Cikgu Marah Anak Saya Lagi, Saya Tumbuk Cikgu

Aku pernah menulis mengenai kisah ibu yang sanggup menunggu dan menemankan anak di sekolah sampai bertahun-tahun. Hari ini, dalam kesibukan diri sendiri, aku kongsikan satu komen yang agak panjang pada entri berkenaan untuk pembaca yang singgah di sini. Aku pasti tak ramai yang kembali ke entri berkenaan untuk membaca komen dan pendapat yang ada di sana.

murid

Saya pun sama..minggu lepas saya lempang sorang murid tahun 3 sebab tak menyalin soalan yang hanya sebaris. Kelas 60 minit..jwpn murid itu sebab “penat nak salin”..mcm mana sy tak naik angin..sebaris ayat di katanya “penat menyalin”..rupanya murid itu terbiasa..waktu rehat ibunya akan dtg duduk dalam kelas dan menyalin utk anak. Anaknya pula berlari-lari bermain di dalam kelas ketika ibu sibuk menyiapkan kerja anak.sampai bilapun anak takkan siap kerja sebab ada talian hayat.bila saya tanya ibunya adakah puan buat kerja anak si ibu berbohong terang-terangan sedangkan murid sekelas yang lain dengan lantang menjerit “tipu ibu dia cikgu.ibu dia duduk disini dan buat kerja dia.dia berlari-lari bermain saja sambil makan”..kanak-kanak tidak berbohong. Semalam saya hampir di langgar ayah murid tersebut beserta ugutan “cikgu marah anak saya lagi, saya tumbuk cikgu” . Hari ini dengan egonya si ibu masuk dan duduk di dalam kelas tatkala waktu rehat dengan muka yang sombong dan murid saya mengadu “cikgu..mak dia kata kalau cikgu tampar anak dia, dia akan tampar cikgu”..maaf tapi saya akan abaikan murid ini dalam kelas.kalau mahu buat kerja saya terserah..tak mahu,takpa..yang bodoh nanti bukan anak saya..sukar mendidik murid yang terlalu dimanjakan ibu bapa yang kononnya sayang anak sedangkan tindakan ibu bapa itu hanya akan merugikan anak tersebut.

cikguAku salin semua sekali apa yang ditulis oleh Anne, seorang cikgu Tahun 3. Komen asal beliau dalam entri Gelisah Hati Seorang Ibu Dan Anak ada DI SINI.

Cucur ada cendol pun ada,
Sedap rasa hidangan petang;
Cikgu juga manusia biasa,
Ada ketika sabarnya hilang.

TehrDemikian kisah 'Cikgu Marah Anak Saya Lagi, Saya Tumbuk Cikgu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. papa mifz says:

    mungkin murid tuh sudah terlalu dimanjakan oleh ibunya, tak boleh la macam tuh kan…
    papa mifz baru je tulis kisah Rumah P.Ramlee , PenangMy Profile

    1. suri says:

      anak sy surh dia bt sndri..itu terkadang memain.slu sy pujuk dia baik2 kena ada caranya yg betul..

      walau dlm hti kesian kecik2 4 tahun dh guru bg keje rumah heeee
      suri baru je tulis kisah Peritnya Bersama KamuMy Profile

  2. akubiomed says:

    Cabaran guru yang perlu diharungi zaman alaf baru dan susu formula.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Hari Pengundian PRU13My Profile

  3. mancai says:

    ermmm… aku yang ada anak nie… kalau baca cerita2 begini menakutkan… tapi mesti perlu baca untuk menambah pengatahuan,
    mancai baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Apa Bikin?My Profile

    1. suri says:

      skrg anak murid tak takut guru tapi guru risau kt anak murid slh cakp habislah guru di suakan huhu..

      klu ank murid gagal..guru pula yg kena soal sedangkan ank2 main2 kt dlm kelas..
      suri baru je tulis kisah Patung Yang Tidak BernyawaMy Profile

    2. suri says:

      perkara mmg betul2 terjadi klu dulu2 mana ada
      suri baru je tulis kisah Kenali Jenis-Jenis Dan Faedah Bertungku Part IIMy Profile

  4. ade eh mak macam tu…

    die tak takut ke anak pijak kepala die…

    gerunnye aku baca kisah ni…

    terasa macam die bukan jaga anak sendiri tapi jaga anak sultan mungkin…

    semua pun tak boleh tegur…

    minta dijauhkan
    :(
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah korban dua helai seluarMy Profile

  5. Bro Zulkbo says:

    salam..
    adehh..payah jadi cikgu gitu
    kita nak mendidik, mak ayah
    nak “menitik” kita pulak..kalau
    saya saya “titik” balik..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Terkini PRU-13 : Pilihanraya Pada Ahad 5 Mei 2013My Profile

    1. Ummikami says:

      Baik jangan…sabar dalam kesabaran… :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

    1. Ummikami says:

      Tudiaa aihh….sabag sat na… :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

      1. titan says:

        takde sabar-sabar. nak gua sabar, kena belanja cendol dulu..
        titan baru je tulis kisah Selalu tak dapat macam ini?My Profile

        1. suri says:

          haa.. pijak kaki dia haa…
          suri baru je tulis kisah Patung Yang Tidak BernyawaMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    ..apabila seorang hamba melahirkan tuannya. itu lah senario akhir zaman. Lain kali suruh mereka buat sekolah sendiri kat belakang rumah, ajak ayam itik belajar sekali ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANGMy Profile

    1. Ummikami says:

      Betul tu dja….Kak Ummi sokong. :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  7. HafizAmri says:

    cabaran menjadi seorang pendidik..
    ibu bapa juga seorang pendidik..
    Didiklah anak dgn bijaksana .. :)
    HafizAmri baru je tulis kisah Doa PenahanMy Profile

  8. eiela says:

    smpai cmtu sekali, cabaran jd pendidik. patutnya mak dia xbleh buat mcm tu tp kena biar ank buat kerja sdri. klau xnak kena paksa or rotan bkn ikut ckp anak.
    eiela baru je tulis kisah Lain Nak Cerita Lain DitaipMy Profile

  9. Hairul Azni says:

    Mak bapak macam ni pun ada ka?
    Hairul Azni baru je tulis kisah Tarikh Penting PRU 13My Profile

  10. Joe says:

    Kalau dulu situasi nya jauh berbeza dari sekarang. Budak budak sekarang dah terlampau dimanjakan. Ini hanya akan merugikan anak anak sendiri sahaja.
    Joe baru je tulis kisah Cara-Cara Tingkatkan Jumlah Trafik BlogMy Profile

  11. azura says:

    tahun 3 perangai begitu, kalau tingkatan 3 tak tahu ler cikgu…
    azura baru je tulis kisah Mandi Sungai TekalaMy Profile

  12. Lynn says:

    ABC dipesan semangkok
    Lai chi kang dipesan juga
    Kalau nak tengok anak menjadi bongok
    Try-try la buat cam tu juga.

    ( Pukul anak juga tapi sebat kat tapak kaki jer ler )

    1. Ummikami says:

      Tudiaa pantun Lynn… :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  13. cabaran menjadi pendidik zaman ini..anak murid semakin hilang hormat kepada guru kerana salah asuhan ibubapa.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Pantang Larang Sebelum TidurMy Profile

    1. Ummikami says:

      Ummi setuju sangat… :D
      Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  14. Ummikami says:

    Salam hormat cikgu.. :)

    Makan pinang diracik-racik,
    Raciklah sendiri dibubuh gambir;
    Bukan senang menjadi pendidik,
    Didiklah diri contoh berfikir.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  15. Ummikami says:

    Tairu dijamah baru dibasuh,
    Rasa bergenang menjilat jari;
    Guru berhemah guru bercontoh,
    Jasa dikenang berkilat dimemori.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  16. Dkna Abza says:

    menatang minyak yang penuh…ibu bapa sekarang tak sama macam zaman dulu2 didik anak berdikari
    Dkna Abza baru je tulis kisah Proses Ujian Saringan HIV Pra PerkahwinanMy Profile

  17. hafiz says:

    ibubapa skrg tak macam ibubapa dulu…biarkan jelah bro…
    hafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Terengganu vs Johor Darul TakzimMy Profile

    1. suri says:

      nak anak pandai kita mesti tegas kalud i manjakan apa tak dpt
      suri baru je tulis kisah Patung Yang Tidak BernyawaMy Profile

  18. maza says:

    aduhaiii.. ada juga makbapak jenis mcm ni.. malang sungguh lah….

    dan sesungguhnya maza rasa, makbapa dan anak2 beliau perlu ke sekolah psikologi sama.. uhuyk!
    maza baru je tulis kisah Putih-putih MelatiMy Profile

  19. Juan says:

    wahh, saya yg baca pon hangin nih, ada kena ajar anak tu la apsal mak ayah pertahan anak plak, adehh
    Juan baru je tulis kisah Tips Petua Membakar Lemak dan Cara Menurunkan Berat Badan Dengan BetulMy Profile

  20. Amirez says:

    eloklah mak ayah budak tu buat macam tu. nanti exam jangan salahkan cikgu kalau anak dia tak dapat jawab soalan. dia ingat boleh tolong anak dia jawab soalan exam jugak kot.
    Amirez baru je tulis kisah Tarikh Mengundi PRU13My Profile

    1. suri says:

      bapa moden mak moden patut tak cam tukan huhu..kecwa dan tak peraya sunggguh sy di buatnya..
      suri baru je tulis kisah Cerita Si Gelung BatuMy Profile

  21. Zida says:

    peliknyaaa! mak bapak ni tak fikir ke masa depan anak-anak?? bila lah anak nak pandai kalau berterusan macam ni T_T
    Zida baru je tulis kisah Aduh, Peritnya Mengulang!My Profile

  22. khairil says:

    inilah jadinya bila ibu bapa terlalu manjakan anak-anak. takut2 nanti pelajaran budak tu juga yang terabai.
    khairil baru je tulis kisah Iklan Banner Internet Pertama Di DuniaMy Profile

  23. Wan Fauzi™ says:

    ibubapa sekarang nie berbeza dengan zaman dulu…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Palestine Land Day Ke-37My Profile

  24. nazra says:

    kalau sampai macam tu mak ayah dia jaga dia camtu, baik mak ayah dia ja yg ngajar/sekolahkan dia kat rumah
    nazra baru je tulis kisah Sering selsema? Mari melatih sistem imun untuk melawan selsemaMy Profile

  25. sukma says:

    ibu bapa zaman sekarang…suka manjakan sangat anak tu…kalau anak tak pandai salahkan cikgu…kalau anak kurang ajar takkan nak salahkan cikgu lagi….tu pasal aku tak jadi cikgu…tahap kesabaran aku tahap gaban…hehe
    sukma baru je tulis kisah Petinju Wanita Jepun Yang Cantik Dan Sexy Ini Kini Memeluk IslamMy Profile

  26. suri says:

    dulu ank2 taat kata bapa atau ibu skrg blh kira dg jari.
    suri baru je tulis kisah BungaTiga BulanMy Profile

  27. hafizmd says:

    Cabaran mmg makin besar. Harap ibubapa taklah manjakan anak tak bertempat.

    Ambepun boleh naik angin kalau tiap2 hari camni
    hafizmd baru je tulis kisah Super Suami?My Profile

  28. ohcikgu says:

    belasah aje. hehe
    ohcikgu baru je tulis kisah 1 Perak dan 3 Gangsa.My Profile

  29. Hafizul says:

    Emm ni lah resiko menjadi warga pendidik..kadang2 ibu bapa terlalu manjakan anak, saya rasa tak wajar lah..ini masa depan anak..bukan masa depan kita ataupun orang lain..anak saya nanti, insyaALlah saya tak kan campur tgn hal sekolah kecuali perkara yang sy rasa tak logik..di sekolah cikgu la take over..kat rumah baru tugas kita pula.itupun susah ke?adoiii
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun