Cerita Tentang Tumpat

Cerita tentang daerah Tumpat
Penduduknya amatlah padat

Daerah penghujung negeri Kelantan
Bersempadan pula negara Siam
Berbilang bangsa juga keturunan
Berbagai pula budaya dan resam

Di Pantai Tujuh ru melambai
Nelayan memukat di hujung kuala
Petani dan kerbau di tengah sawah
Pengkalan Kubor di seberang Takbai
Penuh pengunjung di musim raya
Juga apabila cuti sekolah

Taman Mahkota di tepi sungai
Bukit Tanah istana raja
Pasar petang di Kampung Bunohan
Kok Majid penghubung pulau
Wakaf Bharu riuh dan ramai
Cabang Empat menumpang ceria
Setesen keretapi hujung landasan
Setia menanti membawa perantau

Cerita tentang daerah Tumpat
Usah disimpan sampai berkarat

TehrDemikian kisah 'Cerita Tentang Tumpat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun