Cikmin Dan My Playground

myfaheem

pernah lihat?
bukan semua orang dapat
gambar ini cikmin yang buat
diberikan kepada beberapa sahabat
bersama hadiah untuk tambah semangat

ceritanya begini
myfaheem dot com ini
saya singgah beberapa kali
ada hadiah yang cikmin nak beri
suprise sambutan hari bapa tempoh hari

dan saya pula
memang tak buat apa-apa
hanya letak satu link sahaja
tetapi hati cikmin berkenan juga
saya pun terima hadiah itu akhirnya

sungguh mudah
untuk mendapat hadiah
daripada orang yang pemurah
moga-moga cikmin diberkati Allah
bersama keluarga dalam kehidupan indah

Sila singgah ke blog Cikmin yang bercerita mengenai berbagai perkara dari soal masakan, menu, resepi juga mengenai tips sebagai ibu, tulisan mengenai drama di tv atau pun untuk memuat turun beberapa klips video. Bahagia selalu untuk Cikmin di samping suami dan anak-anak.

TehrDemikian kisah 'Cikmin Dan My Playground' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun