Cerita Kaki

kalau memang kaki bangkumata kaki
bermain bola dia tak tahu
siapa pun tidak akan mahu
ambil sebagai pemain baru

kalau sudah kaki songlap
suka dengan wang gelap
pasti akan kena tangkap
akhirnya masuk ke lokap

kalau seorang kaki rasuah
mencari rezeki cara mudah
tak boleh pegang amanah
negara jadi hancur musnah

kalau terjerumus kaki judi
akan tak tahu ke mana gaji
wang habis tidak disedari
anak dan isteri akhirnya lari

kalau lelaki kaki perempuan
perasan kacak serta tampan
minyak wangi seluruh badan
orang tercium boleh pengsan

Fuh, malas aku nak tulis lagi. Korang sambung sendiri je. Macam-macam kaki lagi ada di sekeliling kita yang boleh diperhatikan. Apa pun yang terjadi, ambil kaki yang baik jadikan panduan melangkah sementara kaki yang buruk jadikan sempadan.

Malam tadi aku bawa anak bungsu aku cari tukang urut kerana kaki dia terseliuh.

TehrDemikian kisah 'Cerita Kaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. adele says:

    kalau kaki yg sebenar-benar kaki bau busuk lagi boleh pengsan…huhuhu
    adele baru je tulis kisah Value of RelationshipMy Profile

    1. tehr says:

      jangan la ada budak2 buka kasut dalam kelas
      memang tak selesa nak ngajar
      haha

      1. surihati_ku says:

        jgn pengsan klu tak silap bulan kena tahan dok dlm wad hiii
        surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

  2. yas says:

    Dalam banyak2 kaki tu…kaki warna hijau yg paling aku gerun sekali…hehehe kaki incredible hulk ke bro??

    Camne ngan kaki anak bro…dah okeh lom? Ni mesti bermain lebih sangat nih…bebudak katakan…he3x!!
    yas baru je tulis kisah Novel "Konserto Terakhir" Pengganti "Interlok" 2012 – [Sinopsis]My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah nampak dah ok sikit
      2 hari lagi kena jumpa tukang urut tu sekali lagi

  3. Mus says:

    beruntung dengan kaki pantun macam bro tehramuan
    Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

    1. Mus says:

      opss tergantung komen..

      ** beruntung kenal dengan kaki pantun macam bro tehramuan
      Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

    2. tehr says:

      haha
      aku hentam je tu, mus
      asal keluar kat kepala je :D

  4. kalau kaki judi memang merana dan kebulur anak bini……
    semoga kita dijauhkan.. tq bro tehr atas nasihat tu… :D
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Petua mencantikkan kukuMy Profile

  5. basuh kaki
    basuh hati
    semoga mimpi yang diingini
    hihi
    rainbowcloudy baru je tulis kisah temenung yang melambungMy Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    cantik la pulak gambar kaki tu..
    he he..kaki ni banyak jenis..
    kaki betina pun satu..semua nak
    di sapu sampai ke isteri orang pun
    dia nak nya..
    zulkbo baru je tulis kisah Alat Sulit Putus Di Gigit Tikus Menyebabkan Seorang Lelaki MatiMy Profile

    1. Norgadis says:

      seram pula bunyinya…
      Norgadis baru je tulis kisah Zafirah Kerja Di DHT Shell StationMy Profile

      1. zulkbo says:

        seram jangan tak seram..
        berhati-hati..semalam baru
        je keluar paper..isteri kawan
        pun dia gasak..apa punya
        manusia ????
        zulkbo baru je tulis kisah Alat Sulit Putus Di Gigit Tikus Menyebabkan Seorang Lelaki MatiMy Profile

  7. Norizwan says:

    cerita pasal kaki ni erm…
    kaki saya ada parut sebijik mcm peta Malaysia huhu…

    keluar berjalan selalu pakai kasut sebab malu nak tunjuk kaki huhu
    sebab kaki jadi camtu eksiden korner baring huhu….
    Norizwan baru je tulis kisah Perempuan Purdah di koyak dan di Pukul Kejam Oleh FRU MesirMy Profile

  8. kakyon says:

    janganlah dapat suami kaki pukul..lama2 bleh jadi biul..:(

  9. padin says:

    hehee kalau jumpa kaki sembang,
    minum 2 3 gelas teh pon takde hal ekekee

  10. Kulanz says:

    tak sangka kan… banyak pula jenis kaki ni.. :) tu belum masuk kaki kuda, gajah, arnab dan macam-macam kaki lagi.. :D
    kaki anak bro tehr dah sembuh?
    Kulanz baru je tulis kisah Christchurch Bergegar LagiMy Profile

  11. Kalau bertemu kaki ampu,
    Baik cepat kaki diangkat,
    Segala katanya penuh tipu,
    Asalkan mendapat apa dihajat.

  12. titan says:

    berapa banyak dah kaki nih..
    titan baru je tulis kisah Osbon dan Boboi. Terbaik..dohh?My Profile

  13. b3njy says:

    Walaupun aku kaki banku tetapi penentuan penalti aku jaring golll :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

  14. b3njy says:

    Orang kata fiem songlap best !! esok2 benjy dapat tengok juga :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

  15. b3njy says:

    Siapa yang kaki rasuah kakinya kena dipotong segera :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

    1. Norgadis says:

      Kalau kaki dah dipotong, dia guna tangan pula nak terima rasuah hehehe…
      Norgadis baru je tulis kisah Zafirah Kerja Di DHT Shell StationMy Profile

  16. b3njy says:

    Kaki judi pun susah juga hujung bulan dapat gaji semua gajinya habis di tempat judi …. bertambah miskin :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

  17. b3njy says:

    Kaki pompuan aduhh !! kaki pompuan tu cantik halus dan gebu …. kekekekekeke :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

    1. surihati_ku says:

      cit..sapa berani cuci mata tanggung dosa sndri yer heeee
      surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

  18. b3njy says:

    Kaki blog pula berkepit je ngan komputer … isteri pun jelos kat komputer :)
    b3njy baru je tulis kisah LOKASI WAJIB DIKUNJUNG PADA HARI SABTUMy Profile

  19. Kalau jalan atas benteng
    jangan sampai tersungkur senonggeng
    Kalau malas kaki ponteng
    kalau ngendap kaki skodeng

    anak ikan mati tersepit
    anak beruk diempap cemin
    pantang tercabar kaki rempit
    berlanggar eksident kaki bersimen

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    air balang kawin resepi air hawaii blue

  20. [...] kalau memang kaki bangku bermain bola dia tak tahu siapa pun tidak akan mahu ambil sebagai pemain baru kalau sudah kaki songlap suka dengan wang. Baca Selengkapnya: http://www.tehramuan.com/cerita-kaki.html [...]

  21. Norgadis says:

    Banyaknya cerita kaki, napa orang guna kaki, tak guna tangan?

  22. kakyong says:

    kalo jenis kaki tipu.. beribu kali menipu pun masih act alim… ;)
    kakyong baru je tulis kisah Alycia Mega Giveaway 2011…My Profile

  23. akubiomed says:

    Kalau kaki cagu sakit tapi sedap. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Program Perjalanan Selamat 2012My Profile

  24. chii says:

    kaki ampu…kaki bodek..aduhaii..susah gak kan nak berdepan ngan org2 camni
    chii baru je tulis kisah Tips Mengenal diri sendiriMy Profile

    1. surihati_ku says:

      amik penyapu kasi hamun sama dia..sllu org cina kli skit hti sama org akan bt bgtu heeee
      surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

  25. surihati_ku says:

    saya kaki bangku cikgu hiiii
    surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

  26. surihati_ku says:

    kaki kelentong heeeee..mmg menyakitkan hati huhu..
    surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

  27. kaki kelentong pun menyampah jugak. Kat internet ni ada ramai
    sabree hussin baru je tulis kisah Maksud Orang Yang MuflisMy Profile

  28. zik says:

    kaki judi pulak macam mana… huhu
    zik baru je tulis kisah Kucing berenang, cool jer.My Profile

  29. maza says:

    kalau kaki berbulu, ada orang suka tak?

    hahahhaaha

  30. rahman says:

    kaki temberang lagi tak boleh blah :)
    rahman baru je tulis kisah iklan tahun baru cina yang menyentuh perasaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun