalaman Sendiri | Hidup Lebih CeriaMy Profile

    1. tehramuan says:

      masalahnya, ramai orang kata plastik tak tahan lama, bro

  24. kakyon says:

    cinta palsu la tu..
    cinta pedas tu cinta yang penuh dengan rintangan kut..hehe
    kakyon baru je tulis kisah tumit kaki pecah?My Profile

    1. tehramuan says:

      bahaya kalau sentiasa makan pedas :D

  25. titan says:

    tak tahu. tak pernah rasa plastik.
    titan baru je tulis kisah Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      aku pernah makan cendol dalam mangkuk plastik

  26. suri says:

    sedut air dlm bekas plstik
    suri baru je tulis kisah Laungkan Merdeka KitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun