Cerita Tentang Hutang

Hutang wajib dibayar walau pun tidak dituntut. Agama Islam membenarkan berjual beli tetapi mengharamkan riba. Dalam berhutang juga selalu ada unsur-unsur riba yang diharamkan itu. Sama-samalah kita beringat dan cuba memilih cara berhutang yang diharuskan oleh Islam.

hutang emas boleh dibayar
selalu juga bertahun dibiar

hutang budi akan dibawa mati
kadang-kadang terbayar body

orang dahulu ambil hutang ceti
bunga gugur masih tumbuh lagi

sekarang lagi senang berhutang
hinggakan hutan pun dah terang

kalau berhutang dengan along
pasti dikejar keliling kampung

zaman sekarang pakai kad kredit
boleh pula dibayar berdikit-dikit

blogwalking pun dah jadi hutang
gigih berziarah malam dan siang

hutang puasa tahun yang lalu
sudahkah dibayar oleh kamu

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi].

Hutang budi pula bagaimana? Perlu dibayar juga? Budi dan jasa ibu bapa dah banyak sangat kita nikmati. Sanggup membayarnya? Berapalah sangat budi kekasih yang selalu pula akhirnya membawa kesengsaraan berpanjangan.

TehrDemikian kisah 'Cerita Tentang Hutang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun