Cerita Pasal Motor

Semalam memang hari sibuk. Sangat sibuk. Jadinya semalam hanya sempat sediakan sekeping gambar motosikal jaguh sebagai hiasan Wordless Wednesday. Boleh diterima ke? Mr Tehr pun belum sempat nak ambil tahu mengenai WW ni.

Cerita pasal motor, Si Jaguh tu yang sebenarnya kepunyaan seorang rakan di sekolah. Hiasan air brush yang ada pula dibuat oleh seorang rakan lain tetapi telah berpindah. Mr Teh ni tak pandai melukis apa lagi dengan teknik air brush ni. Di rumah pula hanya ada sebuah kapcai, sebuah Ego dan sebuah basikal sahaja.

sebelah pagi naik kapcaicerita pasal motor
pergi ke pasar beli kucai
borak kejap dengan lebai
cakap banyak tak pandai

tunggang ego bila petang
anak gadis pula tumpang
jalan-jalan pergi padang
cari rerama cari belalang

sangat lenguh segala sendi
penat sungguh tangan kaki
basikal dikayuh juga sesekali
keluarkan peluh sihatkan diri

Mr Tehr suka juga kalau dapat berkonvoi dengan motor besar ke seluruh negara. Lagi bagus kalau dapat kumpulkan rakan-rakan blogger. Ada siapa-siapa yang nak join ke? :D Tapi nak beli dan ‘memelihara’ motor besar ni payah juga, kan? Perlu banyak belanja tu.

TehrDemikian kisah 'Cerita Pasal Motor' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    ermmm…nak kata apa
    saya fobia bawak motor nih
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Aishwarya Rai MengandungMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      bro zul pernah jatuh motor ke?

  2. zik says:

    naik motor memang best kalau konvoi…yerla kalau rosak ker bocor.. ada jugak yang boleh tolong….
    zik baru je tulis kisah Imam muda 2 2011- minggu ke 8- pengurusan jenazahMy Profile

    1. tehr says:

      yang tak bestnya bila hujan je, zik :D

  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    balut sarung seat door trim dan dashboard kereta

    naik motor pegi keja
    tgh jalan tayar pancit
    habis tu cemana nak pi keja
    sbb tayar dah pancit?

    Waja Putih Siren Biru,
    Nampak Rempit Bebuat Lalu,
    Sekali Rempit Buat2 Tak Tau,
    Mereka Semua Pasti Berbulu.

    Masuk Dataran main wheelie,
    Pasang Monorack Wajib dicari,
    Nampak Road Block Jangan Tak Lari,
    Nanti Korang Sure Kene Gari…

    Depan Muzium Sebelah Kiri,
    Corner Parlimen Name DI Beri,
    Layan Corner Tak Sedar Diri,
    Salah Seret Berterabur Gigi.

    Turun Pesta Malam Minggu,
    Singgah Town Rempit Melayu,
    Bawak Moto Jangan Lelaju,
    Silap Besar Jadi OKU…
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      hahaa

      dari kecik sampai besar
      nasihat orang tak dengar
      rempit motor dia berlanggar
      jadi oku dah sesal benar

  4. LiFe KaMi says:

    kat rumah kami takde motor ,da bg adik bawa gi kerja..
    ingat nak beli gak senang nak ke kedai ke,
    plan beli vespa baru tu..hehe

    blog kami telah pulih semula, thanks kerana sudi singgah..:)
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Cara Hilangkan Malware Di BlogMy Profile

    1. tehr says:

      memang perlu ada motor, LK
      senang kalau nak ke kedai yang dekat2 sekitar rumah

  5. tips-kurus says:

    bro tehr bole join Linda Onn & Dato’ CT. tapi Dato; tu p wataniah sekarang. hehe!
    tips-kurus baru je tulis kisah Rabu Membisu – Rasa lembut macam babyMy Profile

    1. tehr says:

      join linda?
      nak2 :D

  6. terjawab persoalan semalam… :D
    jom konvoi… ada sesiapa sewa motor?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Lunch Time!My Profile

    1. kalau sewa pun berapa tu bro?

      TE banyak model je xD

      1. tehr says:

        haha
        kalau bawa model tu letak dalam kereta
        boleh juga ke?

    2. tehr says:

      kawe pernah sewa motor kat langkawi je
      tak tahu la pulak ada ke tidak kat tanah besar ni, bro

  7. adah says:

    nk join! nak join! hehehehe…

    tp leh bwk mtr kriss buruk je…haha..tp still berangan nak bwk mtr besar…kehkehkeh…
    adah baru je tulis kisah Wordless Wednesday- 1My Profile

    1. tehr says:

      kriss pun boleh, adah
      kita bagi peluang kriss jalan duluan :D

  8. fuh best tu konvoi motor besar..TE nak jenis sport, bro mesti nak jenis naked rider kan?

    1. tehr says:

      alahai, TE
      aku ni dah tua la
      kena bagi yang sport juga, baru la sesuai
      huhu

  9. puteri says:

    teringat lagu zaman dulu2…

    “naik moto ramai-ramai
    tak ada cukai
    jangan buat pasai
    nanti ditangkap polis
    di bawa pergi ke balai”

    :)

    nak kumpul ramai-ramai?
    gi Bersih tehr!
    hehe..
    puteri baru je tulis kisah sebelum dan selepas pilihanrayaMy Profile

    1. tehr says:

      mana2 yang tak ada lesen jangan nak berangan
      tak akan diterima :D

  10. wadud says:

    hehehe patot la senyap jer.. :p
    aku tau.. ko mesti pakai moto lagik beso.. :p
    ekekekek..
    main jer..

    1. tehr says:

      besar angan2 je, bro
      huhhu

  11. konvoi motor besar ni, tak pernah bawa pun..
    tapi ikut orang jalan sana sini best jugk kan… :)

    1. tehr says:

      aku pun tak pernah ikut
      hanya ikut pasang angan2 je :D

      1. bEe says:

        bEe kdg2 nmpk konvoi moto2 besaq ni kat highway… Mcm seronok aje depa! :-)

        1. tehr says:

          depa ni, tak suka hujan je, bEe

        2. Mus says:

          rasa hebat bermotor besar
          Mus baru je tulis kisah Tapak Bekas Pelabuhan Kapal Di Teluk Ambong- Kota BeludMy Profile

  12. Cik Siti says:

    he…he… he… mana tahu satu hari nanti En Tehr boleh memilikinya….
    Cik Siti baru je tulis kisah Berbanggalah dengan diri sendiriMy Profile

    1. sure tuan tanah ni boleh :)
      Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday – kucing comelMy Profile

      1. tehr says:

        boleh blah!
        haha

  13. ghost writer says:

    nak membelinya pun kena fikir banyak kali.lain lah kalau orang-orang yang punya hobi sebegitu.
    ghost writer baru je tulis kisah utilitarianMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, ghost
      untuk mereka yang mampu je
      kita ni hanya mampu pasang angan2

  14. yas says:

    Halamak Tehr…dulu2 aku punya moto paling beso pun takat
    TZM jerr…la ni dh turun tarap….kriss…tu pn taun 98…hehehe

    #Kalau nak konboi ngan kriss leh jugak…:)
    yas baru je tulis kisah Tragedi hitam pekerja ProtonMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2, yas
      bala tentera kriss kita benarkan jalan duluan :D

  15. Nik Thoha says:

    saya selalu konvoi dengan kawan2 naik motor balik kg.. :)

    1. tehr says:

      wah, best tu , nik
      tambah lagi kalau musim raya
      memang meriah

  16. bEe says:

    Masa zmn remaja bEe ada geng2 moto. Kiranya minah rempit jugalah. Tp tu semua cerita lama. Skang ni dah tak tahu bawa moto mcm mana pulak :-P

    1. tehr says:

      oooo minah rempit juga rupanya :D
      mesti dah tak heran kalau nampak budak2 main motor

    1. tehr says:

      sekali motor rosak
      berhari-hari dada sebak :D

  17. padin says:

    hehe aku ade kapcai je.. tak pernah plak join konvoi2 ni..
    agaknya kalau balik johor perak naik kapcai tu,
    kalau tak enjin roboh, pinggang yg patah….

    1. tehr says:

      haha
      memang jauh tu
      tapi abang aku pernah dari kelantan ke cheras dengan kapcai
      heran je aku dengar

  18. Tak pandai naik motor macamana Tehr? tumpang belakang boleh? :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Tips to get adsense approved in one dayMy Profile

    1. tehr says:

      nak membonceng ke, sis?
      nanti ada yang jeles pulak
      tak pun ada yang tido kat tangga
      hahaha

  19. Mus says:

    aku pun tahu WW ni..
    Mus baru je tulis kisah Wow! Kereta Myvi BaruMy Profile

  20. nasslimdiet2 says:

    saya ada kapcai je. hehehe
    nasslimdiet2 baru je tulis kisah Cara mengurus dan menangani stressMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun