Cerita Angin

Kalau ditanya tentang angin kepada mereka yang sedang mabuk cinta, mereka yang sedang mabuk kepayang, mungkin sekali jawapannya seperti ini…

wahai angin bayu
lembut menyapa kalbu
tidakkah engkau tahu
hatiku ini sedang rindu

Eh, orang sedang bercinta ada singgah dekat sini ke?

Masa sekolah dulu-dulu cikgu sering beritahu, angin bayu ada dua. Bayu laut dan bayu darat. Bayu laut datangnya dari laut. Kebiasaannya pada sebelah petang. Bayu darat pula datang dari darat ketika menjelang pagi.

Banyak kegunaan angin kepada kita manusia.¬†Tiupan angin bayu pula memang seronok untuk dinikmati. Tapi…

kalau datang angin ribut
dari bukit atau dari laut
pasti ada yang kelam-kabut
tak kurang juga yang kecut perut

**

‘No smoke without fire’. Itu kata orang putih.

‘Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’. Kata orang kita dulu-dulu.

‘Kera suka yang goyang pokok’. Kata orang sekarang. Ha ha…

Lagi pun kera ada banyak jenis. 

**

Angin juga ada banyak jenis. Ada angin timur, angin barat, angin utara, angin selatan, angin monsun, angin senggugut, angin ahmar, angin bayu, angin ribut, angin taufan, angin gila, kepala angin dan macam-macam jenis angin lagi.

Kadang-kadang kita boleh naik angin hanya kerana angin.

Angin juga ada yang tidak diperlukan oleh kita. Angin dalam badan contohnya. Dahlah kita keluarkan angin dari perut kerana ia menyebabkan perut kita tidak selesa, orang keliling juga tidak suka. Baunya memang tak seronok untuk dihidu.

Boleh mengganggu pernafasan. Ha ha

Orang bandar mencari angin,
Orang kampung mencari ilham;
Orang belajar korang bermain,
Sampai bila pun tak akan faham.

Kacau betul bila ada murid yang keluarkan angin waktu dalam kelas. Tergendala proses pengajaran dan pembelajaran!

TehrDemikian kisah 'Cerita Angin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. Cik Siti says:

    Wahai angin sampaikan salam,
    Angin bayu kirimkan pesan,
    Satu kata maksudnya mendalam,
    ‘angin’ terungkap pelbagai kiasan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Sebaya….My Profile

    1. TehR says:

      Angin bayu sampaikan pesan,
      Angin ribut sampaikan berita;
      Cari ilmu di sepanjang jalan,
      Sampai rambut putih di kepala.

      hehe

      1. UmmiKami says:

        As Salam…apa khabar Cikgu Teh…. :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peknga…^^My Profile

      2. Ismail N says:

        Angin ribut sampaikan berita;
        Berita sedih tidak terkira
        Bila rambut putih di kepala
        Errr jangan lah dye pulak ya :D
        Ismail N baru je tulis kisah KK Burger Bakar @ Plaza Kepayan RidgeMy Profile

  2. zik says:

    angin tiba tanpa disapa
    ku ingatkan sudah mahu hujan
    rupanya hanyalah khabar angin yang buat manusia alpa
    itulah dunia diakhir zaman tanpa kesudahan..
    zik baru je tulis kisah Keputusan dan kedudukan terkini liga epl (penentuan juara bpl) 11 mei 2014My Profile

  3. Tanya sama pokok,
    apa sebab goyang,
    nanti jawab pokok,
    angin nan goncang,
    tanya sama langit,
    apa sebab hujan,
    nanti jawab langit,
    tanyalah awan….
    Kamal Mustafa baru je tulis kisah RQ Petromax Boleh Bantu Anda Jimat Minyak Petrol Dan Diesel.My Profile

  4. Angin bayu membawa diriku,
    Sepintas lalu ku terkenangkanmu,
    Memori silam meresap malam,
    Kenangan bersama tersimpan selamanya.

    Hehe.

    Dengar pasal angin bayu ni terus terngiang-ngiang lagu Feminin. Hehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Jurnal Hari Gangguan Bekalan Air di Kawasan SayaMy Profile

  5. Cikgu Hairul says:

    Pam angin di Petronas rosak pun boleh buat orang naik angin.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Belajar Cuma Satu Proses Mematangkan FikiranMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Mungkin semua orang dah berkira-kira destinasi mana nak makan angin cuti sekolah nanti ..moga2 perancangan makan angin nanti betul2 menjadi,kalau tak tentu ada yang naik angin nanti hihi :)

  7. UmmiKami says:

    Kelam pantai dingin di hulu,
    Delima tumbuh masak di hujung;
    Salam ku sampai di angin lalu,
    Lama sungguh tidak berkunjung..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peknga…^^My Profile

  8. UmmiKami says:

    Kalau tempua di awan biru,
    Jangan menyapa kepada cahaya;
    Kalau bersua kawan yang baru,
    Jangan lupa kepada saya.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peknga…^^My Profile

  9. UmmiKami says:

    Pesona bumi benderang andang,
    Memahat bukit segalah meranti;
    Kerana Ummi jarang bertandang,
    Melihat Hafiz telah mengganti… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peknga…^^My Profile

  10. akubiomed says:

    Pertu masuk angin mahu pening kepala juga.

  11. hafiz says:

    kalau perut masuk angin yang tak best ni..
    hafiz baru je tulis kisah Panduan lengkap kerjaya JururawatMy Profile

  12. Angin dahulu bukan angin sekarang,
    Angin bertiup siang, kadang kala bertiup malam,
    Angin yang menerpa tidak lekang,
    Angin yang di bawa untuk menyejukkan seluruh alam .
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Jamak atau Jimak ni ?My Profile

  13. zool says:

    kalau yang banyak makan telur lagilah hebat kan
    zool baru je tulis kisah Manchester City atau Liverpool : Pasukan mana bakal bergelar juara Liga Perdana Inggeris ?My Profile

  14. Hero Borneo says:

    kalau ada masalah emosi..mudah naik angin!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Cara Kembalikan rezeki yang hilangMy Profile

  15. amirulfaiz says:

    Bila kita buang angin, kita buat tak kisah.
    Tapi kalau orang lain buang angin, kita pula yang marah. Haha.. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah 100 Soal Jawab Psikologi AnakMy Profile

  16. waduh pada cerita angin-angin jadi kemasukan angin dech, hehehe:D

  17. Hafizul says:

    Bahaya main angin-angin ni…boleh bikin jiwa kacau..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Bitesize Galleta dan Baby LanguageMy Profile

  18. Angin ada yang bagus untuk kita dan ada yang tidak bagus untuk kita. Kalau tidak bagus cepat2 halang dan elak
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Yeos 80 Days Drink to CashMy Profile

  19. de engineur says:

    Angin sepoi2 bahasa masuk sini takpe.

    Tapi apa angin agaknya dorang dkt Terengganu tu eh, dok keluar masuk keluar masuk? tah apa apa tah!
    de engineur baru je tulis kisah Advice to die-hard Windows XP users: Dump Internet ExplorerMy Profile

  20. brohantu says:

    banyak jugak jenis angin yer… pantun angin ahmar takder ker?
    brohantu baru je tulis kisah Siakap Terbesar Di Dunia di PancingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun