Cincin Berlian

Hei, Mak Sudin…aku ni orang ada-ada tau! Aku ada dua cincin berlian tau!
Hei, Mak Zaiton…aku pun adalah! Cincin tembaga…!
[dari filem Bujang Lapok]

Rupanya sejak dahulu lagi cerita cincin berlian kecoh dalam masyarakat kita. Apabila ‘orang ada-ada’ bangga dengan cincin berlian, orang biasa juga tak mahu kalah, ada cincin tembaga. Cuma Mr Tehr tak tahu pula ada atau tidak cincin tembaga yang harganya sama seperti cincin berlian. Ada orang kata, harga cincin berlian boleh mencecah RM24 juta.

belajar pantun cincin berlian
cuba menulis sambil bertanya
cahaya melantun di jari tangan
duitnya habis tidak mengapa

Mr Tehr ada juga beli cincin berlian dari luar negeri [bukan luar negara] masa nak bertunang dan kahwin dahulu tapi dah lupa berapa harganya, berlian pun hanya sebesar tahi mata sahaja. Yang bagusnya, kehidupan Mr Tehr gembira sahaja kerana tak perlu bayar cukai dan tak juga disiasat oleh SPRM. Tak ada yang buat laporan polis agaknya.

cantik bentuk cincin berlian
hadiah kepada gadis remaja
jatuh terduduk masa berjalan
hanya kerana seorang wanita

Cincin berlian memang cantik dan harganya pula memang mahal. Kata sahabat Mr Tehr yang sering jual perhiasan jari ini, cincin berlian hanya mahal semasa membelinya sahaja tetapi sangat murah kalau mahu menjualnya. Memang tidak bagus untuk dibuat harta simpanan.

# Jangan lupa untuk menyemak arah kiblat ketika matahari atas kaabah besok, 16 Julai 2011 pada jam 5.28 petang waktu Malaysia.

TehrDemikian kisah 'Cincin Berlian' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. padin says:

    tu la pasal bendanya kecik je… tapi harga.. mak aihhhh
    kalau asyik nak berlawan dengan apa yang orang ada, memang parah hidup nanti, bak kata orang, ukur baju badan sendiri huu
    padin baru je tulis kisah 4 Tabiat Penulis TegarMy Profile

    1. tehr says:

      sebagai lelaki aku cadangkan tak payah beli la cincin berlian ni :D
      tak tahu la apa kata kaum wanita

  2. Hadi Rofiee says:

    i’Allah, saya akan mengingati 2 perkara untuk petang esok iaitu penentuan arah kiblat dan juga perlawanan Malaysia lawan Liverpool. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Terima kasih untuk 366 hariMy Profile

    1. Harimau Malaya lwn liverpool… siap liverpool kena baham he he :D
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mahkamah Arah CTOS Bayar Pampasan RM 200,000My Profile

      1. tehr says:

        silap langkah, rimau yang masuk perangkap :D

    2. tehr says:

      insya allah, saya juga, hadi

  3. Jai says:

    Bukan senang nak dapat, ada masa terpaksa berhabis bertolak.. Sekali hilang, menangis tak sudah2..he3
    Jai baru je tulis kisah Live Streaming Malaysia vs Liverpool | Siaran Langsung 16 Julai 2011My Profile

    1. tehr says:

      kalau hilang…

      nakku nangis tak berair mata
      nakku rayu pada siapa…
      huhu

  4. dnoBiz says:

    RM 24J Tu murah lagi Tehr..
    Ada yang sampai USD 24 J, parah tu :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerana lain Jersi – Kerana pakai Jersi MU Remaja dimalukan begitu rupa (Video)My Profile

    1. tehr says:

      kalau aku la
      1k pun dah mahal
      lain la kalau beli hp :D

  5. zulkbo says:

    salam..
    bila nafsu mengatasi akal
    tak mampu pun sanggup
    di beli..duit mari mana belakang
    kira..alahai,nasiblah….
    zulkbo baru je tulis kisah (Gambar) Queen Elizabeth Pun Berbaju Kuning Menerima Lawatan PM Di LondonMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      jangan meminjam dengan along dah la
      kesal tak sudah nanti

  6. Ali ridha says:

    dulu tak payah kena cukai ye.aku pun
    tak tahu cincin berlian boleh dikenakan cukai.
    Ali ridha baru je tulis kisah Ali-alridha.com setahun sudah berlaluMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak kena cukai pun, ali
      aku beli masa kat sarawak je

  7. kawe kawin pakai cincin belah rotan jer… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mahkamah Arah CTOS Bayar Pampasan RM 200,000My Profile

    1. tehr says:

      lagi bagus tu, bro
      nilai emas makin naik
      kalau tak silap, harga emas sedang tinggi sekarang

  8. Ummi Hanie says:

    huhuu..sy masa tunang ke kawin ke x merasa lg cincin berlian …xpe lah…itu bukan ukuran..tp mak ada hadiahkn cincin berlian…syukur…:)
    Ummi Hanie baru je tulis kisah One Lovely BlogMy Profile

    1. tehr says:

      dapat juga tu bila mak hadiahkan
      memang dah rezeki kan, ummi

  9. ghost writer says:

    ada kawan aku cakap,cincin pertunangan lebih mahal dari cincin masa nak angkat nikah..well,aku fikir utk jimatkannya terus saja akad nikah..
    ghost writer baru je tulis kisah terasingMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya macam tu la, ghost
      cincin tunang lebih mahal

      tunang kejap2 je lebih baik
      godaannya tak banyak

  10. yusri says:

    cincin oh cincin…banyak keraguan pasal cerita cincin berlian 24 juta tu…setakat gambar di monitor boleh di pertikaikan….kecualilah dah di print out….ada cop masuk negara…
    yusri baru je tulis kisah Aku tertekanMy Profile

    1. tehr says:

      benar juga tu, yus
      semuanya masih kabur
      masih perlu banyak penjelasan dari banyak pihak

  11. Mus says:

    24j.. boleh buat macam-macam yang lebih berfaedah..
    Mus baru je tulis kisah Jangan Kantoi!! Tekan Pisang Untuk Mula Mencuri.My Profile

    1. tehr says:

      bagi aku la, memang banyak nilainya 24j ni
      memang tak berbaloi kalau hanya untuk sebentuk cincin

  12. Nak beli juga cincin berlian ni, utk pertunangan dan perkahwinan kawe nanti… sedang kumpul duit ckit2 ni… insya allah tahun depan :D
    aktechpage.com baru je tulis kisah DabbleBoard.Com: Whiteboard Online ???!!!My Profile

    1. tehr says:

      amin. lagi 5 bulan je tu, AP

    1. tehr says:

      wah, memang kaya makcik rosmah cikgu tu :D

  13. adele says:

    sy ada cincin berlian pemberian umi ayah..sgt syangkannya..selalu org keliru igt sy dah berpunya..hehehe
    adele baru je tulis kisah Poligami: Hebat Sangatkah LelakiMy Profile

    1. tehr says:

      bagus juga tu, adele
      dapat juga mengurangkan gangguan :)

  14. Nik Thoha says:

    Saya tak mampu nak beli cincin berlian yang mahal ni..hehe
    Nik Thoha baru je tulis kisah Cara Meraih Kepercayaan Orang LainMy Profile

    1. tehr says:

      beli yang biasa2 je, nik
      sekadar buat kenangan

  15. kulanz says:

    Dulu masa aku kahwin, cuma mampu beli cincin belian RM600 selepas diskaun.. berlian tempatan je..
    .. kalaulah aku “menabung dari kecil”, tentu dapat beli cincin berlian harga juta-juta :D
    kulanz baru je tulis kisah Keputusan Bola Sepak Malaysia Vs LiverpoolMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      yang aku beli pun lebih kurang gitu gak harganya :D

  16. Salam bro,

    Kenapa ye cincin berlian ni beli mahal tetapi bila jual harganya murah.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah PinggangMy Profile

  17. akubiomed says:

    Saya tahu siapa bro TehR maksudkan mengenai cicin berlian RM24Juta itu. Kaya dunia apalah sangat yang penting kaya di alam yang lebih kekal

  18. toyol says:

    ntah la..
    rasa nya dh lbh spuluh tahun TK x pkai cincin.
    dr beli berlian, baik beli durian.
    blh gak mkn..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah REBAHMy Profile

  19. hafizmd says:

    saye mmg takde cincin berlian…

    yg ada cincin khwin pemberian isteri, isteri pulak adalah sebentuk dua cincin emas, cincin berlian? takde

    p/s- dulu2 suka beli cincin sepasang, sama pakai sama padan :d
    hafizmd baru je tulis kisah Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?My Profile

  20. maza says:

    hahaha.. maza tak berapa berminat dgn cincin ni…

    tapi tak tau ler kalau ada worg tu suka kat berlin ni sampai sanggup bergolok gadaikan negara.. ahaks..
    maza baru je tulis kisah Tak serupa jantina…My Profile

  21. Zezebel Lair says:

    Ada cincin tunang dan cincin kahwin je…tapi bukan berlian, harga tak sampai 1k pun untuk setiap 1…tapi ok lah kot, kalau terdesak sangat, bolehlah di gadai, hikhikhik…
    Zezebel Lair baru je tulis kisah Early pregnancy signsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun