Cikgu Guna Pistol Buatan Sendiri

Terkejut juga aku melihat cikgu guna pistol buatan sendiri di padang sekolah. Kali pertama dalam hidup aku melihat pistol buatan sendiri macam ni. Selamba badak je cikgu lelaki ni dibawa pistol buatan sendiri depan budak-budak.

Bila aku tanya mana datangnya pistol yang cantik molek tu.

Katanya dari PPD.

PPD mana tak pula aku terus bertanya. Lagi pun cikgu tu sedang sibuk uruskan budak-budak peserta untuk acara yang akan dilangsungkan.

Kalau tak silap aku, acara lari 200 meter hendak dijalankan. Peserta dan penjaga garisan juga nampak seperti sudah bersedia di balapan.

guna pistol buatan sendiri
sambil guna sambil berdiri
alat pelepas murid berlari
acara sukan di sekolah kami

Cikgu Guna Pistol Buatan Sendiri

Pistol kayu buatan sendiri yang kacak bergaya.

Cikgu sekolah aku guna pistol kayu buatan sendiri sebagai alat pelepas dalam acara sukan. Sekeping papan setebal setengah inci diukir seperti bentuk pistol. Badan warna hitam dan pemegangnya pula dicat merah.

Pada pandangan aku seperti sedikit besar.

Ukiran kayu bentuk pistol yang kacak bergaya ini kemudiannya dipasang dengan spring perangkap tikus. Yang warna merah dekat muncung pistol tu kira macam peluru la…

Walau pun peluru tu tak kemana, tapi bunyi yang terhasil daripada pistol kayu buatan sendiri ini agak kuat juga. Boleh terkejut baby yang sedang menyusu. :D

pistol kayu cantik sekali
dipasang pula spring besi
mesti diguna berhati-hati
tersepit jari bergetar gigi

Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Cikgu Guna Pistol Buatan Sendiri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. Anuar says:

    Kreatif sungguh cikgu-cikgu zaman sekarang ni yer… hehehe
    Anuar baru je tulis kisah Pengalaman Buat Duit Online Paling MenyeronokkanMy Profile

    1. TehR says:

      cikgu kita memang kreatif
      dulu, kini dan selamanya :D

  2. Suriya says:

    saya gembira betul ke blog ni, sebab ada pantun yang comel. heheheh. ish hebat betul cikgu tu, sampai boleh buat pistol..nanti boleh ajar budak-budak..eh ehe
    Suriya baru je tulis kisah Ubat Kencing Manis KHAS Untuk Yang Tak Nak Potong KakiMy Profile

    1. TehR says:

      sila jangan segan
      singgah ke tehramuan
      kecil tapak tangan
      tikar jerami ditadahkan

  3. onlajer says:

    ni mesti orang lama yang buat pistol kayu nih
    onlajer baru je tulis kisah Cerita Ajaib Secangkir Air KopiMy Profile

    1. TehR says:

      rasanya memang orang lama
      pistol ni dah boleh hantar ke muzium dah…

  4. hafiz says:

    memang kreatif mcm ni. jimat belanja…
    hafiz baru je tulis kisah Tips lulus temuduga PTD 2014My Profile

  5. ringantangan says:

    Fuhh.. Kreatif habis, baru murid-murid akan lebih bersemangat nak lari laju-laju. :)
    ringantangan baru je tulis kisah Lepas bebas, atau kawal ketatMy Profile

  6. titan says:

    sekolah gua guna papan dua keping aje. haha..
    titan baru je tulis kisah Siapa nak beli Tiket Legoland Murah?My Profile

  7. suri says:

    dulu saya pakai papan sekeping pastu getah dan kertas sebagai pelurunya

  8. suri says:

    ini kalau tikus tersepit memang seronok di bakal terkejut
    suri baru je tulis kisah Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan PehaMy Profile

  9. suri says:

    masa dulu ada tikus orang akan leytyak kucing dan bela dalam rumah
    suri baru je tulis kisah Cara Buat Jubah Pengantin Muslimah !My Profile

  10. suri says:

    cikgu buat ni unutk serang anak murid nakal ke apa
    suri baru je tulis kisah Cahayacinta Layan Geram Homemade Resepi Cendol MelakaMy Profile

  11. suri says:

    kalau anak murid buat pula cam mana gaya adakah lebih keratif dari ini
    suri baru je tulis kisah Blogger Buat Duit OnlineMy Profile

  12. suri says:

    suka masa sekolah tingkatan tiga subjek kemahiran hidup dengan berkebun.bertukang bagai hee..
    suri baru je tulis kisah Resepi Topping Cokelat Donut Ala Big AppleMy Profile

  13. kreatif nie..jangan nanti ada murid tiru buat main bedil plok
    blogger lelaki baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  14. Ani Haryani says:

    Bagusnya cikgu ni, kreatif sangat. Pistolnya menarik perhatian semua mata memandang :)
    Ani Haryani baru je tulis kisah Berat Turun Riuh SekampungMy Profile

  15. Safiya says:

    tak takut anak murid dpt idea guna pistol kat sekolah ke ? huhu
    Safiya baru je tulis kisah Kenapa Saya Ambil Vivix ?My Profile

  16. BUNDA says:

    Teringat lagi masa zaman budak2 dulu…bapak buat sendiri senapang kayu untuk adik2 lelaki…nak beli tak mampu…beli satu nanti berebut pulak…yelah anak lelaki berderet 4 orang …
    BUNDA baru je tulis kisah WW # Comel Tak Kak Non?My Profile

  17. kakyon says:

    teringat masa zaman bebudak..abang buat pistul berpelurukan buah ceri. perit juga kulit bila kena tembak..
    kakyon baru je tulis kisah Melancung ke Turkey part6My Profile

  18. Siti says:

    suka baca pantun-pantun kat sini..
    Siti baru je tulis kisah Testimoni Alfalfa atasi KeputihanMy Profile

  19. dja@sishaza says:

    Agak2 sesuai tak kalau cikgu RBT ajar murid buat pistol ni .. ?
    dja@sishaza baru je tulis kisah MESRA ALAMMy Profile

  20. dja@sishaza says:

    ” cikgu kita memang kreatif
    dulu, kini dan selamanya ” … setuju dengan ungkapan ni :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah MESRA ALAMMy Profile

  21. Nurul says:

    Cikgu tu sangat kreatif, tengok bpun tak la gerun sangat :)
    Nurul baru je tulis kisah Cara Saya Mengumpul Stok Susu BerterusanMy Profile

  22. Mus says:

    janagn ker kena tangkap polis.. hihihi
    Mus baru je tulis kisah Festival Bagandang Beaufort 2014 Pada 18-22 November 2014My Profile

  23. akubiomed says:

    Kreatif. Jadilah asalkan kelur bunyi. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kongMy Profile

  24. Cik Siti says:

    Kreatif… biasanya pakai peluru kapur kan
    Cik Siti baru je tulis kisah Gagal kali pertama bukan gagal selamanyaMy Profile

  25. cikgu kena kreatif nak disiplinkan kanak2 sekarang bukan calang2

  26. myrujukan says:

    dah lama x singgah sini, lain pula theme blog nih. saya tgk gambar pistol tuh terus saya katakan yang ianya SANGAT KREATIF. terbaikk
    myrujukan baru je tulis kisah Cara Buat Duit Dengan Youtube AdsenseMy Profile

  27. emalinmohd says:

    Ini boleh dikembangkan penggunaan masa hari sukan kat tempat kerja
    emalinmohd baru je tulis kisah Mengapa Anak Saya Keras Kepala?My Profile

  28. Hero Borneo says:

    kreatif juga ye..dulu masa kecil pernah buat pistol buatan sendiri yang boleh digunakan untuk menembak..kemahiran itu saya tidak akan ajar pada sesiapa takut disalah guna..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Dilema Kalau Perempuan Menyerupai LelakiMy Profile

  29. Zul says:

    memang kretif cikgu ni..tapi tak bertempat !
    Zul baru je tulis kisah Paradise Restaurant – Masakan Pakistan SedapMy Profile

  30. Guna pistol buatan sendiri
    Sambil guna sambil berdiri
    Saya ingat mau beli
    Nak buat tambah koleksi :)
    Malaysia Tercinta baru je tulis kisah Maharaja Lawak Mega 2014 Full Episode Online #MaharajaLawakMegaMy Profile

  31. Mohd Shubhi says:

    Perghhh! memang respek giler dengan cikgu tu. Tersenyum aku dibuatnya. Memang menghiburkan artikel ini… best!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 3 lagi urusan penting elak perniagaan tak menjadiMy Profile

  32. jaymiee says:

    dulu kecik2 ada benda ni….mmg best tapi skrg dah lupa mcmana nak buat……budak skrg pun dah tak main dah benda2 macam ni…
    jaymiee baru je tulis kisah Dream Trip To Macau.My Profile

  33. sangat kreatif la ‘akal’ cikgu ni :)
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Detox Infused Water Mencuci Tubuh BadanMy Profile

  34. ajiewp says:

    salam , kenal
    artikel yang sangat menarik dan fun…..

  35. awas tuh bahaya
    obat diabetes ampuh baru je tulis kisah obat diabetes (gula) aman ampuhMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun