Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki

Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki

Jangan hairan kalau ada sekumpulan wanita dengan beberapa cerita berlainan. Serentak pula. Langsung tak jadi masalah kepada mereka. Wanita masih boleh mendengar cerita rakan di sebelah sambil bercakap dengan rakan yang lain.

Otak wanita memang diciptakan begitu. Dicipta untuk mengurus banyak perkara dalam satu masa.

Wanita boleh melakukan kerja sambil bercerita. Bersembang dengan panjang lebar sambil menyusukan anak kecil. Sempat lagi belek-belek cincin, gelang, rantai atau beg tangan. Wanita juga boleh masak lauk, kemas rumah atau lipat kain baju sambil berkata-kata. Boleh gelak-gelak lagi tu…

Kerjanya siap juga dengan sempurna.

Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki

Jadi, korang para suami kat luar sana. Korang tak payahlah nak paksa isteri korang duduk tegak tak bergerak. Bila korang nak cakap apa-apa. Cakap je apa yang korang nak cakap. Isteri korang boleh dengar apa yang korang ceritakan.

Mahu berjalan beriring berdua,
Mahu berenang air yang jernih;
Orang perempuan muda dan tua,
Kalau bersembang selalu lebih.

Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki Tak Sama

Lelaki pula tak boleh mendengar sambil bercakap. Tak boleh buat kerja sambil mendengar percakapan orang lain. Bertanyakan soalan sahaja mereka sudah hilang tumpuan. Boleh terlepas simpang jalan masuk ke rumah, kalau ada siapa-siapa yang bertanyakan apa-apa soalan ketika memandu.

Otak lelaki memang diciptakan begitu. Dicipta untuk menyelesaikan masalah dengan tepat.

Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki

Jadi, korang para isteri kat luar sana. Korang tak payahlah nak lebih-lebih soal jawab. Banyak nak tanya. Nak manja ngada-ngada. Terutama sekali ketika suami korang sedang beri tumpuan pada sesuatu. Tak pasal-pasal nanti kena marah.

Sebab itu lelaki diam bila berfikir. Wanita pula berkata-kata sambil berfikir. Otak lelaki dan otak wanita memang diciptakan begitu.

Tak ada ubi dibeli mangggis,
Simpan jeruk di dalam puan;
Orang lelaki mulutnya manis,
Pandai pujuk hati perempuan.

“Malas la cakap dengan abang ni. Macam cakap dengan tunggul kayu je!”

Haha…

TehrDemikian kisah 'Cerita Wanita Dan Cerita Lelaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Adehh.. ada kaum hawa yang mahu mengesahkan kenyataan di atas? .. Kawe ok jer dengan penyataan buat kaum adam.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 10 Pemain Badminton Terbaik Di DuniaMy Profile

  2. ajumohit says:

    setuju2, apapun fikir satu je, kita hidup ni tak lama, yg penting hidup mesti sepakat, rugi kalau bergaduh lelama, apa yg penting kerjasama!!!
    ajumohit baru je tulis kisah 3 malam tanpa anak-anak perempuankuMy Profile

  3. mrhanafi says:

    lelaki dan wanita perlu persefahaman supaya komunikasi lebih mudah
    mrhanafi baru je tulis kisah Pekerja ladang serang pasukan polisMy Profile

  4. Puput says:

    Keberadaan wanita dan lelaki saling melengkapi.

  5. zool says:

    yup cerita lelaki dan cerita pompuan menang tak sama tapi biasa ngumpat tu ada je
    zool baru je tulis kisah Sukan SEA 2013 : Keputusan perlawanan bolasepak Malaysia vs SingapuraMy Profile

  6. filthyemails says:

    setuju2, apapun fikir satu je, kita hidup ni tak lama, yg penting hidup mesti sepakat,

  7. Hafizul says:

    Hahaha..itu dah normal kan bro…selalu gak kalau time saya wak kerja, isteri suruh itu suruh ni..cakap itu cakap ni..mula lah rasa macam nak jentik laju-laju jer telinga dia tu..memang tak leh la kalau ornag puan kacau time orang laki duk wak kerja..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Harga Baru Panduan JobdirumahMy Profile

  8. Lelaki kalau nak bersembang tu boleh je. Tapi pekena teh tarik dulu la, baru boleh sembang panjang. Time buat kerja, memang sorry la, tak boleh nak layan. Kang kerja tak siap boleh celaru jadinya.

  9. kakiblog says:

    setiap kejadian yang berpasangan ada hikmahnya..kuasa Allah SWT
    kakiblog baru je tulis kisah KB Kini Kembali Dari BercutiMy Profile

  10. maza says:

    wakakaka . . .

    maza setuju dengan cikgu ther..
    maza kalau sedang fokus, jangan diganggu, boleh mendatangkan keruh tu.. hahaha

  11. indahnya perhubungan yang Allah beri kan?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah perihal ketamMy Profile

  12. titan says:

    haha..

    gua mampu gelak aje sekarang.
    titan baru je tulis kisah Mari melancong ke Banting.My Profile

  13. Arman says:

    Aku rasa ada benarnya apa yg di katakan. Aku kalau dah fokus buat kerja kalau ada org tanya memang lambat aku nak jawab. Ini fakta untuk lelaki mmg aku sahkan lah. bagi wanita. Tak pasti pula aku. Ada tak wanita nak mengaku kat sini.
    Arman baru je tulis kisah Review Aplikasi Android Denaihati TerbaruMy Profile

  14. dja@sishaza says:

    Ada rahsia di sebalik setiap yang diciptakanNYA …. perkara yang nampak berbeza tapi mampu beri kesimbangan dalam hidup kita. Jadi kena saling menerima

  15. Lelaki oh lelaki .itulah dunia kita sebagai lelaki
    Mohd Azrin bin Abu Bakar baru je tulis kisah Maafkan aku , maafkan akuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun