Cikgu, Murid Dan Blogger Yang Dikagumi

“Assalamualaikum semua.”

“Waalaikumussalam, Cikgu.”

“Cikgu BM awak bercuti hari ni. Saya diminta ganti kelas kamu. Siapa tak hadir hari ni sila angkat tangan.”

Semua senyap. Tak ada satu pun tangan yang diangkat.

“Semua hadir? Tak ada yang cuti? Ponteng?”

“Ada, cikgu.”

Siapa tak hadir sila angkat tangan.”

Senyap lagi. Ada yang dah mula senyum dan ada yang masih terkebil-kebil tak faham kenapa cikgu bertanya begitu.

“He he”

“Ha ha ha”

Tiba-tiba Ketua Kelas angkat tangan.

“Aik. Awak tak hadir?”

“Kali pertama Cikgu tanya siapa tak hadir hari ini. Kali kedua Cikgu hanya tanya siapa tak hadir. Semalam saya tak hadir. Tu pasal la saya angkat tangan.”

“??”

“Ha ha ha”

Satu kelas ketawa.

“Awak memang pandai. Dah patut sangat awak jadi ketua.”

Ketua Kelas tersenyum tersengeh. Terus berdiri sambil letak tapak tangan kanan pada kepala tali pinggang. Memberi tunduk hormat.

“Terima kasih.”

“Ha ha ha”

Satu kelas ketawa lagi…

“Hari ni nak belajar apa, Cikgu?”

“Mmm… Apa kata kita berpantun. Ini kan masa BM ni. Kan?”

Senyap.

“Cikgu akan mulakan. Dengar ni…”

Pergi bendang mencari jerami,
Mengalas tempat lembu berehat;
Siapakah blogger kamu kagumi,
Pandai nasihat memberi khidmat.

“Mohd Subhi, Cikgu.”

Laju je mulut Ketua Murid memberi jawapan. Penuh yakin.

“Bukan macam tu. Jawab dengan pantun laa.”

Senyap lagi.

“Tak pandai karang pantun? Tak pernah belajar tulis pantun?”

Masih senyap lagi.

Ketua Murid berdiri sambil garu-garu kepala.

“Ya?”

“Saya cuba, Cikgu.”

“Silakan.”

Sejak pagi mencari lokan,
Lokan tiada dapat belangkas;
Mohd Shubhi nama gelaran.
Blognya pula Hidup Ringkas.

“Wah. Terima kasih. Awak memang pandai berpantun.”

Senyap lagi. Semua mata pandang ke arah Ketua Murid.

“Blog ni bagus, Cikgu. Tulisan dia banyak tips untuk berjaya.”

“Ya. Terima kasih.”

“Bagaimana nak jadi usahawan. Bagaimana nak jadi jutawan.”

Ketua Murid sambung lagi.

“Ya. Terima kasih.”

Bapa saya selalu baca blog ni. Saya pun baca.”

Sambung lagi.

“Ok. Cukup la tu. Terima kasih.”

Ketua Murid senyum. Murid lain ketawa kecuali Amira, anak Guru Besar.

“Macam ada yang tak kena je, Amira. Ada pantun?”

Amira bangun sambil membetulkan tudung. Tolak kerusi sedikit ke belakang. Toleh ke belakang sekali ke arah Ketua Kelas. Senyum.

Ketua Kelas senyum.

“Saya cuba, Cikgu.”

“Ya.”

Dalam kelas riuh rendah,
Ilmu dapat hati gembira;
Hidup Ringkas bukan mudah,
Mencari berkat hidup di dunia.

“Terima kasih, Amira. Pandai.”

Amira toleh ke belakang sekali lagi ke arah Ketua Kelas. Senyum lagi.

Ketua Kelas senyum balas.

“Ada siapa lagi yang pernah baca blog Hidup Ringkas ni?”

Semua murid angkat tangan. Serentak.

“???”

“Tak payah nak heran, Cikgu. Hari tu masa perjumpaan Kelab Komputer, Cikgu TehR ada tunjukkan blog Hidup Ringkas. Tu pasal la kami semua pernah baca.”

Ketua Murid memang sentiasa laju buka mulut.

“Oooo macam tu. Patut la…”

“Hampir semua entri baru dia saya baca, Cikgu.”

Ketua Murid beri kenyataan dengan laju sekali lagi.

“Saya baca sekali je masa perjumpaan dulu. Rumah saya tak ada internet, Cikgu.”

Entah suara siapa perlahan je dari belakang kelas.

“Tak apa la. Baca sekali ke… baca tiap hari ke… buku sekolah jangan pula lupa nak baca. Menangis meraung buku tu nanti tak siapa nak sentuh. Tak ada orang sayang.”

Senyum.

“Blog Cikgu Titan, pernah baca?”

“Tak.”

“Tak kenal?”

“Tak. Kami tahu yang tu je. Cikgu TehR tunjuk satu je.”

Murid dekat pintu depan memberitahu dengan laju. Macam tak puas hati sahaja bunyinya.

“Nanti ada perjumpaan kelab lagi sekali, cuba baca blog Cikgu Titan. Cikgu sekolah juga ni. Dalam blog dia banyak cerita hal buat duit. Siapa yang suka duit, memang patut baca.”

“Baik, Cikgu.”

Selamba je budak-budak sekelas ni menjawab. Jujur je bunyi.

“Oklah. Saya ganti kelas ni satu masa je. Lepas ni saya kena masuk kelas lain.”

Penat sungguh mencari jerami,
Berlari berjalan sampai senja;
Ramai tokoh boleh dikagumi,
Jadi panduan perjalanan kita.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, Cikgu.”

“Cikgu.”

Ketua Murid berdiri sekali lagi.

“Ya.”

“Cikgu pernah baca blog Nadot’s Words?”

“Tak.”

“Nanti cikgu ambil masa baca blog ni. Rugi kalau tak baca.”

“Okay…”

blogger-yang-dikagumi


Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my


TehrDemikian kisah 'Cikgu, Murid Dan Blogger Yang Dikagumi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. akubiomed says:

    Murid-murid sekarang sudah pandai baca blog yer. Selamat berjaya bro Tehr. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kongMy Profile

    1. TehR says:

      zaman sekarang ni hp murid lebih canggih berbanding hp cikgu
      huhu

  2. ringantangan says:

    Memang mengagumkan mereka yang disebut itu. Harap boleh mengikut jejak langkah mereka.
    ringantangan baru je tulis kisah Tolong! ada orang pengsan.My Profile

  3. Anuar says:

    Hebat lah murid-murid sekolah zaman sekarang ni .. Dah pandai baca blog.. Blog pasal buat duit pula tu… Senang emak bapak dia orang nanti, bila dia orang pandai cari duit melalui blog… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Pengalaman Buat Duit Online Paling MenyeronokkanMy Profile

  4. puterijamu says:

    dalam byk hal murid generasi y ni lebih advance dari cikgu kan TH… klau kearah kebaikan ok gak tu kan…
    puterijamu baru je tulis kisah Penghadaman Yang BaikMy Profile

  5. adarain says:

    Pandai juga berpantun siap dah da ada peminat blogger lagi.
    adarain baru je tulis kisah Interstellar Sebuah Movie Terbaik Karya Christopher NolanMy Profile

  6. sud@is says:

    anka-anak murid ni tentu pandai berpantun macam cikgu dan pandai berblog, selalulah blogwalking blog cikgu byk ilmiah….
    sud@is baru je tulis kisah Kapal Layar `Jalur Gemilang’ Dato Azhar Mansur berakhir disniMy Profile

  7. Cik Siti says:

    Budak budak sekarang ni bukan setakat suka baca blog tapi juga ada yang lebih pandai berblogging dari kita ni…

    Hati rindu penuh sesal,
    Entah mengapa perlu derita,
    saya bukan nama yang terkenal,
    Cukup hanya menyampai cerita.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kami Yang Sentiasa HAPPY!!!!My Profile

  8. zool says:

    ini kisah betul atau memain ni.. bunyi macam menarik je.. ada ke murid tau blog ligakampung ek?
    zool baru je tulis kisah Berakhir sudah NarutoMy Profile

  9. untung murid ada cikgu yang tulis blog..hu3
    blogger lelaki baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  10. cikgu naman says:

    haha terbaik entri cikgu tehr

    tambah lagi

    kenal tak cikgu naman

    ‘pergi ke kedai beli bawang
    dah lama blognya bersawang

    hehe

    goodluck

  11. suri says:

    semoga berjaya ya cikgu ya hoo…
    suri baru je tulis kisah Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

  12. suri says:

    rasanya ini antara salah satu entri cikgu yang terpanjangs aya baca dalam tahun 2014
    suri baru je tulis kisah Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

  13. suri says:

    banyak blogger jadi guru samping ada tugas sampigan masing-masing
    suri baru je tulis kisah Resepi Topping Cokelat Donut Ala Big AppleMy Profile

  14. suri says:

    untuk sertai contest ini smeoga berjaya hendaknya
    suri baru je tulis kisah Petua Dan Cara Menajamkan Mata PengisarMy Profile

  15. Terhibur sungguh dengan gelagat cikgu dan murid2 ni :)
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Bakar Lemak Pantas Cepat Kempiskan Perut!My Profile

  16. raihanah says:

    Budak skrg pandai dah baca blog ya
    raihanah baru je tulis kisah Cara Merawat Cysts dan Fibroid Pada WanitaMy Profile

  17. Safiya says:

    saya suka entri ni. sgt menarik :)
    Safiya baru je tulis kisah Omega Guard Makanan Penting Untuk Perkembangan Otak BayiMy Profile

  18. Ismail N says:

    Lo.. padan ler lain mcm jer posting kali ni..
    Err masuk contest ehhh. Semoga berjaya bro & all the best.

    Penat sungguh mencari jerami,
    Berlari berjalan sampai senja;
    Banyak blog kawe singgahi
    Tak sekreatif blog tuan hamba
    :D
    Ismail N baru je tulis kisah Elak Obesiti: Jom Kurus BadanMy Profile

  19. Lyn™ says:

    Murid-murid sekarang bukan setakat dah baca blog malah ada yang
    dah pandai berblogging di seawal usia 13 tahun. Hebat.
    Lyn™ baru je tulis kisah Cuka Sintetik VS Cuka AsliMy Profile

  20. titan says:

    blog gua..budak-budak memang tak mau baca.

    ikut survey pun..takde budak bawah 15 tahun baca blog gua. haha..
    titan baru je tulis kisah Buat Duit dengan EMAS memang BEST sebenarnya.My Profile

    1. 15 tahun muda sangat kot,maybe yang dah umur 17 tahun dah pandai berblog..
      Noriza Rahman baru je tulis kisah Hilangkan Kesan Kotoran TANPA Menggunakan Peluntur!My Profile

  21. suri says:

    blog saya mak orang yang baca kot haa..tapi klu tinggalkan jejak komen blogger lelaki
    suri baru je tulis kisah Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan PehaMy Profile

  22. suri says:

    blogger dan manusia dua perkara yang tak boleh pisahkan
    suri baru je tulis kisah Cara Buat Jubah Pengantin Muslimah !My Profile

  23. emalinmohd says:

    Lain daripada yang lain. Syok baca. Good luck!

  24. kak yatiadam says:

    murid2 sekarang ni.. hp mereka semua yg terkini.. kalah cikgu2. Kita zaman dulu.. g sk pun x de hp.. duk di kg mana la ada hp.. g sk pun jalan kaki jr..
    kak yatiadam baru je tulis kisah VITAMIN SHAKLEE BAGUS UNTUK KESIHATAN.My Profile

  25. Niza Yusof says:

    Seronok membacanya. Murid sekarang lebih advance dari cikgu.
    Niza Yusof baru je tulis kisah Testimoni Set HamilMy Profile

  26. interaksi yang keren dan mendidik
    agen pelangsing biolo baru je tulis kisah Apakah pelangsing biolo aman..?My Profile

  27. komunikasi guru yang sangat baik
    pelangsing wsc biolo baru je tulis kisah Harga obat pelangsing merk bioloMy Profile

  28. cara mendidik dan cara kominikasi yang baik
    pelangsing biolo baru je tulis kisah Obat pelangsing ampuh wsc biolo originalMy Profile

  29. hafizmd says:

    terbaikk!
    kalau ambe jadi penganjur..entri ni konpem juga jdi salah sorang pemenang

    rase mcam tak cukup pulak citer ni..hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah dengan BankMy Profile

  30. klikme.net says:

    anak-anak sekarang luar biasa sudah pada pandai…
    klikme.net baru je tulis kisah Cara Mengecilkan Perut BuncitMy Profile

  31. Box Bayi says:

    Saya juga mau dijadikan Murid nya ni… hehe
    Box Bayi baru je tulis kisah By: Box Bayi Laci Model Terbaru | Toko Indo FurnitureMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun