Cerita Mengenai Datuk

Salam dan selamat petang semua. Kali ini terpanggil pula untuk berkisah mengenai datuk-datuk yang begitu ramai terdapat di negara kita sejak dahulu hingga sekarang. Ada yang dapat pangkat datuk ketika sudah berusia dan ada pula yang menerimanya ketika masih muda belia. Sebahagiannya pula menerima anugerah datuk lebih dari dua kali, memang hebat mereka ini. Diri sendiri pula rasanya lambat lagi nak dapat pangkat datuk. :D

datuk ahli nujumdatuk laksamana beli todak
terlupa keris di atas tangga
tiada berguna berotak bijak
kalau iblis sering bersama

pergi ke kedah membawa lada
jumpa pula datuk temenggong
tiada faedah berkata mulia
jikalau hatinya selalu serong

kasihannya datuk ahli nujum
mata mengantuk hati gundah
mudah untuk memberi senyum
kalau datuk berhati pemurah

Cerita mengenai datuk pula ada macam-macam sekarang. Cerita paling gembira bagi saya ialah mengenai Datuk Lee Chong Wei menjinakkan Lin Dan untuk muncul juara All England. Paling tak mahu didengar ialah mengenai Datuk ‘T’ yang menayangkan video lucah. Bangga pula bila Datuk M. Nasir dan Datuk Ramli MS menerima anugerah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Semua cerita mengenai datuk itu sebenarnya saya perolehi dari berita sahaja tanpa dapat menghadirkan diri menyertai mereka. Tetapi berlainan sekali apabila beberapa hari lepas sempat pula meraikan kawan saya yang mendapat gelaran datuk apabila dianugerahkan cucu pertama. Tahniah kepada semua.

TehrDemikian kisah 'Cerita Mengenai Datuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. toyol says:

    nk dpt title datuk jg la..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      jom, kita pakat2 cari datuk :D

      1. Mus says:

        nak pangkat datuk.. beli pun boleh
        Mus baru je tulis kisah Close Focus Macro Photography Dengan Kamera KompakMy Profile

        1. tehr says:

          ada potongan ke, mus
          dekat2 musin raya barangkali
          hehe

  2. sud@is says:

    Akhirnya M Nasir dapt juga gelaran dato..thniah sifu
    suka sangat lagu sifu nih……………
    sud@is baru je tulis kisah Secocok Dan SerasiMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah layak sangat tu, sud@is
      tahniah2

        1. tehr says:

          ya la
          jangan beli la, langsung tak hensem macam tu
          lagi pun sultan tak jual pun, kan?

  3. kakyon says:

    ada kawan akak dpt gelaran dato’ pada usia 29 tahun. kerja asal jaga. rupanya dato’ bayar kena guna nama. dulu pakai motor..skrng pakai alfard. mcm tak caya aje..
    kakyon baru je tulis kisah Hari keluarga Mohd NohMy Profile

    1. tehr says:

      wah, bertuahnya nasib dia
      moga2 dia sejahtera

  4. dyea says:

    gelaran datuk skrng ni cam dah tak de makna..jd artis dah bley jd datuk..sbb tu la anak muda berlumba nak jd artis…apa la sgt ek sumbangan dorng kat negara ek
    dyea baru je tulis kisah Aiskrim malaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      saya sokong bagi datuk
      tapi bukan sebarang2 la
      mesti pilih antara yang paling best

  5. Datuk I says:

    Ya.. anda semua cari datuk? :D
    Datuk I baru je tulis kisah Malaysia’s Next Top Model – EXCLUSIVE!My Profile

  6. zulkbo says:

    SALAM..
    Ermmm Dato @Datuk..
    realiti dalam hidup saya ni
    kalau ke tandas tu bila
    panggil “Dato” semua pun
    pandang..saya sorang je belum
    dapat Datuk..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Lampu Trafik Unik Dan PelikMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      dah dekat nak dapat tu, bro

  7. dnoBiz says:

    Nasib Baik Tehr belum bergelar datuk…
    kalau tak dah terjebak sama dengan datuk T :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Hari Jadi Erma Fatimah – Apakah Tujuan Tarian Lucah di majlis tersebut My Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku berada di luar kawasan liputan :D

  8. akubiomed says:

    Antara cucu dan anak sendiri. Sudah tentu saya cucu melebihi anak sendiri pantag diherdik cucu oleh si anak tentu si Datuk tangkas akan memujuk cucunya.

    Cuma sesal ada sesetengah Datuk, cucu pun dibedalnya

    1. tehr says:

      ‘datuk bedal’ tu gelarannya :D

  9. zik says:

    datuk Z .. bakal muncul?? hehe
    zik baru je tulis kisah Sambutan Earth hour 26 march 2011- pukul 8-30 malam- macam neMy Profile

    1. tehr says:

      ni mesti pasal video magik terlampau ni :D

      1. Mus says:

        bakal panas video tu.. siaplah Datuk Z
        Mus baru je tulis kisah Aku Perlu Buat Pasport Malaysia AntarabangsaMy Profile

        1. tehr says:

          ya
          siapa pulak datuk z ni?
          sila dedahkan cepat :)

  10. mie says:

    gelaran datuk mana yang menjadi pilihan?
    datuk bercucu ataupun datuk pangkat..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Birthday Adik Tapi Abang Dapat HadiahMy Profile

    1. tehr says:

      aku tunggu dapat cucu je, mie :)

      1. suri says:

        samalh saya tu lagi bahagia drp dpt datuk entah2 apa2 entah..

        1. tehr says:

          datuk pujangga ke tu, suri?

      2. mie says:

        xlama lagi la tu..
        keseronokkan ada cucu lain rasanya..
        ehehee
        mie baru je tulis kisah Birthday Adik Tapi Abang Dapat HadiahMy Profile

        1. tehr says:

          anak2 masih belajar lagi, mie :D

  11. benjy says:

    Gelaran dato’ … sedap bunyinya … malah jadi buruan awek2 seksi mata duitan … awek2 seksi mata duitan memburu mereka bagai memburu hidupan2 liar di hutan … namun ramai dato’ yang tak perasan … bagi dato’2 yang telah terperangkap dengan jerat awek2 seksi mata duitan ni sehingga menghasilkan video ‘BOX OFFICE’ … tahniah saya ucapkan kerana berjaya menyedarkan lain2 dato’ yang belum menjadi super star apa2 filem ‘BOX OFFICE’ … (jika tak ada contoh, tak adalah teladan …)
    benjy baru je tulis kisah ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

    1. tehr says:

      setuju pada sebahagiannya kerana ada juga yang sebaliknya
      bila gadis2 pula yang terjerat
      kan?

  12. Cik Siti says:

    yang lelaki paling senang nak dapat datuk… tunggulah bila dah dapat cucu…. he..he…he…
    Cik Siti baru je tulis kisah UNIFIMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah saya juga akan dapat gelaran datuk :D

    2. Norgadis says:

      Kita ni bila pula dpt pangkat datuk cik Siti…
      Norgadis baru je tulis kisah Perbincangan Pertama Setelah Bergelar SetiausahaMy Profile

  13. Mus says:

    tak sangka .. aku ni anak datuk..
    bapa ku dah ada cucu..
    Mus baru je tulis kisah Anak Kami Kini Dengan Botol Susu Bisphenol A BPA FreeMy Profile

    1. tehr says:

      wah,
      tahniah2 :D
      cucunya dah berapa orang, mus?

  14. Norgadis says:

    Kalau tehr dapat pangkat datuk, kena sambut besar-besaran juga agaknya, maklumlah dapat cucu pertama, mesti happy… ya tak?
    Norgadis baru je tulis kisah Perbincangan Pertama Setelah Bergelar SetiausahaMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya lambat lagi tu
      anak2 masih belajar lagi :D

      1. Norgadis says:

        samalah kita, anak2 masih belajar semuanya…
        Kalau cucu cicit dari anak saudara saya memang dah ada, maklumlah dah tua hehehe…
        Norgadis baru je tulis kisah Perbincangan Pertama Setelah Bergelar SetiausahaMy Profile

  15. kulanz says:

    1-2 minggu ni cerita Datuk T tu yang banyak dapat liputan.. mengalahkan publisiti Datuk M Nasir dan Datuk Ramli MS
    kulanz baru je tulis kisah Air Pancut Berirama Perdana Park &amp Earth HourMy Profile

    1. tehr says:

      teringat dengan adegan dalam nujum pak belalang
      banyak kata boleh jadi dengan hurup ‘T’ tu
      terlampau? tipu? takut? taksub?
      …entah le

  16. yas says:

    Bangga gak sbb MD gua Dato’ Syed Zainal dpt anugerah “Dato Seri”….
    yas baru je tulis kisah Anjing harimau dan anjing Panda di ChinaMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah buat dato seri
      kita ni bila nak dapat, yas? :D

  17. supir says:

    jgn tak tau..ada satu minah ni ngaku dato walaupun tak dapat dato lagi ..bisnes kat pahang…dato mimi…kalau tgk dia memang tak caye dia bukan dato sebenornye…

    1. wee says:

      macam pernah dgr citer dia ni….licik tol…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun