Cerita Di Hari Raya

bangun pagi di hari raya
senyum manis bermuka ceria
mohon maaf ayah dan bonda
makan minum menjamu selera

ziarah awal ke rumah sebelah
banyaknya cerita kuih juadah
aidilfitri disambut penuh meriah
memanjat syukur kepada Allah

ketika ziarah ke rumah depan
masih bercerita hal ramadan
mengabdikan diri pada Tuhan
jumpakah lagi tahun hadapan

masih berziarah jiran di belakang
rancak bercerita orang yang hilang
di hari mulia tidak dapat pulang
mungkinkah dibunuh dan dibuang

cerita hangat di sebelah malam
datuk sosilawati dibunuh kejam
pemandu pegawai serta peguam
di kuala langat bukti dipadam

Di samping cerita-cerita biasa musim perayaan seperti cerita kemalangan, kenduri dan juadah, aidilfitri kali ini dipenuhi juga dengan cerita mengenai pengasas Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama tiga lelaki iaitu pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Mereka berempat dipercayai dibunuh dengan kejam, dibakar manakala abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Kuala Langat.

TehrDemikian kisah 'Cerita Di Hari Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun